Thursday, July 16, 2009

Coretan Untuk Bakal Isteriku

Assalamualaikum wrt. wbt.

Untukmu, Bakal isteriku..

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."


Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal suamimu.

(Dipetik drpd laman web www.iluvislam.com)

Sunday, July 12, 2009

Tujuh Kalimah Utk Pegangan Hidup Drpd Pusaka Para Nabi

  1. Apabila engkau solat jagalah baik2 fikiranmu.
  2. Apabila engkau betandang ke rumah org lain jagalah pandangan matamu.
  3. Apabila engkau di dalam majlis, jglah lidahmu.
  4. Ingtlah kpd Allah swt spnjg masa.
  5. Ingtlah akn mati iaitu bersedia menghadapi maut.
  6. Lupakan budi baik terhdp org lain.
  7. Lupakan semua kesalahan org lain terhadapmu.

Monday, July 6, 2009

Jodoh Itu Ketentuan Allah!

Assalamualaikum!

Alhamdulillah, Allah memberi ksmptn lg utk menulis. Topik yg nak diperkatakan pd kali ini adlh satu topik yg ckp sinonim, iaitu cinta. Apa itu cinta? Cinta secara umumnya adlh satu perasaan syg yg hadir dlm diri seseorg manusia. Cinta itu luas skopnya dan ada peringkatnya. Cinta yg plg tinggi darjatnya adlh cinta kpd Yang Maha Esa, kemudian cinta kepada RasulNya, strsnya cinta kpd jln jihadNya n yg terakhir cinta kpd manusia, termsklah cinta kpd ibu bap, shbt, guru, isteri n lain2.

Fokus ana pd kali ini ialah cinta kpd manusia, iaitu wanita. Cinta itu adlh fitrah manusia. Mmg telah diciptakan oleh Allah seorg manusia itu suka utk mencintai n dicintai. Mmg x slh utk jth cinta kpd seorg wanita. Tetapi, biarlah cinta itu kerana Allah n berlandaskan syariat. Dewasa ini, kita dpt melihat muda-mudi 'sibuk' bercouple di sana sini. Smp ada yg berpggan tgn, berplk-plkn n bermcm-mcm lg. Bahkan, skrg ni, x krg gak virus 'couple islamik' d klgn remaja. Ada yg kata, kami x jmp pun, cuma sms je. Mmglah, tp dari sms tu lah nnt yg akn membwa kpd pertemuan. Pertemuan tu yg akn bw kpd bermcm2 lg lah. Ingat firman Allah: "Jgnlah kamu mendekati zina...". Kat situ, Allah x sbt jgnlah kamu berzina, tp jgnlah kamu mendekati zina. Jd, Allah dah bg igtn spy kita jgn bt apa2 bnd yg blh menjadi punca kpd berlakunya zina. Sama gak mcm pepatah 'mencegah itu lbh bk dari mengubati'. Jadi berigt-igtlah sblm kena.

Shbt smua, cinta adlh satu persaan yg hadir tanpa kita sedari. Mmg kita blh berkata, aku x nak jth cinta lg. Tp shbtku, takdir Allah jauh lbh hbt dari perancangan kita. Bkn kt yg merancang bila perasaan cinta itu akn hadir, tapi Allah lah yg menentukan segalanya. Adakalanya kt merasakan yg seolah-olah kita tlh melakukan kslhn dgn jatuh cinta. Sbnrnya, kita lah yg menentukan samada cinta itu baik atau pun tidak. Kalau bercinta dgn menjadikan nafsu dan syaitan sbg pemandunya, maka brklah natijahnya. Tp klu berpandukan syariat dan diniatkan kerana Allah, insyaAllah, cinta itu akn membawa kebahagiaan kpd diri kita. Semuanya bergantung kpd niat seseorg itu, spt Sabda Nabi SAW; "Mulakan kerjamu dgn niat."

Jikalau kt ada terbc ksh cinta Nabi Muhammad SAW, kita spttnya sdh mula memuhasabah diri kita. Adakah kita sdh berada di landasan yg btl? Adkh kt mencintai si 'dia' kerana Allah? Ataupun kerana nafsu? Ataupun nak ikut trend?

Biarlah ana berkongsi ksh sendiri. Bkn utk syok sendiri, tp skdr perkongsian pengalaman. Ana msh igt sewktu di matrik dulu, ana pernah berazam utk menjauhkan diri drpd virus cinta ini. Tp shbt smua, siapalah ana utk melawan takdir Allah. Ditakdirkan Allah ana jth cinta kpd seorg muslimat sewaktu di ...... dahulu. Ana sendiri x sdr bila ana mula menyukai dia. Inilah kali pertama ana menyukai seseorg, n yg bila ana muhasabah blk perkara yg bt ana tertarik terhdp dia adalah kerana agamanya. Tetapi, ana memendamkan perasaan ini n cb utk melupakan perkara itu, tp mgkn diri ini x ckp kuat lg utk melwn bisikan syaitan. Akhirnya, ana meluahkan apa yg terpendam di dlm hati ini kpd seorg shbt n ana mintak pandangan dia. Alhamdulillah, lama kelamaan dgn bantuan drpd Allah swt, akhirnya ana berjaya melupakan dia. Ana perlu akui, ia bkn suatu perkara yg mdh shbtku. Pengorbanan itu diperlukan. Sentiasalah dekatkan dirimu dgn Allah, jadikanlah Dia teman rapatmu n byk kan lah berdoa kpdNya. Mgkn ana blm berjaya melupakan muslimat tersbt sepenuhnya, tp insyaAllah, ana akn cuba. Bkn bermakna ana x bersungguh-sungguh, tp shbtku, skrg ini, ana ada perkara yg lain yg jauh lbh pntg, iaitu fokus pd studi n ana ykn muslimat tu pun blm bersedia lg memikirkan perkara ini sbb cita-cita perlu diutamakan. InsyaAllah, lps dah hbs studi n bila keadaan dah mengizinkan, barulah menumpukan pd alam perkahwinan plak. Kalau jodoh, x kemana kan...

Apa yg sbnrnya ana nak kongsi disblk ksh itu ialah, matlamat x menghalalkan cara. Bercinta x bermakna kita mesti kena berjumpa dgn si 'dia' setiap hari, atau ber sms dgn dia slalu atau x bermkna kena bergayut dgn dia slalu. Lakukanlah sesuatu itu kerana Allah, pasti Allah akn melindungi kamu drpd kebinasaan. Jgnlah pula kamu menjadikan nafsu sbg pemandu hidupmu, nescaya kamu akn binasa. Tp shbtku, ana x prnh berasa menyesal krn prnh jth cinta. Kerana sesungguhnya disblk semua itu, ana menemui sesuatu yg lbh berharga. Sesungguhnya ada hikmah disblk ujian yg diberikan oleh Allah itu kpd ana kerana Alhamdullilah, Allah mempertemukan ana dgn cinta kpdNya. Sblm ini, ana sendiri agk jahil apa sbnrnya mksd cinta kpd Allah itu. Tp bila merasai sendiri perkara itu, barulah ana tahu apa itu sbnrnya cinta kpd Allah n betapa nikmatnya apabila kita dpt merasai betapa berharga n nikmatnya apabila kita menjadikan Allah sbg yg plg kita kasihi dan cintai. InsyaAllah, ana akn berkongsi serba sdkt ilmu yg ada mengenai cinta kepada Allah dlm ruangan yg lain. So tunggu lah ye nnt.

Berblk mengenai jodoh, shbtku, adkh kita sdh bersedia utk mendirikan sebuah 'masjid'? Adakah diri sdh dipenuhi dgn ilmu secukupnya utk menjadi seorg suami atau isteri? Apatah lg utk menjd seorg ayah atau ibu di masa hadapan kelak? Adkh ekonomi kita sdh ckp stabil? Adkh kita sdh mempunyai ckp ksh syg dan kesbrn sbg persediaan melayari bahtera rumah tangga nnt? Byk persoalan yg perlu kita fikirkan dahulu sblm kita memulakan langkah memasuki alam rumah tangga ini kerana tanggungjawab yg akn dipikul adlh amat bsr. Mendirikan rumah tangga bkn satu perkara yg mdh n blh dibt sambil lewa. Amat ramai manusia yg membina jambatan ke neraka apabila mereka mendirikan rumah tangga kerana x dpt melaksanakan tanggungjawab yg tlh diamanahkan oleh Allah swt. Sesungguhnya amanah itu adlh suatu perkara yg brt dan hanya org yg bertakwa shjalah yg mampu memenuhinya.

Klu yg blm mula memikirkan persoalan ini, fikirkan skrg. Msh blm terlmbt utk mula berfikir. Begitu juga yg sdh mendirikan rumah tangga, masih blm terlmbt utk memikirkan semula persoalan ini. Ada juga yg sbnrnya mengambil lgkh tergesa-gesa utk berkhwn kerana tkt jika org yg disukai itu 'dikebas' org lain. Shbtku, adakah kita sdh amat pasti bhwa dia adlh jodoh kita? Adkh kerana kita suka pdnya n dia pun suka pd kita, sdh ckp utk mengtakan dia adalah jodoh kita? Igtlah firman Allah dlm surah Al-Baqarah ayt 216: "...Blh jd kamu benci kpd sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan blh jd kamu suka kpd sesuatu padahal ia brk bagi kamu dan igtlah, Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." Fikir-fikirkan. Jodoh itu sudah ditentukan oleh Allah swt sjk azali lg. Tgs kita adlh utk mencari. Btl atau x, itu akn ditentukan oleh Allah swt. Jikalau berakhir dgn bk, maka btllah plhn kita tu. Tp klu slh, bermakna org lainlah yg sbnrnya tlh ditentukan oleh Allah utk kita. Yang pernah 'break-off', tiada alasan utkmu berasa sdh. Jdkanlah Allah sbg kekasihmu n yknlah Allah sdg merancang yg terbaik utkmu n akn mempertemukan kamu dgn seseorg yg jauh lbh bk utk kamu. Bknkah Allah tlh menjanjikan perempuan yg bk utk lelaki yg bk...? CINTAILAH ALLAH, NESCAYA ALLAH AKAN MENYINTAIMU!

Ana rasa cukuplah smp di sini je dulu coretan pd kali ini. Afwan jikalau ada kesilapan n artikel ini mengguris sesiapa. Tiada niat utk melukakan atau menjatuhkan sesiapa. Anda adlh ciptaan terbaik Allah di atas muka bumi ini. Harap sdkt sebyk tinta ini dpt membantu. Yg baik itu adlh drpd Allah dan yg brk itu adlh drpd Allah jg namun disandarkan atas kelemahan diri ini yg byk kekurangannya. Semoga sentiasa dibwh rahmat Allah swt. Ceria selalu. Ana tinggalkan sepotong hadis utk perkongsian semua: "sesiapa yg jth cinta, kemudian merahsiakan rs cintanya itu sehingga ajal dtg menjmpt, matinya adlh syahid". Renung-renungkan dan selamat beramal. Wassalam...


Universiti Darul Iman Malaysia

Assalamualaikum...

Apa khbr smua? Alhamdulillah, diri ini masih sihat dibwh limpah n rahmat drpd Allah swt. Alhamdulillah skrg ni sdh pun menjejakkan kaki di Universiti Darul Iman Malaysia di bumi Terengganu ini.

Setelah lama x menulis, tiba2 hati ini terasa rindu utk menulis. N pada kali ini, ana nak lbh fokus tentang kehidupan ana d UDM ni. Alhamdullilah, Allah memberikan ana peluang utk mengambil bdg perubtn di bumi Terengganu ini. Mmg jauh perjalanannya. 9 jam dari rumah. Tapi, hati perlu ditbhkan demi mengejar ilmu ini n mendptkan keredhaan Allah.

Sape tau psl UDM? X tau? Biar ana citer skit. UDM adlh IPTA yg ke-18. UDM mempunyai 3 kampus, iaitu kampus KUSZA di Gong Badak, Kampus Kota di Kuala Terengganu n Kampus Besut di Besut. Kampus KUSZA adlh kampus induk yg menempatkan kebnyakkan fakulti. Knp KUSZA? Sblm ini, kampus ini adlh Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) kat area Gong Badak ni. Lps tu, dinaik taraf menjadi Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Kemudian Kampus Kota. Br gak lah dibuka. Kat sini ada 3 fakulti. Fakulti Perubatan n Sains kshtn, Fakulti Biotek n pertanian n fakulti food tech. Kampus Besut plak blm siap lg. 3 tahun lg kot. 13-15 Julai ini ialah Konvo pertama UDM N CANSELOR adlh sultanah Terengganu. Dah tau?

Ana ditmptkan d Fakulti Perubatan n Sains Kesihatan, tp asrama ana kat kampus KUSZA. Tp sementara je sbb asrama kat kampus kota ni tgh renovate. Mgkn sbln lg, baru pindah ke sini. Ana adlh batch pertama medik UDM n smua bdk medik cm 29 org je: 13 lelaki n 16 perempuan. Semua lpsn matrik n KMPk adalah yg plg ramai ambik medik kat sni, iaitu 4 org.

Nak cerita, setiap pg, kitaorg kena naik bas seawl kul 7 pg dari KUSZA utk dtg ke fakulti. N blk blk smula pd pkl 6.30 ptg. Mmg lah, rs cam ssh plak. Tp nak bt mcm mn, kt ikut je lah. Mgkn ada hikmah disblk smua ini.

Ana bersykr kpd Allah sbb dpt msk ke UDM. Mcm ana crta td, UDM ni dahulu adlh KUSZA. Jd, suasana islamik tu mmg amt jls kat sni. Nak tau? Kena lah dtg UDM. X syok cerita cam tu je. Bahkan subjek wajib U yg kitaorg kena ambik pun byk yg relate dgn pendidikan Islam mcm fiqh islamiah, aqidah, tamadun Islam n byk lg lah.

K lah. Nak g kls ni. Dah byk mengarut plak. So, all da best to all my frenz n slmt meneruskan perjuangan d kampus. Yakinlah Allah sentiasa bersama dgn hambaNya yg taat padaNya. K smg dipjgkn umur n diberi ksmptn lg oleh Allah utk menulis lg. Semoga sentiasa d berkati n d bwh rhmat Allah swt. Wassalam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails