Wednesday, July 28, 2010

Sekadar Menghiburkan hati.... Teka-Teki

Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya diluar?
Kuih salah bikin

Binatang ape yang power Karate?
Kuda belang, cube kira berapa black belt dia ade

Siapa yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut sila pulangkan kepada saye

Pintu ape yang walaupun dgn 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis 'TARIK'

Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki... siapakah saya?
Pembohong...

Apa dia 'Jauh dimata, dekat dihati'?
Usus

Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala
Kutu rambut

Nenek sape jalannye meloncat-loncat?
Neneknyer si katak

Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gile?
Sbb lelaki ni kan 'buaya'

Ape beza sekretari baik dgn sekretari kurang baik?
Sekretari baik............ 'Selamat Pagi Tuan'
Sekretari kurang baik......'Dah pagi ni tuan'

Tukang ape yang kalau dipanggil, dia menjenguk ke atas
Tukang gali kubur

Nak mencari sikit punye susah, dah dpt buang.. ape bendanyer
Tahi hidung


Ape persamaan kain jemuran dgn telefon
Dua-dua klau dah 'krinngg' boleh diangkat

Gajah terbang dgn ape
?
dgn susah payah....

"Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin
nafsi"
(segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Tuesday, July 27, 2010

Sunnah Orang Berjuang

Berjuang menempah susah 
Menanggung derita menongkah fitnah 
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana 
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah 
Namun jiwa tetap mara menuju cita 
Membara demi Allah dan Rasulnya 

Berjuang tak pernah senang 
Ombak derita tiada henti 
Tenang resah silih berganti 
Inilah sunnah, orang berjuang 

Malamnya bagai rahib merintih sayu 
Dihiris dosa airmata 
Siangnya bagaikan singa dirimba 
Memerah keringat, mencurah tenaga 

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban 
Rela terhina kerna kebenaran 
Antara dua jadi pilihan
dunia yang fana 
atau syurga...

Tuesday, July 20, 2010

Kisah Pokok Epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan
masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA
TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.
ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN
ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA.

Friday, July 9, 2010

Tarbiah Sebuah Perjalanan…


Assalamualaikum…
Bersyukur kpd Allah swt, kerana dgn rahmat dan ksh sygNya, msh diberikan 3 nikmat terbesar dlm hidup ini, iaitu nikmat hidup, nikmat Islam n nikmat iman, dan juga bersyukur kerana  diri ini msh diberi kekuatan utk menulis d blog. Walaupun x berada dlm mood utk menulis sepenuhnya, tp tgs dkwh itu harus diteruskan. Blog ini x harus dibiarkan sepi tanpa pengisian. Syukran kpd shbt2 yg mengingatkan diri ini utk sentiasa mengupdate blog.
Kali ini, penulis ingin berkongsi sebuah cerita benar, yg dialami oleh penulis sendiri baru2 ini. Walaupun pendek, tp rsnye cerita ini nak dikongsi juga sbb ia merupakan satu peristiwa yg menarik. Semasa cuti sem yg lalu, penulis berkesempatan mengunjungi sekolah yg tlh lama ditinggalkan, iaitu sebuah sekolah di Sabak Bernam. Hmm… Rsnye lma benar x berkunjung ke sekolah ni. Kali terakhir, setahun yg lalu sblm melngkah msk ke u. Dan thn ini, genaplah 3 tahun penulis meninggalkan sekolah ini, sekolah yg meninggalkan seribu satu kenangan. Sengaja merancang utk pergi pd pkl 11.30 pg spya berkesempatan utk bersolat di Surau di sekolah, surau yg juga ku rindui kerana byk kenangan ku di situ.
Bertolak pd jam 11.30 pg, menaiki kereta kancil yg ckp menyelesakan (sbb saiznya yg kecil, so sng nak mencelah, hehe), bt pertama kali drive dgn jrk yg agk jauh seorg diri. Bimbang pun ada, tp tawakal sepenuhnya pd Allah agr Allah menyelamatkan perjalanan pergi dan blk. Ketika smp di Sabak, jam dah 12.15 tgh hari. Disebabkan dah lma x msk pekan sabak, jd penulis mengambil keputusan utk pergi melalui pekan sabak. Bila dah msk jln tu, bru terigt yg itu time peljr SUA n Sekolah Dato’ Abdul Latiff keluar. X pe. Teruskan gak. Smp2 dpn SUA, hmpr2 je nak accident. Adakah ptt kereta yg nak msk ke simpang d sblh kiri berada d lorong jln sebelah kanan? Apabila penulis mengambil lorong sebelah kiri utk memotong, tiba2 kereta tersebut membelok utk msk ke simpang. Brake pun ditekan lah, smp blh dgr bunyi terseret tyr kereta tu. N time tu mmg tawakal lah, sbb dah dkt sgt dgn kereta tu. Alhamdulillah, kereta smpt berhenti beberapa cm drpd kereta td. Klu Allah x berhentikan kereta td, konpem kancil ni dah langgar dgn krta yg nak msk simpang tu. Huh, Tercungap2 naiknya. Huhu. Krta yg kat dpn tu plak tiba2 jd static. Perempuan yg bwa rpnya. Mgkn dia terkejut. Penulis pun menunjukkan isyarat tgn spya dia msk ke simpang terlbh dahulu. Kita bknnya nak cari gaduh. Dah x kena apa2, so bt pe nak cri psl. Bknkah Islam menyuruh kita spya sentiasa berlemah-lembut dan mengelak drpd menimbulkan pergaduhan. Kemudian penulis meneruskan perjalanan yg msh berbaki 20 km tu. Penulis mula berfikir. Mgkn ada hkmh di sebalik kejadian td. Yelah, klu x jd mcm td tu, konpem akn rs relaks je n mula lah x berhati2. Jd Allah nak bt diri ni tersedar dari lamunan n bt hati ni sentiasa igt kpdNya. Terima kasih Allah…
20 minit kemudian, Alhamdulillah, akhirnya smp gak ke sklh. Bgnn2 msh sama, x byk berubah. Cuma yg kini berubah, ialah org2 di dalamnya. Mula2 skali, g berjumpa dgn PK dlu, yg merupakan ustaz kesayangan smua pelajar d sklh dri dlu hingga kini. Bersembang skjp, kemudian ustaz ajk g mkn, so g lah. Ustaz nak blanja. Smp d kantin sklh, x byk yg berubh d kantin tu juga. Cma kini, dah ada sdt pidato, utk member peluang kpd pelajar2 utk menonjolkan bkt terpendam mereka. Nsb bk ms zaman penulis dlu sdt tu x de. Hehe. D kantin, berjumpa dgn rmai lg guru. Antaranya penghulu rumah kuning (rumah penulis lah tu) dhulu yg kini tlh menjd PK HEM. Lma juga berbual dgn beliau sbb beliau menganggap ahli rumah nya seperti anak2nya sendiri. Apatah lgi, beliau merupakan lulusan KUSZA, jd mestilah beliau bertanya khbr di sana. Bahkan beliau sendiri x tau yg KUSZA kini tlh pun menjd u. huhu. Soalan lazim: “Kat mna skrg? Ambik pe? Ok ke?” wjb ditanya oleh smua guru yg penulis temui d kantin mahupun d blk guru. Tp agk rugi, sbb x berkesempatan berjumpa dgn smua guru.
Terpandang lapang sasar, yg menjd tmpt penulis slalu menghbskan msa ptg utk memanah bersama shbt bk. Dah lama rsnye x memanah. Azan zohor berkumandang. Lalu, penulis bergerak pla ke surau utk bersembahyg  zohor. Lama rsnye x bersolat di surau ni. Kali terakhir rsnye 3 tahun yg lalu, iaitu sblm meningglkan sklh. Msk ke surau, x de pe yg berubh kecuali carpet yg baru. Nmpknya perjuangan BADAR tlh berjya. Selepas selesai solat zohor, sngaja penulis ddk di blkg, utk memerhati peljr2 sklh dan melihat jikalau ada yg msh knl dgn penulis. Rmainya muka baru yg x pernah dilihat dahulu. Yg x kenal lbh ramai dri g kenal. Huhu. Ye lah. Dah hmpr 3 tahun. Mstlah dah byk perubahan pd pelajarnya. Rmai yg dtg salam dan bertanya khbr. Inilah antara matlamat penulis dtg ke sklh pd kali ini. Ingin berjumpa dgn adk2 junior n merapatkan kembali ukhwah dgn mereka. X sgka mereka msh igt lg nama ku. Yg agk mnrk tu, hok gangster msa zmn penulis berada d sklh dlu pun dtg salam. Terkezut pun ada. Huhu. Tul ah org ckp, klu kita bt bk dgn org, org akn igt yg bk tentang kita. Klu kita bt jht dgn org, org akn igt kejahatan kita. Ketika penulis meninggalkan sekolah dahulu, junior2 ni berada d Form 1 n 2, tp skrg dah berada d Form 4 n 5. Dah bsr, muka pun dah lain.
 Mcm ni lah kitaran kehidupan. Rmai yg pergi, rmai pla yg dtg utk menggantikan. Msh igt nama2 bsr semasa zmn penulis berada d form 5. Kini, mereka diganti pla dgn generasi2 yg lain, yg penulis percaya, lbh hbt drpd kami abg2 n kakak2 senior dhulu. Dari barisan kepimpinan pengawas, BADAR, PRS, librarian, sistem rumah n lain2 lg bdn kepimpinan pelajar, smuanya jauh lbh hbt drpd kami dahulu. Apabila penulis melihat barisan pengawas yg kini sdh mempunyai baju korprat sendiri, terigt kenangan zmn ketika 45 org pgws batch 06/07 berhempas pulas utk memperkasakn smula sistem pengawas spya x lg dipandang rndh dan menjadi bahan ejekan oleh para pelajar, yg mna merupakan satu taklifan yg ckp bsr yg tlh diamnhkan oleh pihak sklh. Ya, mgkn kami hnya dpt merasai kejayaannya disaat2 akhir perletakan jwtn kami, tetapi, sekurang-kurangnya barisan pelapis kini x perlu lg merasai saat getir itu, yg ckp menguji kami. Itu lah sunnah org berjuang. Sentiasa merasai kesusahan. Adakalanya pht, n adakalnya manis. Dan itulah yg menguatkan ukhwah… Pe pun, itu kenangan lalu. Kini, mereka menjd antara yg plg dkt dgn pelajar.
Keluar dari surau, terbaca laporan BADAR, tentang perjalanan aktiviti utk pelajar. Alhamdulillah, tarbiah msh berterusan d bumi tersebut. Usrah, Nadwah Kepimpinan Islam, Amali haji, ta’alim, Mathurat, tazkirah, kuliah ilmu, msh berterusan spt dahulu. Smga budaya tarbiah itu trs berterusan di sana. Smpt berjln2 sebentar di sekitar kwsn asrama n sekolah. X byk yg berubh disekolah dan di asrama. Cma sdh ada beberapa penambahan utk kebaikan kpd pelajar. Smga generasi seterusnya bijak menggunakan kemudahan yg disediakan utk mereka.
Jam 2.30 ptg, msa utk plg memandangkan cuaca sdh mulai gelap. Penulis meninggalkan sklh dgn doa agr satu msa nnt, akn kembali smula ke sklh yg tlh byk mendidik diri ini. Bla keluar dari simpang sklh,  Ya Allah, dah nak hjn lbt. Kena blk cpt ni. Tp apakan daya, smp d simpang Sg Air Tawar, terpaksa lah jga menmpuh hjn lbt. Cba gak utk tngkan diri dan berserah pd Allah. Hjn pla smkn lbt membasahi bumi. Smkn lama, jrk penglihatan smkn berkurangan. Ya Allah, x nmpk apa pun kat dpn. First time bwa kreta dlm hjn. Rs mcm nak berhenti je. Tp x pe, trskan gak dgn perlahan2, selebihnya twakal pd Allah. Alhamdulillah, smp kat pkn Sabak, hjn dah reda. Then, continue journey utk blk umah. Tiba2 smp kat jmbtan sg bernam, lampu minyak plak menyala. Ya Allah, minyak dah nak hbs. Tgk meter, tinggal sikit sgt lg. Ya Allah, mcm mna ni? Stesen minyak lps ni 10 km lg. Lama berfikir. “Hmm… Twakal lah.” Klu smp, smplah. Klu x, tgklah mcm mna. Ttp air cond, ttp radio. Bwa dlm keadaan yg pnh risau smbl berdoa smga Allah pelihara perjalanan utk blk ke umah. Mata asyik memandang meter minyak n batu tnda d tepi jalan utk tgk jrk yg msh tggal. Jln2, akhirnya smp gak ke pkn simpang empat. Alhamdulillah, walaupun rs klu ikt logik tgk meter minyak tu mmg rs kereta tu akn berhenti kat tgh jln, tp itulah khbtan Allah. Alhamdulillah, Allah tlg spya blh smp sekurang-kurangnya ke stesen minyak. Dpt lah mempraktikan apa yg tlh dipelajari semasa proses tarbiah bhwa dlm kehidupan ini, twkl yg tinggi harus ada ps Yg Maha Esa. Lps dah selesai isi minyak, brulah rs lega n trskan perjalanan ke rumah. N finally, Alhamdulillah smp jga ke rumah. Bla dah smp ke rumah, penulis berfikir, betapa byknya tarbiah yg telah Allah berikan pd diri ini dlm hari ini. Terima kasih Allah… wallahualam…

Thursday, July 8, 2010

Gurau Senda

Hidup kita memang selalu dipenuhi dengan gurau senda dengan orang di sekeliling, biasanya kawan-kawan. Mana ada orang yang bergurau dengan dirinya sendiri, betul tak? Maknanya, bila kita bergurau senda, secara tak langsung ia akan melibatkan perasaan orang lain yang mendengar gurauan kita.


Biasanya, orang bergurau untuk menceriakan suasana. Takkan nak buat muka serius sepanjang masa. Macam kebanyakan orang mengatakan, “Hidup mesti ceria”.


Tapi, mari kita teliti, apa yang selalu ada dalam sesebuah gurauan? Lawak yang direka-reka, cerita yang dibuat-buat, perli memerli dan kata mengata antara satu sama lain. Itu antara yang biasa saya temui. Jarang sekali orang bergurau tapi dalam masa yang sama dia tak menipu. Tak sah kalau bergurau, dia tak mengata-ngata (secara bergurau) kat orang lain.


Kebanyakan kita menganggap gurauan adalah perkara biasa. Ada juga yang menyangka menipu dibolehkan ketika bergurau sebab tak membahayakan orang di sekeliling kita. Saya juga pernah menganggap begitu kerana merasakan apa yang kita guraukan hanya mainan semata-mata, bukan betul-betul, dan bukan niat untuk betul-betul berbohong.


Betulkah persepsi macam ni?

Banyak Ketawa Mematikan Hati

Pernahkah anda lihat orang yang ketawa terbahak-bahak, sampai katanya nak pecah perut dan sampai tak cukup udara nak bernafas? Apa yang kita fikir? Pastinya orang tu baru saja lihat atau dengar satu jenaka atau gurauan yang sangat menggelikan hati. Betul tak?


Kita akan ketawa apabila ada sesuatu yang menggeletek hati. Ya, itu memang sesuatu yang normal. Tapi, hakikatnya, di situlah akan timbulnya masalah. Gurauan yang melampau-lampau akan menyebabkan kita banyak ketawa.


Dalam Kitab Ihya’ Ulumiddin karangan Imam Ghazali, beliau menyenaraikan senda gurau sebagai salah satu unsur bahaya yang dibawa oleh lidah. Kata beliau,
“Asalnya senda gurau itu tercela dan terlarang, kecuali sekadar sedikit yang dapat dikecualikan daripadanya.”

Ini berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W.:
Maksudnya: “Jangan engkau berbantahan dan bergurau dengan saudaramu!”




Kita dibolehkan bergurau senda tetapi jangan berlebih-lebihan. Kenapa? Kerana ia akan mengundang banyak ketawa. Dan banyak ketawa akan mematikan hati. Dan mungkin akan menjatuhkan maruah diri. Kata Imam Ghazali,

“Adapun berlebih-lebihan pada bergurau, maka akan mempusakai banyak tertawa. Dan banyak tertawa itu mematikan hati dan mewarisi kedengkian pada sesetengah keadaan. Dan menjatuhkan kehebatan diri dan kemuliaan. Dan apa yang terlepas dari hal-hal tersebut, maka tidak tercela,” sebagaimana diriwayatkan dari Nabi S.A.W. bahawa baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.”




Kita biasa dengar,

“Isy dia ni. Ketawa sampai tak ingat dunia!”


Hakikatnya begitulah keadaan orang yang ketawa berlebih-lebihan. Larut dalam dunia ketawanya. Sampai lupa dan tak sedar apa yang berlaku di sekelilingnya. Dan lebih parah lagi, ketawanya itu juga menunjukkan kelalaian dari mengingati akhirat.



Nabi S.A.W. bersabda:
Maksudnya: “Jikalau kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya pasti kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”



Nilai Gurauan vs Nilai Persaudaraan

Ketawa memang seronok. Tapi menjadi bahan ketawa sangat menyakitkan hati. Hakikatnya, itulah yang selalu ada dalam sesebuah gurauan - mentertawakan orang lain.


Kita mungkin sekadar main-main, kata orang menyakat. Tapi, siapa tahu apa yang dirasai ‘watak utama’ kisah gurauan tersebut?


Mungkin tak kisah, mungkin marah, mungkin kecil hati dan mungkin terus tak bertegur sapa.


Gurauan yang dianggap sekadar main-main boleh menjadi bibit kepada pergaduhan, pertengkaran, tak bertegur sapa dan permusuhan yang berpanjangan antara sesama Muslim. Begitu murahkah nilai persaudaraan dalam Islam sehingga kita sanggup menggadaikannya dengan kata-kata gurauan dan mainan yang langsung tiada nilai di sisi Allah?



Rasulullah S.A.W. sendiri telah memberi amaran dalam sabda baginda:
“Sesungguhnya orang yang berkata-kata dengan suatu perkataan untuk mentertawakan teman-teman duduknya, akan jatuh dalam api neraka, lebih jauh dari bintang surayya.”



Jujur dalam Berjenaka dan Gurau Senda

Sedarkah kita, ketika bergurau senda dengan rakan-rakan, kita mungkin dah berbohong? Berbohong bukan maksud saya betul-betul bercakap bohong. Tapi, hanya sekadar cakap main-main; atau kata orang sekadar mengacah saja.


Soalnya, betul ke kita tak boleh menipu walaupun dengan hanya niat untuk bergurau? Nama pun gurauan, jadi kita bukan berniat untuk betul-betul menipu, hanya sekadar main-main dan tak memudharatkan sesiapa. Dan biasanya, last sekali, kita mesti akan cakap,

“Aku main-main je la…”

“Aku tipu engkau je tadi. Saja nak tengok macam mana reaksi engkau.”


Kalau diikutkan logik akal pendek kita, mungkin pandangan tu nampak macam betul. Tapi, mari kita teliti sabda Rasulullah S.A.W. :


“Hendaklah kamu jujur. Sesungguhnya kejujuran menunjuk kepada kebaikan. Dan kebaikan menunjuk kepada syurga. Seorang lelaki terus jujur dan mencari kejujuran sehinggalah dia dicatatkan di sisi Allah sebagai seorang yang sangat jujur. Berwaspadalah terhadap dusta. Sesungguhnya dusta menunjuk kepada kejahatan. Dan kejahatan menunjuk kepada neraka. Seorang lelaki terus berdusta dan mencari pendustaan sehingga dia dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang sangat berdusta.

“Celakalah orang yang memperkatakan sesuatu agar orang lain ketawa, lalu dia berdusta. Celakalah untuknya. Celakalah untuknya.”


Apa pun tujuan kita, pendustaan sesekali tidak dibenarkan walaupun hanya untuk bergurau dan berjenaka. Islam mengharuskan gurau senda, keceriaan dan hiburan jiwa, tetapi tidak menjadikannya sebagai pembuka jalan kepada kita untuk berdusta.


Jadi, kalau nak bergurau, pastikan gurauan kita tak ada unsur-unsur penipuan dan pendustaan. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.:


Maksudnya: “Sesungguhnya aku bersenda gurau dan aku tidak mengatakan, selain yang benar.” 

Macam mana cara yang betul untuk bergurau? Mari kita susuri sirah Nabi Muhammad S.A.W., bagaimana cara baginda bergurau senda dengan orang-orang di sekeliling baginda.


Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”

Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.” 



Lihat bagaimana cara Rasulullah S.A.W. menjaga adab-adab dalam bergurau senda. Baginda tidak sesekali menipu orang yang diajak bergurau, sebaliknya cara baginda ada ‘seninya’ yang tersendiri.


Apa yang saya perhatikan dalam kisah di atas dan beberapa kisah lain, Rasulullah menggunakan kaedah “double meaning” dalam gurauan baginda, iaitu satu kalimah tetapi mempunyai ataupun boleh difahami dalam dua maksud dan keadaan yang berbeza. Jadi, cara sebegitu akan mengelakkan kita daripada berbohong ketika bergurau.


Sayyidina Umar r.a. pernah berkata:
“Tahukah kamu mengapa dinamakan gurau senda (al-muzaah) dengan kata-kata al-muzaah?” (maksud asal al-muzaah: alih).

Mereka itu menjawab: “Tidak!”

Maka Umar r.a. menjawab:
“Kerana senda gurau (al-muzaah) itu, mengalihkan orang yang bergurau daripada kebenaran.”


Jadi, berwaspadalah kita dalam setiap gurauan dan kata-kata kita. Setiap apa yang dituturkan oleh kita akan dipertanggungjawabkan ke atas diri kita di akhirat kelak. Gurau senda mampu menghiburkan jiwa dan boleh mengeratkan hubungan sesama Muslim, tapi andai tidak kena caranya, gurau senda boleh melontarkan kita ke dalam azab neraka. Na'uzubillahi min dzalik.

~Wallahu a'lam~  (petikan drpd iluvislam)

Wednesday, June 30, 2010

Belajar Ilmu Ikhlas...

"Mari ku ajarkan mu tentang ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya. "Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulisnya.“ "Tak payah, bawa sahaja karung guni.“ "Karung guni?" soal anak muridnya, seperti tidak percaya. "Mari kita ke pasar!"


Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu. "Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan. "Cukup?“ "Belum, isi sampai penuh karung guni itu. Lebih banyak lebih baik."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa pun. Gurunya hanya berlegar-legar, melihat-lihat dan kemudiannya mula beredar ke luar. "Tok guru, kita tidak beli apa-apa kah?“ "Tidak. Bukankah karung guni mu telah penuh?“ "Ya, ya..." kata murid itu sambil memikul guni yang berat itu kelelahan.



"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat anak murid itu memikul guni yang berisi penuh dengan batu-batu. "Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya. Banyak sungguh barang yang mereka beli," bisik orang lalu-lalang apabila melihat guru dan anak murid tersebut. "Agaknya, mereka hendak buat kenduri dengan barang-barang yang banyak itu," kata orang yang lain.



Sampai sahaja di tempat tinggal mereka, murid tadi meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. "Oh, letih sungguh... apa yang kita nak buat dengan batu-batu ni Tok?“ "Tak buat apa-apa.“ "Eh, kalau begitu letih sahajalah saya," balas anak murid. "Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas..."

"Bagaimana?" tanya anak murid itu kehairanan. "Kamu dah belajar apa akibatnya tidak ikhlas dalam beramal."



"Dengan memikul batu-batu ini?"



"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan tetapi hanya batu-batu..."



"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"



"Ya, hanya beratnya sahaja yang terpaksa ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah. Yang kamu dapat, hanya penat..."



"Ya, sekarang saya sudah faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" ujar murid itu.



Sekarang dia sudah faham apa akibatnya RIYAK dalam beramal.



PENGAJARAN

• Ramai manusia tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian orang. Padahal kata pujian daripada orang-orang itu tidak akan memberi manfaat pun kepadanya pada hari akhirat. Malah, mengharap pujian daripada manusia hanya akan menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang yang tidak ikhlas, terseksa di dunia, terseksa di akhirat.

Friday, June 11, 2010

Erti Syukur...

Assalamualaikum!


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bg Allah, yg telah menciptakan manusia dengan sebaik2 kejadian, drpd setitis air mani, kepada satu makhluk yg terbaik, dan dikurniakan dengan pelbagai kelebihan. Namun, sejauh manakah kita bersyukur dgn apa yg telah ciptaan Allah terhadap diri kita ini? “Dan Dialah yang menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, tetapi sedikit sekali kamu yang bersyukur.” (Surah al-Sajadah 32:9). Marilah kita mengambil sedikit masa utk memuhasabah diri kita...

Entri pada kali ini akan berkisar tentang konsep syukur. Konsep yg cukup mudah, namun amat sukar sekali utk dilaksanakan oleh sesetengah kita. Sebagai seorg Islam, kita digesa supaya sentiasa bersyukur dgn nikmat kurniaan Ilahi dan berusaha menyemai diri dgn sikap ‘qanaah’ (rasa cukup) dalam erti kata lain, bersyukur dan menerima seadanya apa yg dimiliki. Kenapa qanaah ini begitu penting? Dengan sikap ini, kita akan sentiasa merasakan cukup dgn apa yg kita ada walaupun apa yg dimiliki itu lebih sedikit berbanding dengan apa yg dimiliki oleh org lain dan ini secara x langsung dapat menyemai sikap syukur dlm diri kita dan memelihara kita drpd menjadi hambaNya yg sombong. Berbanding dgn mereka yg x mempunyai sikap qanaah ini, mereka sentiasa merasakan apa yg mereka miliki msh x mencukupi walaupun mereka telah memiliki lebih byk drpd org lain. Hal ini boleh menjadikan seseorg itu menjadi hamba Allah yg x bersyukur dan melahirkan insan yg mempunyai sikap cemburu yg melampau2, dengki, tamak dan x reda dgn kurniaanNya. Firman Allah, maksudnya:

“Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu memaklumkan, jika kamu bersyukur atas (nikmatKu), akan Aku tambah lagi kepadamu dan jika kamu kufur (nikmatKu), maka sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih.” (Surah Ibrahim 14:7).

Namun, ada sesetengah ulama berpendapat, sikap mempunyai rasa x mencukupi ini dibolehkan dlm satu keadaan, iaitu dalam beribadat. Hal ini kerana, jika seseorang merasakan ibadah yg dilakukannya msh x mencukupi utk dibawa bertemu dgn Khaliknya, maka dia akan berusaha utk mempertingkatkan lg amalnya dari semasa ke semasa dan secara x langsung menjadikannya hamba yg lbh dekat dan taat kpd Allah swt. Dalam sebuah hadis Nabi SAW pula, ada disebutkan bhwa sifat dengki itu adlh amat buruk, tetapi dibolehkan dlm dua hal, yg mana salah satunya ialah dlm beribadat, yg mana kita dibolehkan utk berlumba2 dlm meningkatkan amal ibadah kita utk dibawa bertemu dgn Allah swt, namun, adalah penting utk diingatkan, niat perlakuan itu biarlah kerana Allah kerana ada sesetengah yg berlumba2 dlm mengerjakan amal kebajikan, namun amal kebajikan yg dilakukan itu adlh sekadar utk menunjuk2 pd khalayak manusia shja. Sgt rugi...



Jikalau kita fikirkan, sebenarnya, terlalu byk nikmat yg telah Allah berikan kpd kita. Oksigen, tumbuh-tumbuhan, haiwan, tubuh badan yg sihat, negara yg aman, dan bermacam2 lg, yg pastinya, x terhitung oleh kita. Firman Allah: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak mampu menghitungnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.” (Surah An-Nahl 16:18). Namun, cuba kita muhasabah semula diri kita, sejauh mana kita bersyukur dgn nikmat yg telah Allah kurniakan kpd kita. Dalam sehari, berapa byk kalimah ‘Alhamdulillah’ keluar dari mulut kita? Adakah semua perintah Allah kita ikuti dan semua laranganNya kita tinggalkan? Berapa kerap kita ingat kepada Nya dlm satu hari?

Fitrah manusia, mempunyai sifat lupa dalam dirinya. Cuba kita fikirkan, kalau Allah melupakan hambaNya walaupun sesaat? Pasti keadaan akn menjd kucar-kacir kan? Jantung berhenti berdegup utk satu saat, oksigen x msk utk sesaat, semua proses metabolisme dlm badan x dpt berjln, n bermacam-macam lg keadaan yg mna, hendak ditunjukkan disini, hakikatnya kita adalah hamba Allah Yang Maha Esa, yg hidup kita ini adalah milik Allah dan semua kejadian yg berkaitan dgn diri kita seperti degupan jantung, pencernaan makanan n bermcm-mcm lg, hanya berlaku dgn perintahNya. Nampak kan? Sedangkan organ2 tu pun hanya berfungsi dgn kehendakNya, tetapi knpa kita pula yg menjd hambaNya yg sanggup utk melanggar perintahNya bahkan menjadi hambaNya yg x mensyukuri nikmat yg telah dikurniakan kpd kita? Lupakah kita siapa yg telah menciptakan kita? Adakalanya, dlm sehari, kita x igt langsung kpdNya, bahkan, kita berbuat maksiat di ats muka bumi ciptaanNya ini n menggunakan anggota bdn yg juga dipinjamkan oleh Allah kpd kita bt semetara waktu ini, utk berbuat maksiat. Tidakkah kita berasa malu dgn Khalik kita? Tetapi, Maha Penyabar dan Penyantunnya Allah Taala di atas kebiadaban makhluk yg bernama manusia. Walaupun kebanyakan manusia x tahu bersyukur, namun Allah swt tetap memberi nikmat kpd manusia. Maha Suci Allah...

Dan menjadi lumrah manusia, x menghargai apa telah dimilkinya. Namun setelah nikmat itu hilang, barulah dia merasai bhwa Allah swt sebenarnya telah mengurniakan nikmat yg besar kepadaNya. Contohnya, memiliki dua tangan. Memang kita merasai ia perkara biasa sbb semua manusia normal diciptakan dgn dua tgn, jd apa yg nak lainnya? Apa yg istimewa sgt? Tp sedarkah kita. Bayangkan klu satu masa, jika Allah menarik blk kurniaan tangan drpd kita. X kah kita akn berasa susah? Semua perkara yg hendak kita lakukan, kita perlu mendapatkan bantuan org lain. Mgkn sukar hendak dibayangkan. Oleh sbb itu, kita digalakkan utk berjalan di ats muka bumi Allah ini dan memerhatikan kejadian d sekeliling kita supaya kita mengambil pelajaran. Cuba kita lihat manusia yg Allah ciptakan dengan mgkn kekurangan pd tanganny. Sungguh sukar kehidupannya bukan? Jd, eloklah kita sama2 memuhasabah diri kita...

Tahukah kita disebalik mempunyai sifat syukur ini, ada satu lg sifat yg perlu hadir bersamanya? Iaitu lah sifat redha. Mereka yg bersyukur akn sentiasa mempunyai sifat redha dlm diri mereka, merasakan Allah telah mengurniakan yg sebaiknya kpdNya walaupun perkara itu adalah perkara yg x disukainya. Misalnya, dlm peperiksaan, kita memperoleh pointer 2.01 atau 3.95. Apakah reaksi kita? Bagi mereka yg mempunyai sifat redha dlm diri mereka, mereka merasakan Allah telah mengurniakan yg terbk bt mereka dan merasakan x ada keputusan yg lebih baik bt mereka melainkan kptsn sebegitu. Di dalam diri mereka, terdpt rs husnuzon (bersangka bk) yg tinggi kpd Allah. X menyalahkan Allah ataupun tkdr ats keputusan sebegitu, sebaliknya percaya, psti ada hikmah disebalik kurniaan Allah yg sebegitu rupa dan percaya Allah x akn sekali2 berlaku zalim pd hambaNya. Itulah ciri-ciri org yg betul2 bersyukur.Tetapi, bg mereka yg x mempunyai sifat redha, psti akn terdetik dlm diri mereka, “kenapalah aq dpt result mcm ni? Knpa x dpt 4 flat?”. Bukankah bunyinya x bersyukur? Dlm diri mereka lhr sifat su’uzon (bersangak brk) kpd Allah. Merasakan Allah berlaku zalim kpd mereka dan lahir lah bermcm2 sangkaan buruk kpd Allah. Na’uzubillah. Sedarlah, ilmu kita ibarat setitis air d lautan yg luas jika hndk dibandingkan dgn ilmu Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan luas pengetahuanNya. Sedarkah mungkin Allah ingin menyelamatkan drpd menjd angkuh n takbur jika memperoleh 4.00? Sedarkah kita, disebalik perkara buruk yg berlaku pd kita itu, ada beribu perkara baik yg Allah ingin kurniakan kpd kita? Bahkan, ada sesetengah yg smp thp hilang pergantungan kpd Allah stlh berlaku perkara brk ats dirinya. Sbb itu lah dikatakan, bersyukur itu x semudah dilafazkan kerana qanaah dan redha itu perlu ikut bersama.



Kdg2 kta b’doa utk kuat tp byk pula dugaan dtg. Kdg2 kta minta cerdik tp mslh pula dtg bertandang. Kdg2 kta minta kebahagiaan tp huru-hara pula menjelang. Dugaan menjdkan mental kita kt, mslh menjdkan kita berfikir, huru-hara menjadikan kta tbh. Hbtkan Allah. Semua ada hkmh. Kalaulah manusia tahu hadis ini: “Drpd Anas b Malik: Tlh berkta Jibrail: Wahai Tuhan, ‘Engkau sampaikanlah hjt hambaMu.’ Maka Allah menjwb: ‘Biarkan hmbaKu itu, kerana Aku mencintai rintih suaranya.’” Jd, bkn semua perkara yg berlaku pd kita ini berlaku dgn sia2. Kalau perkara bk yg berlaku, mgkn Allah ingin menguji sejauh mana kita bersyukur dan menggunakan kurniaan itu dgn sebaiknya. Kalau perkara brk yg berlaku, mgkn Allah ingin menguji sejauh mana kita bersyukur dan redha serta sabar dlm menghadapinya. Firman Allah, mafhumnya:

“...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah 2:216)



Bersyukur adlh satu sifat yg amt terpuji d sisi Allah. Mereka yg sentiasa memanjatkan rs syukur dan terima kasih kpd Allah swt adlh tanda keteguhan iman pd dirinya. Dgn bersyukur juga, seseorg itu akn mempunyai sifat ceria kerana mempunyai sifat qanaah n redha dlm diri mereka tanpa perlu merasa resah gelisah. Telah byk kisah2 kaum terdahulu yg ego dan takabbur dgn kemewahan dan kekayaan yg diperoleh lau akhirnya dimusnahkan oleh Allah swt. Antaranya Qarun, Firaun dan Namrud. Umat Islam kini jga x terkecuali. Buktinya, msh ramai yg mengabaikan Islam dlm kehidupan; Islam hnya pd ibadah tertentu, bukan pd cara hidup. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memuhasabah diri kita dan berusaha kearah menjd yg lbh terbk. Maaf dipinta jika ada tersilap bhsa dlm entri kali ini. Sesungguhnya yg bk itu dari Allah dan yg buruk itu juga dri Allah, tetapi disandarkan pd hamba yg serba kekurangan ini. Semoga sama2 beroleh manfaat. Hayatilah lirik lagu dibwh ini, lagu yg bgi diri ini cukup membawa byk erti bt kita. Let’s say Alhamdulillah! Barakallahufiqum. Wassalam...

Unic - Erti Syukur


Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah


Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya ku terlupa
Adakala aku leka
Ampunilah...


Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu


Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu


Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan


Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman


Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui


Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan


Aku bersyukur ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikmu Ilahi -tuhan maha permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah


Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
Kepadamu Yang Esa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails