Friday, April 30, 2010

Ukhwah Sejati...

Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci


Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui


Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi

KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya...


KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya

Itulah tandanya
Kejujuran kita


Assalamualaikum...

Sesungguhnya, tiada apa yg dpt diri ini ucapkan melainkan kesyukuran yg teramat kpd Nya kerana hanya dgn rahmat dan hidayahNya shja lah, diri ini msh dikekalkan sbg seorg Islam dan terus berada dlm jalan agama yg satu ini, iaitu Islam. Dan kesyukuranku hanyalah untukNya jua kerana ketika ini, ku msh lg mampu utk menulis lg di blog ini. Semoga apa yg ku lakukan ini adalah keranaNya dan semoga daku beroleh keredhaanNya...

Pd kali ini, hati ini terasa amt teringin benar utk menulis mengenai sahabat. ntah mengapa, hati ini amat rindu skali kpd shbt2 seperjuangan dan semoga kerinduanku kpd mereka adlh kerana Allah jua. hmpr setahun ku x menemui shbt2 seperjuangan d matrik dahulu. dan kerinduanku bagaikan tlh hmpr sepuluh tahun. ana merindui kalian dan ana berdoa semoga kalian semua sentiasa dirahmatiNya dan semoga kita dpt bertemu lg, jika x disini, di alam akhirat yg kekal abadi. namun sekurang-kurangnya, kerinduanku terubat sedikit dgn shbt2 seperjuangan dicni. Ya Allah, betapa indahnya ukhwah ini. ku x pernah bermimpi bhwa satu masa, Kau akn kurniakan kpd ku antara nikmat yg ckp indah ini, iaitu ukhwah fillah. betapa nikmatnya dan manisnya ukwah yg dijalinkan hanya kerana Mu ini...

Daripada Abu Hamzah Anas bin Malik ra, pelayan Rasulullah saw, bahawa Rasulullah saw bersabda: “Seorang diantara kalian tidak (dikatakan) beriman sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” [HR Bukhari dan Muslim]


Sesungguhnya, takdir Allah amt hbt skali. perjalanan hidup yg x pernah ku sangka akhirnya membawa ku ke jalanNya kembali. Satu masa yg lalu, daku pernah leka dlm dunia yg fana ini. Byk sungguh bnd brk yg pernah ku lakukan dlu sehingga x mampu utk ku ungkapkan lg. Sungguh malu daku kpd Allah. Namun, ku bersyukur. HidayahNya dtg menepa awl dan Alhamdulillah, Allah membawa daku kembali smula ke pangkal jln. Dan pelbagai 'bonus' juga diberikan. Antaranya termasuklah nikmat ukhwah ini.  Ntah mengapa. x pernah ku merasakan nilai ukhwah ini dahulu. dan x tau mengapa daku x juga merasai nikmat ini dgn kwn2 yg lain sepertimana ku merasainya dgn shbt2 seperjuangan. Mungkin daku yg msh blm menjd shbt bt mereka. Mencari kwn mmg mudah, tp mencari shbt mmg susah...

X de kata yg termampu ku gambarkan btp ku menghargai kurniaan Allah ini. Setiap kali ku mengingati nikmat ini, titisan air mata mengalir membasahi pipi. Shbt2, daku menyayangi kalian smua kerana Allah dan daku berhrp biarlah ukhwah kita juga terjalin kerana Allah. Bnr kta org, kwn mudah dicari, tetapi shbt amt susah dicari. Susah sng dilalui bersama. Bila senang, semua bergembira. Bila ada yg derita, semua merasai bersama. Bila ada yg menangis, semua menangis bersama. Sahabat2ku baik d KMPk dahulu, mahupun d UDM, kalian lah sahabat terbaik yg x pernah ana jumpa. Syukran kerana sentiasa ada bila ana memerlukan kalian. Syukran kerana sudi mendengar sgala mslh ana dan mengesat air mata. syukran kerana sanggup utk mendengar celoteh ana yg amt byk. sykran kerana byk membimbing ana sehingga ana menjd spt skrg. sykrn kerana sudi menegur ana tatkala ana terlalai. dan byk lagi. sesungguhnya, x mampu utk ana membls jasa kalian. hanya Allah jualah yg lyk membls jsa kalian dan sesungguhnya kalian mmg insan yg baik. Asif jika ana x berjaya menjdi shbt yg hbt seperti kalian dan asif juga jika ana pernah melukakan hati kalian... bg shbt KMPk dan sahabat2 UDM yg telah pun menamatkan sem akhir, kini kita berpisah bertebaran di ats muka bumi Allah ini membawa haluan msg. namun satu perkara yg perlu kita igt. ikatan hati yg wujud dlm kalangan kita x kan mungkin terlerai dek perpisahan ini. smg Allah sentiasa memelihara kita.

bg ku, ms2 yg ku luangkan bersama shbt2 adlh antara msa yg berharga. walaupun hanya berjumpa utk seketika waktu, namun kerasaannya seperti seharian berjumpa. dan begitu jugalah bila berpisah, seboleh2nya x nak berpisah. ana msh igt, smp ada yg sanggup sorok kunci moto sbb x nak bg shbt blk. mmg manisnya ukhwah. sebaik cuba, x diwujudkan prasangka brk sebaliknya sentiasa bersngka bk. Daku mmg amt bersyukur. daku msh igt ketika sama2 berbuka puasa, sama2 berqiamullail, sama2 bersolat jemaah dan sama2 slg igt mengingati. tetapi, hakikat sebenar kemanisan ukhwah menurut imam Al-Ghazali : Ukhwah itu x terletak pada mesranya ketika berjumpa atau kerapnya berjumpa, sebaliknya ialah sejauh mana ingatannya kpd shbtnya dlm doanya. Semoga kita saling mendoakan utk shbt kita insya Allah...

Shbt2, ana msh igt. kita telah melalui byk ms bersama. jth bangun bersama. dan saat2 kita ditarbiah bersama. ana msh igt. ketika ada shbt yg dihentam oleh org lain, semua shbt bgn mempertahankan shbt yg dihentam itu, smp yg menghentam tu hanya mampu terdiam. Khas buat shbt2 KMPk, ntah mengapa ana semakin merindui kalian. walaupun hanya melihat gambar, air mata ini bagaikan hendak gugur ke bumi. pabila ana melihat bgnn2 KMPk, fikiran ana terus terlayang mengingati kalian. teringat kenangan lalu kita d KMPk terutama di Masjid Al-Maghfirah, masjid yg telah menjd medan hebat kita dan tempat kita byk mengisi suka dan duka dlm diari kehidupan kita. Ada dlm kalangan kita yg ketika itu baru bljr utk mengenal erti sbnr Islam, namun kini telah menjd org yg ckp hbt. Shbt KMPk, semoga ukhwah kita terus berkekalan walaupun kini, jarak dan masa memisahkan kita. Asif jika ana pernah melukakan kalian dahulu...

Buat shbt2 UDM, walaupun kita baru shja berjumpa, tp ana rskan bgai tlh lama kita bersua. Kalian smua mmg hbt dan terbk. walaupun kita dari jurusan yg berbeza-beza, namun itu x menjd penghalang utk kita trs bersama. kita bgaikan tlh menjd sebuah keluarga. ssh sng kita bersama. bla ada mslh, kita slg berkongsi. bla ada yg lmh, kita slg menguatkan. bla ada yg lalai, kita slg mengingatkan. apa jua kita lakukan, kita bersama. asif sbb ana x dpt slalu bersama kalian dan asif jika ana x menjd shbt yg bk bt kalian. Ana menyayangi kalian semua kerana Allah...


ckplah dlu buat stkt ini. post kali ini hanya sekadar ingin berkongsi luahan di hati. shbt2ku, ana bersyukur dipertmukan dgn shbt2 seperti kalian. sesungguhnya hati kita ditautkan atas dasar akidah. jgn lah kita membiarkan tali ukhwah kita menjd luntur dgn mudah. AKAN KU PERTAHANKAN UKHWAH INI INSYA ALLAH... UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA...


Wassalam...

Saturday, April 24, 2010

Epilog Silam... -Haikal

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

Tuesday, April 13, 2010

KUSZA-UDM: Isu Yang Belum Tamat... Bahagian 2

SEPUCUK SURAT

Saya merupakan anak jati Terengganu yg sentiasa mengikuti perkembangan negeri Terengganu terutama skali hal2 berkaitan pendidikan. Perkara ini disbbkan hrpn dan cita2 saya utk melihat ank2 sebangsa dan seagam berjln mengikut landasan dan acuan yg diuar2kan oleh wawasan 2020.

Apabila kerajaan mengumumkan pembinaan sebuah u awam d T'ganu n nama KUSZA disebut2 sbg sebuah kolej d bwh kerajaan negeri yg akn dinaik taraf sbg universiti awm tersbt, terdetik d hati saya 2 perkara: gembira n bimbang. Gembira kerana slogan spt "impian menjd kenyataan" oleh mantan MB menjd kenyataan. Bimbang pula kerana memikirkan spekulasi politik kedai kopi n ckp2 tentang nsb KUSZA yg tlh byk melhrkan cendekiawan yg berjiwa bsr, berakhlak mulia samada dlm pengajian Islam mahupun sebaliknya.

Kegembiraan saya menerima pengumuman drpd kerajaan utk menjdkan tapak KUSZA sbg UDM akhirnya tlh ditenggelamkan oleh kebimbangan yg saya nyatakan apabila saya memasuki UDM kampus KUSZA sempena mjls konvokesyen yg pertama pd 15 Julai 2009. Utk pengetahuan saudara pengarang, sblm ini saya sentiasa ke kampus KUSZA dahulu, saya x pernah melihat pelajarnya bermain atau berjln dlm kmps dgn memakai sluar pndk bg lelaki dan free hair serta berseluar jean dan berbaju mengikut body bg pelajar perempuan.

Namun skrg pemandangannya amt mengejutkan. Terdgr jg sindiran drpd segelintir pljr n staf UDM yg mengatakan ini bkn KUSZA tp UDM. KUSZA tlh DIBUBARKAN n BKN DINAIKTARAF mnjd UDM. Bg saya jika benarlah apa yg dikatakan itu btl, adkh pengurusan tertinggi UDM x blh menerima nilai-nilai mulia yg ada d zmn KUSZA dahulu dikekalkan? Sekurang2nya hormatilah bumi KUSZA yg menempatkan UDM skrg ini! Kembali kpd mjlis konvokesyen pertama UDM. Perasaan terkejt menyentak jiwa saya apabila perjalanan mjls konvo tersbt terlalu menyimpang drpd zaman sblmnya. X keterlaluan klu saya katakan ianya tlh diputarkan sbyk 360 darjah.

Saya pernah berada di dalam yg mulia iaitu Dewan Al-Muktafi Billah Shah pd konvokesyen KUSZA dahulu n klu x slp saya diberikan nama Idul Ilmi yg pd hemat saya ianya amt bersesuaian dgn perjlnn mjls tersbt. Dwnnya x berubh, tetapi pengisiannya tlh berubh. Klu dhulu, diselang-selikan dgn bacaan Al-Quran yg diterjemahkan, tetapi skrg ini didendangkan lagu2 yg entah apa tujuannya sehinggakan ianya mengganggu kesucian majlis penganugerahan ilmu kpd pljr. Saya ada juga bertanya knp x dikekalkan apa yg tlh sedia ada kpd petugas d dewan tersbt n jwpnnya lbh kurang sama dgn sindiran yg saya nyatakan d ats n dikatakan IPTA lain pun mcm itu jg.

Itu baru shj apa yg berlaku d dlm mjls utk sepetang atau satu sidang sahaja. Acara d tpk pesta konvokesyen jg x krg 'putaran' yg diberikan. Pd hemat saya mungkin bertujuan utk mengikis trs nama KUSZA drpd pandangan umum. Igtlah warga UDM! Jika anda smua terlalu membenci KUSZA tkrlah nama kmps itu trs. Saya amt ykn, skrg ini org t'ganu msh lg menggunakan nama KUSZA jk hndk dibandingkan dgn nama UDM. Apa hala tuju UDM sbnrnya? Nak mlwn universiti jiran (UMT) ke? Ikutlah acuan sendiri! Melihat kpd acara pesta yg tertulis pd kain rentang d jln2 utama sekitar KT, tertanya jg saya tentang kedudukan msjd yg btl2 dibina bersebelahan tpk pesta tersbt. X de rs hormat kpd msjd ke? Dlm mjls meraikan keilmuan pljr, penting sgtkan mengagungkan arti n nyanyian sehingga menodai kesucian msjd UDM tersbt?

Jgnlah dijadikan budaya memulakan mjls dgn keberkatan doa dan bacaan Al-Quran tetapi pengisiannya menderhakai Allah. Ke mana perginya suara2 merdu pentazkirah dlm UDM? Maaf dipinta drpd smua warga UDM d ats kekasaran bhs yg diutarakan ini yg di sbbkan rs kecintaan kpd ank bangsa n agama. Sekian smg ianya sdkt sebnyk membolhkan kta tersdr mimpi kita d siang hari. 
ORANG GANU KITE
Gong Badak, T'ganu


petikan dlm komen anda akhbar tempatan...

PANDANGAN PENULIS

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum wbt...

Lama betul rsnye x mengupdate blog ni. Bkn mls, tp kesempitan ms ternyata membataskan diri ini utk mengupdate blog. Pluang cuti mid sem yg baru bermula ni, akn digunakan dgn sebaiknya utk menulis d blog ini. Dan kini, ana sdg cuba utk membaik pulih blog ini spy blog ini kembali hidup dgn nafas yg baru insya Allah.

Alhamdulillah, pd kali ini, dapt juga ana menyambung smula isu KUSZA-UDM ini. Dan tmpoh yg ckp lama sblm mengupdate blog ini, diri ini berusaha sedaya upaya utk mengumpul sgala mklumat berkaitan isu ini, termsk berbual dgn pljr2 yg hdp pd zmn peralihan KUSZA-UDM, membaca blog2 bks pljr KUSZA dan lain-lain maklumat yg berkaitan. Sbnrnya, mklumat ini smua x diperolehi secara langsung, tetapi, mungkin Allah ingin mempermudahkan urusn sehingga smuanya dtg scara sendiri d dpn mata. Insya Allah, ana akn cuba mengolah perkara ini dgn sebaiknya dan mencuba sedaya upaya utk x menyentuh perkara yg sensitif kerana isu ini adlh antara isu yg sensitif d udm sendiri dan t’ganu scara umumnya.



Kolej Agama (Ugama) Sultan Zainal Abidin (KUSZA) adalah antara institusi agama yang telah tersohor namanya baik di T’ganu, mahupun d slrh m’sia dan termasuk di dunia. Masakan tidak. Sepanjang 25 tahun melakar sejarah, Sdh berpuluh-puluh ulamak, ilmuan dan cendekiawan Islam lahir drpd kolej ini. Nama kolej ini cukup gah sehinggakan sdh ckp dikenali di Malaysia mahupun di seluruh di timur tengah dan lulusan kolej ini ckp dipandang tinggi oleh masyarakat. Inilah yg dikatakan, jikalau Islam itu diletakkan pd tempat yg spttnya, iaitu tmpt yg plg tinggi, maka kegemilangan akn diperoleh kerana sentiasa dibwh keredhaan Allah. Ana harus katakan, ana ckp respect pd lulusan2 KUSZA. Betapa hbt tarbiah yg tlh mereka perolehi d cni sehingga mampu menjadikan lulusan di cni x hanya keluar dgn membawa ilmu duniawi, tetapi trt membawa Islam dgn pegangan yg mantop dlm diri mereka. Kini, mereka bertebaran di ats muka bumi Allah ini, membawa dan menyebarkan sgala apa yg tlh mereka perolehi utk kebaikan umat sejagat. Bahkan, dgn hidayah Allah, melalui tarbiah yg diperoleh ini, sehinggakan blh mengubah peljr2 KUSZA ini drpd yg tidak pernah mengenal Islam kpd mengenal Islam, drpd yg bertudung pendek kpd yg bertudung labuh menutup sehingga ke bhgian dada, drpd yg asyik berpakaian ketat dan berpesyen pabila berada diluar kpd berjubah atau berbaju kurung atau yg spttnya apabila berada d luar, drpd yg x menjga btsn pergaulan kpd yg hanya berckp dgn berlainan jantina apabila mempunyai urusan pntg, itupun hmpr sebatu jauhnya, dan lain-lain lg. Mudah ana katakan, byk perubahan yg blh kita lht sblm perljr itu menjejakkan kaki ke kusza dan slps meninggalkan kusza.

KNP KUSZA DITUTUP?

Kusza dibubarkan secara rasminya semasa persidangan DUN T’ganu yg bersidang pd 19 Apr 2005. Knp pembubaran dibt di DUN? Kerana Kusza adlh slh satu aset kerajaan negeri dan di dlm perlembagaan negeri, terdptnya satu fasal berkaitan Kusza. Oleh itu, penutupan Kusza hanya blh dibt melalui undi sidang Dun T’ganu kerana pindaan pd perlembagaan negeri hanya blh dibuat melalui sidang DUN. Alsn yg digunakan ketika itu, ialah kerana kerjaan negeri ketika itu (di bwh pimpinan Dato’ Idris) x mampu lg utk menampung perbelanjaan kusza yg mencecah RM 80 juta setahun. Akhirnya, usul pembubaran Kusza diluluskan dan Kusza akhirnya ditutup.

Namun fakta sbnr mengenai penutupan Kusza ini tlh diubah dengan menjadikan ianya seolah2 menaik taraf Kusza kpd UDM kerana Sekolah Pengajian Islam (kini Fakulti Pengajian Kontemporari Islam) msh dikekalkan dan smua staf dan pelajar kusza diserap trs ke dlm UDM. Pd hakikatnya, warga Kusza dan rkyt T’ganu sgt sdr sbb utama kerajaan negeri beria-ia bnr ingin menutup Kusza. Ana rs x perlulah diceritakan di sini memandangakn hal ini melibatkan hal politik. Hanya kerana ingin mematikan pengaruh perjuangan yg smkn kt, Kusza akhirnya dikorbankan. Ckplah jika warga kusza n warga UDM yang begitu berminat utk mengetahui sjrh sbnr KUSZA-UDM yg mengetahui ksh sbnr itu. Sdh ana katakan. Akibat skp tergesa-gesa dlm tindakan, akhirnya KUSZA ditutup. Knp? Utk pengetahuan, sbnrnya, sblm Kusza ditutup lg, UDM sbnrnya tlh pun dicadang akn dibina d Taman Ilmu T’ganu di Besut. Namun, skp terburu-buru pemimpin negeri ketika itu yg x sbr2 utk menunjukkan bhw mereka telah menunaikan janji mereka utk membuka sbuah lg univ di T’ganu, maka Kusza dijadikan sasaran dgn alasan kononnya menaik taraf Kusza menjd sbuah univ. Ana x kata slh tindakan kerajaan negeri menaik taraf Kusza kerana ini membolehkan lbh byk bantuan drpd kerajaan pusat dpt diberikan n lbh byk pelajar dpt melanjutkan pelajaran, tetapi tindakan itu x spttnya dilakukan ke ats Kusza kerana... Kerana stlh menjd UDM, Kusza kini telah mengalami satu kejutan budaya yang x dpt dibygkan dan x pernah berlaku sepanjang 25 tahun pembukaan KUSZA. Inilah akibat drpd campur tangan politik yg berlebihan, akhirnya tlh merugikan byk phk.

DULU DAN KINI

Skrg ni, ana nak mengajak para pembaca untuk sama2 menilai perubahan2 yg tlh berlaku d Kusza stlh menjd UDM. 99% apa yg ditulis ini adlh berdsrkan pembacaan ana melalui tulisan2 bks pelajar Kusza dan penduduk setempat yg tlh mengikut perkembangan Kusza dan melihat sendiri perubahan yg sdg dialami oleh Kusza. Trs-trg ana katakan, mgkn x smp 10 tahn lg, org sdh x dpt mengetahui apa warisan Kusza yg msh kekal di UDM kerana hakikatnya, perubahan yg sdg berlaku di UDM Kampus KUSZA seperti seolah2 akn membunuh trs warisan Kusza yg tlh disemai di ats bumi barakah itu sepanjang 25 tahun mendidik anak bangsa. Seperti satu ayt ana ambil drpd blog seorg x-kusza: “Di situ lah lahirnya cendiakawan dan cerdik pandai dalam Islam. Bermula dengan hanya sebuah pondok kecil sehingga menjadi intitusi tersohor. Namun semuanya hanya tinggal kenangan. Segala penat lelah pejuang2 masa lampau ditinggalkan begitu sahaja.” Jom kita tgk satu persatu perubahan Kusza:

IDUL ILMI DAN MAJLIS KONVOKESYEN

Majlis Idul Ilmi adalah majlis penganugerahan sijil, diploma dan ijazah kpd lepasan-lepasan KUSZA. Pd mjls inilah smua lulusan Kusza yg berjya akn memperoleh sijil msg2. Majlis Idul Ilmi yg ke 21 yg berlangsung pd 10 Julai 2005 adlh mjls Idul Ilmi yg terakhir diadakan kerana thn berikutnya, Kusza tlh pun dittp dan diganti dgn UDM. Majlis Idul Ilmi ini dptlah kita samakan dgn mjlis konvokesyen univ skrg. Cuma yg berbeza adlh pengisian di kedua2 program yg nmpk ‘sama’ ini.



Apa yg berbeza? Rsnye, x perlu ana jlskan lg sbb antum smua blh membca sndiri surat diats, yg mana pd ana, penulis srt itu yg lbh berhak utk bercerita kerana dia sendiri pernah menghadiri kedua-dua mjls berkenaan dan pastinya beliau blh memberikan perbezaan yg lbh jls. Dari segi pengisian majlis Idul Ilmi itu, mmg bnr. Selingan antara majlis penganugerahan ialah bacaan ayt2 suci al-Quran yg disertai dgn terjemahan2nya. Mungkin ada persembahan lain, tetapi sekurang-kurangnya, tidaklah smp melaghakan dan menjejaskan keharmonian majlis berkenaan. Skrg ni, kita lihat pula majlis konvo UDM. Majlis konvokesyen UDM telah diadakan buat kali pertamanya pd tahun 2009 setelah 3 tahun ditangguhkan. Hal ini telah menyebabkan ramai lah graduan yg terpaksa menunggu hingga tahun lps utk mereka memperoleh sijil, diploma dan ijazah mereka meliputi bekas pelajar kusza, separa kusza dan UDM dan juga UDM. Tp x mengapa. Itu bknlah isu utama yg nak dibawa disini. Skrg2nya mereka telah pun memperoleh sijil mereka. Tetapi apa yg nak dibawa disini ialah pengisian majlis berkenaan. Mmg bnr. Pengisian majlis konvo UDM amat jauh skali jika hendak dibandingkan dengan majlis Idul Ilmi KUSZA dahulu. Dgn persembahan2 yg sdkt lagha dan bermcm-mcm lg sehingga kan melahirkan kebimbangan dan rs x senang hati dlm kalangan x-kusza, ibu bapa dan penduduk setempat yg hadir semasa mjls tersebut yg merasakan UDM seperti sdh x mampu utk mempertahankan lg budaya yg telah disemai oleh Kusza semenjak 25 tahun yg lalu. Persoalan timbul. Adkh perlunya UDM terlalu mengikut cara majlis konvo di IPTA yg lain sehingga melupakan apa yg telah disemai dalam sepanjang 21 tahun majlis Idul Ilmi diadakan? Adakah benih-benih islamik yg telah disemai semasa zaman Kusza itu kini harus dibiarkan begitu shaja sehinggakan kita x mampu utk menunjukkanya lg walaupun dlm majlis konvo yg amat gah itu? Adakah majlis konvo UDM akan dikatakan jumud jika msh mengekalkan apa yg tlh dibuat semasa zaman dahulu? Jikalau dilihat smula semasa perjalanan Konvo itu, pasti hadirin akan tertanya apakah gunanya 3 ayat al-Quran yg terpampang dgn jelas skali di dinding2 Dewan Al-Muktafi Billah Shah itu? Adakh skdr hiasan? Atau sekadar ingin meghormati Kusza memandangkan ayt2 tersebut tlh berada semenjak zaman Kusza lg? Ana tuliskan terjemahan slh satu ayat al-Quran yg terdapat dlm dewan itu: “Allah memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya dan barangsiapa yang diberikan hikmah, maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak dan tidak ada yang mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal.” Ayat ni mmg mantop skali n kalau ana berada di situ, ana pasti akan insaf apabila melihat ayat itu kini hanya tinggal sekadar hiasan di dewan itu tanpa diambil pengajaran oleh org2 yg memasuki dewan itu. Kita blh lihat skrg, walaupun majlis yg sama, iaitu majlis anugerah, dan ditempat yg sama, iaitu di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Kusza, tetapi, pengisiannya tlh pun berbeza. Maka, terlhtlah satu perubahan dulu dan kini.

DTP DAN MPP



Dewan Tertinggi Pelajar (DTP) adalah badan yg mewakili pelajar dlm berurusan dengan pihak pentadbiran semasa zaman zaman KUSZA dahulu. Ana x psti bgaiamana pemilihan 21 exco DTP dibuat. Tetapi, apa yg psti, barisan exco DTP; drpd presiden hingga ke AJK, semuanya adlh yg plg2 terbk drpd yg plg terbk. Seperti org kata, complete whole set. Drpd akademik, kokurikulum, kepimpinan, agama, akhlak, dan lain2 lg, semuanya tip-top belaka. Ana ambik satu ayat drpd blog seorg pljr bks KUSZA: “kami sgt respek ngn DTP..thiqoh gle..rasa cam nak jd cam dorang..muamalat terjaga..pakaian terjaga..cara bekerja juga mantap n tersusun serta nampak kena pada tempatnya.” Mmg harus ana katakan, DTP adlh antara yg plg dihormati dan mmg ckp mantop cara mereka bekerja. Walaupun agk syadid, tetapi itulah yg sebenarnya yg tlh menjd salah satu elemen yg menyumbang kpd pembentukan generasi soleh dan solehah di Kusza dahulu sehingga kini lahirnya ramai cendekiawan2 dan para ilmuan yg mempunyai pegangan Islam yg mantop dlm diri mereka. Kini, x-DTP sdh pun kebanyakkan berada di alam pekerjaan dan klu ana nak diceritakan, kepimpinan yg mereka perolehi semasa memegang kerusi di dalam DTP, tlh menjd antara penyebab mereka dipandang tinggi apabila mereka berada di dalam msyrkt. Maka x hairanlah ada dlm kalangan mereka yg menjdi YDP MPP universiti semasa berada berada d universiti dan lain-lain lg jwtn. Ana rs, x perlu lah terlalu diceritakan sgt, sbb ana rs, ana bkn org yg terlalu lyk utk bercerita mengenai DTP kerana ana x berada d zaman DTP. Ana hanya mampu mengatakan DTP mmg satu badan yg amat mantop dan ana sgt respect dgn mereka. Semasa Kusza menjd UDM, msh ada saki baki DTP yg msh bljr d UDM ketika itu. Jls, ada dlm kalangan mereka dan bks pelajar Kusza yg melihat MPP (semasa zaman UDM), kelihatan seperti x mampu utk mengembalikan smula keutuhan bdn kepimpinan pljr itu. Jikalau kita bc di internet, ada satu komen yg tlh dibuat oleh seorg bks DTP yg berada semasa zaman UDM yg mengkritik YDP MPP ketika itu yg kelihatan terlalu mengkritik Persatuan2 Islamik di Univ lain. X mengapa. Itu hal lama. Kini, tlh hmpr 4 tahun UDM mempunyai MPP. Dan hanya pd sesi ini, barulah UDM mengadakan pilihanraya bg membolehkan pelajar memilih sendiri wakil mereka di dalam MPP. Walaupun, suasananya x sehangat univ lain kerana pilihanraya yg dibt x melibatkan unsur kepartian, tetapi sekurang-kurangnya hak memilih tlh dikembalikan kpd pelajar. Kini, kerusi YDP dan NYDP dipegang oleh pelajar dari FKI. Sebagai pelajar pengajian Islam, yg amat fhm skali dgn hukum Allah, mmg amat diharapkan mereka dpt membawa kembali sinar Islam ke UDM yg kini kelihatannya semakin jauh drpd syiar Islam ini. Igtlah, anda akn dipersoalkan smula dgn amanah yg tlh diberikan.

IKHTILAD: SEBATU DAN SEJENGKAL

Yang ni ana plg pns skali. Ana teringat semasa membaca blog slh seorg bks pelajar Kusza, ana rs amat bangga skali, betapa terjaganya batasan ikhtilad mereka. Nak berckp muslimin n muslimat pun sebatu jauhnya, itupun klu ada urusan yg btl2 mendesak. Klu x, jwbnya jgn hrplah nak dpt berckp. X ksh lah course apa pun. Pandangan pun mmg amat terjga. Klu berckp dkt2 atau pd masa yg x sesuai, hmm hbslah. Ni ana ptk drpd blog x-kusza yg tulis tu: “Ikhtilat muslimin dan muslimat. Hanya berjumpa muslimin jika ada hal pembelajaran atau kerja persatuan. Itu pun berbatu2 jauhnya bercakap. Bimbang timbul fitnah. Pernah sekali saya berjumpa dengan adik. Waktu tu saya tahun 3 dan die tahun 1. Disebabkan adik beradik, kami pun jumpa la dekat2. Tak perasan yang orang lain tak tahu itu adik saya. Semua pakat jeling bila lalu depan saya. Bisik seorang sahabat baik saya "jauh sikit, orang tengok. Sheikh Hassan Basri tengok macam nak makan". Baru la saya tersedar bahawa saya dikawasan umum bukan dirumah. Dek kerana takut fitnah, cepat2 saya menghabiskan cerita dengan adik dan bg duit sikit (tujuan biasa adik jumpa saya).” So jgn terkejutlah klu anda terjumpa muslimat yg hanya akan berckp dgn muslimin pd jarak sebatu jauhnya dikusza ni. Waktu zaman Kusza dlu, Asrama pun jauh2. Tp msa zaman UDM ni, pyhlah nak jmp dah smua ni. Mostly, Langsung x terjga ikhtilad. Klu kat kafe tu, tgklah, hmpr setiap meja, ada saje group campuran. Biarlah ana cerita sendiri pegalaman ana. Ada satu mlm tu, ana g mkn di kafe baru. Ana sgaja g lwt (dlm pkl 10.45 malam), nak tgk skit suasana cafe di Kusza smasa lwt mlm. Wkt ana duduk di satu meja tu, dpn ana ada satu group dlm 8 org kot. Drpd tu, ada 2 kerat je laki kat situ, n dikelilingi dengan bdk2 perempuan yg lain. Yg lg ana skt hati tu, bla tgk seorg bdk laki tu bermain cuit-cuit dan bertepuk tampar dpn ana. Hughhh!!! Mmg rs hlg sbr. Rs nak gak g tmpr seorg2. Tp x ptt rsnye. Nnt memalukan dan nak dakwah kena bk2. Jd diamlah n pergi je dari situ. Walaupun ada usaha utk membendung bdya couple dibuat, tetapi x terlalu berkesan. Misalnya Persatuan AQSA ada menaikkan kain rentang COUPLE=HARAM, tetapi kesannya x terlalu nampak. Lgi satu pengalaman. Ni agk baru gak. Satu mlm, lps hbs kls Etnik di blok Uthman, ana bergerak pulang ke rmh shbt ana di blok baru. Dari blok Uthman smp ke blok Khansaq, mmg ada byk kerusi meja yg disediakan utk student. Tp yg bt ana hot tu, setiap kerusi meja yg ada tu, semuanya terisi dgn ‘merpati dua sejoli’ yg x de rs malu langsung pun melihat org lalu lalang melihat mereka. Dahlah ddk seorg laki seorg perempuan, tempat plak samar2 je pencahayaannya. Ddk plak dekat2 mcm suami isteri (ntah2 suami isteri pun x serapat tu kot). Rs grm je. Nak je g ketuk satu2 meja tu. Tp pk seorg n ada urusan perlu diselesaikan dgn segera, x jd. Bla ana cerita pd shbt ana, shbt ana ckp: “Besa dah tu. Pak Guard pun dok bt pape. Klu hok couple tu duk smp kul 12 mlm pun, pak guard bt mcm dok tau je. Nak bt mcm mna.” X taulah nak ckp. Adkh ini yg kita hrpkan dgn membubarkan Kusza? Adakah ini yg kita nak tunjukkan dgn membuka UDM disana? Itu blm kira lg jrk asrama yg terltk bersebelahan je antara laki n perempuan. Ana pelik btl dgn pengurusan Kolej Kediaman UDM. Ntah apa yg berada dlm kepala mereka sehingga menyusun kedudukan kolej kediaman sebegitu.

MUSLIMAT: BERJUBAH DAN BERSELUAR

Jikalau dahulu, menjadi peraturan Kusza bahawa muslimat hanya dibenarkan berjubah atau memakai baju kurung apabila berada luar drpd kwsn asrama, tetapi kini x lagi. Kini pelajar bebas memakai apa jua selagi mna msh menutup aurat bg muslimat. Maka adalah yg keluar dgn memakai sluar yg teramat ketat sekali smp rsnye ckp menyakitkan mata yg melihat. Hmm... x ptt mereka berpakaian sebegitu. Walaupun berpakaian itu hak mereka, tetapi mereka perlu juga menghormati masyarakat sekeliling yg memerhatikan mereka. Mereka x sdr yg sbnrnya merekalah yg menjd antara punca knp rakyat sekeliling smkn mrh dgn warga UDM yg kelihatan seperti seperti x hormat dgn budaya KUSZA. Anda smua dah pun bca srt tu. Itu baru satu. Blm lg mengira yg lain. Baru2 ni, ana terjumpa dgn seorg penduduk yg tlh tinggal lama berhampiran dgn KUSZA. Menurut beliau, jikalau dulu, kat pantai Tok Jembal ke sng sgt nak knl mana satu bdk perempuan KUSZA, mna satu bdk perempuan KUSTEM (kini UMT). Klu hok pkai sluar tu, KUSTEM lah. Klu hok bkn pkai sluar tu, bdk Kusza. Tp le ni, dah pyh bnr. Sama blaka. Bdk Kusza pun dah pkai sluar le ni klu g pantai pun. Maka hilanglah lg satu entiti Kusza dan menunjukkan satu lgi budaya UDM dok molek yg ingin ditonjolkan kpd masyarakat sekeliling khususnya dan orang ramai amnya.

ORIENTASI: DULU DAN KINI

Orientasi semasa zaman Kusza dlu amat berbeza skali dgn orientasi UDM. Orientasi KUSZA adlh lbh kpd utk membentuk pelajar supaya berpegang tgh dgn agama Islam n disiplin Kusza tetapi orientasi UDM lbh byk ceramah yg pd ana, x dpt memberikan apa2 kesan kpd student. Mcm msk telinga kanan, kluar telinga kiri. Ni ana petik drps blog salah seorg bks pelajar kusza: “orientasinya pun menyakitkan hati..tegas n syadid sgt..klu JKP disiplin (skrg ni PM) yang pegang students..alamak..jgn harap rsa selamat. tertekan fizikal n mental..rasa nak ggit orang je masa tu..asyik cari slah je..huhu.tp ntah lah..dah byk orientasi yang dilalui..tp orientasi kuza juga yg pling tak leh lupa..pling terkesan dlm hati pentarbiahannya..tyala sesapa yg pernah melaluinya masa zaman sy dlu..mesti bg jawapan yg sama.” Walaupun keras, tetapi itulah yg berjaya membentuk mereka seperti mereka skrg ni, yg mna, disiplin itu tlh dibentuk sejak awl lg. klu ditanya pd mrka yg pernah lalui orientasi UDM, jwpn mereka lg dahsyat: “X de orientasi yg lbh membosankan drpd orientasi ni”. Huh. Mmg dahsyat. Marilah kita sama memikirkan adakah orientasi yg ada kini mampu utk melahirkan pelajar yg mantop seperti zaman Kusza dahulu? Ntahlah...

SURAU: DULU DAN KINI

Masjid UDM
KUSZA mmg ckp terkenal dgn surau-suraunya. Ana x pasti ada berapa jumlah surau yg ada semasa zaman Kusza dulu, tetapi dikatakan hmpr sepuluh kesemuanya x termsk masjid Kusza. Surau-surau ni terletak bwh beberapa blok dan terdpt satu surau bg setiap kompleks asrama. Semasa zaman Kusza dlu, seorg sahabat ana berkata, semasa zaman kakaknya msh berada d kusza, pelajar Kusza wajib turun ke surau setiap kali waktu smbhyg. Kehadiran pelajar ke surau akn diambil dan mana2 pelajar yg x turun dgn sengaja, akn berhadapan dgn tindakan kerana ia adlh peraturan kolej. Bunyi mcm syadid, tetapi matlamatnya adlh bk. Semasa di kusza inilah peluang terbk utk membentuk peribadi pelajar agar sentiasa mengimarahkan rumah Allah ini kerana mereka adlh bkl pewaris kepimpinan. Alhamdulillah, skrg ni, kita blh melihat sendiri kualiti yg tlh dilahirkan drpd Kusza. Walaupun syadid, tetapi syadid itulah yg kini telah melahirkan graduan Kusza yg amat berkualiti dan ckp dihormati oleh segenap masyarakat kerana nilai yg ada dlm diri mereka dan x hanya mempunyai ilmu duniawi shja, tetapi trt mempunyai ilmu ukhrawi yg mantop. Selepas menjdi UDM, Alhamdulillah, surau-surau ini msh lg dihidupkan dgn program-program keilmuan yg diadakan pd hmpr setiap mlm di Masjid UDM sendiri dan surau-surau samada oleh ustaz-ustaz mahupun pelajar sendiri. Cuma yg berbeza, kini surau diletakkan sepenuhnya dibwh kendalian AJK surau (pelajar) masing2. Klu aktif , maka aktiflah. Jikalau dulu, pihak pentadbiran kolej akn memantau sendiri pengurusan surau2. Dan kini, semasa zaman UDM, pelajar x diwajibkan lg turun ke surau pd setiap kali waktu solat kerana semuanya terserah kpd para pelajar. Inilah yg tlh menyebabkan jumlah pelajar yg hadir ke surau amtlah mendukacitakan. Rsnye, klu dicampur jumlah yg dtg (meliputi semua surau), rsnye x smp 10% pun drpd jumlah pelajar UDM skrg, dan ana rs hny 2% peratus drpdnya terdiri drpd muslimin, golongan yg suatu ms nnt akn bergelar imam dlm kehidupan sebenar. Ntahlah. Dan skrg ni pun, bkn semua surau seperti zaman Kusza msh digunakan. Klu x slp ana, skrg ni, hnya tinggal 6 surau yg msh digunakan. Surau Khansaq, Surau Farabi, Surau Saodah, Surau Thoriq dan dua lg surau. Surau Khadijah dan Surau Anas kini x digunakan lg memandangkan blok Saidatina Khadijah dan blok Saidina Anas kini sedang menjalani proses menaik taraf utk dijadikan bangunan fakulti.Pep pun, Alhamdulillah, sekrg-krgnya, surau2 ni msh hdp dan di harapkan surau-surau ni akn trs hdp biarpun ms terus berlalu agr UDM trs hdp dgn suasana pentarbiahan spt semasa zaman Kusza.

HIBURAN: DULU BERKURANGAN, KINI BERLEBIHAN

Semasa zaman Kusza dlu, klu x slp ana, amat jrg skali kita hendak mendengar Kusza menganjurkan konsert. Klu ada pun, hanyalah konsert biasa dan pengisian konsert tu x lah smp melaghakan. Namun smenjak menjadi UDM, huhu, konsert blh diadakan hmpr 3 kali dlm satu sem shja. Knp? Simple je alasannya. Bebdk skrg ni. Nak kena ada hiburan. Klu x de hiburan, x panggil remaja lah tu. Dahsyat gak alasannya. Klu tgk kehadiran ke konsert n kehadiran ke Masjid atau surau UDM, bezanya mcm langit dan bumi. Manusia akhir zaman, mmg pelik. Tmpt yg dirahmti Allah tu, ditinggalkan jauh2. Tp tmpt yg dipenuhi syaitan tu yg dituju. Pelik btl. X slh nak g konsert, sbb bnd tu fitrah, manusia sk pd hiburan. Tp jgnlah smp hiburan yg melampau-lampau kerana Nabi pun berpsn agr bersederhana dlm smua perkara. Ana msh igt sewaktu Pesta Konvo UDM kali pertama sbb ms tu, ana berada di Kusza. Mmg setiap mlm ada je persembahan. N kehadirannya pun blh thn gaklah. Tp persembahannya agk x kena kerana seperti agk melaghakan. Tu lah spt yg ada bca dlm surat tu. Smuanya seperti bgaikan ingin menimbus terus budaya Kusza dan nama Kusza itu sendiri. Klu dah rs x mampu utk mempertahankan satu pun budayanye, knp kita msh nak guna nama Kusza tu? Biarlah generasi akn dtg kenal bhwa ini adlh budaya UDM, bkn budaya Kusza. X ckp dgn persembahan tu, tpk pesta konvo itu sendiri berada pd kedudukan yg agk x strategik. Hanya beberapa langkah shja dri msjd UDM. Seorg kwn ana berkata, ada skali smasa kali kedua UDM mengadakan konsert di Tapak Pesta Konvo itu, konsert dimulai jam 8 malam (sebelum isyak). Sewaktu azan isyak, konsert berhenti sekejap. Tp, hbs je azan, konsert smbg smula tanpa mengira jemaah yg hendak bersembahyang kat dlm masjid tu. Apatah lg jemaah dlm msjd tu majoritinya adlh penduduk d sktr Gong Badak. Hbs je solat, ada seorg makmum berkata pd kwn ana: “Ni lah dia. Zaman Kusza dlu x pernah jd pun bnd mcm ni. Skrg dah ada. Tu lah. Tkr lg Kusza tu.” Nada pak cik ni amat kesal skali dan kwn ana yg dgr rs amt malu skali. Ye lah. Kita yg menyebabkan org hilang hormat pd institusi kita sendiri. Jd jgn marahlah klu org x suka UDM dibuka ats tpk Kusza sbb kita sendiri x mampu utk mempertahankan benih-benih Kusza dlu. Kita x menyiramnya kembali, dan sebaliknya kita lah yg menghancurkan trs benih itu sehingga menyebabkan satu ms nnt, org sdh x dpt mengenal lg mana benih Kusza. Wkt ana bersembahyang di surau Saodah baru2 ni, sewaktu ana blk dgn seorg AJK surau, beliau tnjk kpd ana satu bangunan di seberang koridor. Ana tau itu dwn makan semasa zaman Kusza yg kini dah x digunakan lg. Beliau kata pd ana: “Skrg ni dah jd tempat lthn tarian. Masa Ramadhan lps, setiap mlm ada lthn kat situ sementara org lain tgh cbuk smbhyg terawih kat cni.” Hmm. Rs mcm kurang ajr sgt. Klu rs x leh nak respect org yg tgh smbhyg tu, skrg-krgnya hormatlah bulan yg mulia tu. Ni lah akbt dpd nilai ajrn agama yg semakin ditinggalkan. Ada byk lg cerita lain psl hiburan ni. Tp ckplah dlu. Nnt pnh kolum ni sbb cerita psl bnd ni je...

PRASARANA: DULU DAN KINI

Yang ni, perlu ana katakan, semakin bk. Sebab tu lah ana katakan, ana x memandang 100% buruk penukaran kusza kpd UDM kerana disebalik brk, ttp ada baiknya. Dgn menubuhkan UDM, sedikit sebanyak, prasarana di Kusza dpt ditingkatkan. Ni ana ptk drpd blog seorg x-Kusza: “first time melangkah masuk pintu pagar kusza kat depan nuu..rasa cam nak patah blik je..tak sanggup nak sambung diploma kat sini.rela sambung tingkatan 6 kat umah.huhu..tu blum lagi terkejut tgok bus jepun..” “produk kelahiran kusza pd masa tu sgt dipandang tggi oleh ipt len..tak kira la luar atau dlm negara.nampak cam jumud n ketinggalan dalam serba serbi..tp itu hanya zahiriah..hakikatnya 'suara' kusza pd masa tu ddengari ramai..di pandang tiggi dan dihargai...bape ramai ulama yang kusza dah berjaya lahirkan?bape ramai ilmuan acuan kusza yg dah berjaya membantu agama n ank bangsa?emm..pk2 lah sendiri.emmm..mcm tu lah serba sdikit keadaan kusza satu masa dlu..zaman kegemilangannya n punya aura tersendiri.. bila Islam dilaungkan dan diletakkan ditahap yang paling atas..kita akan letakkan susah n perit itu disebelah..bukankah susah itu tarbiyyah?nabi yang ajar..kn?” Harus ana katakan. Sepanjang lima tahun penubuhannya, UDM kini semakin membangun dgn pelbagai prasarana yg lbh bk. Pelbagai pembangunan dibuat agar univ ini x digelar ketinggalan. Beberapa Bgnn lama Kusza kini sdg menjalani pengubahsuaian bg membolehkannya sesuai utk dijadikan fakulti2. Antaranya bangunan Saidina Anas dan Saidatina Khadijah. Perpustakaan Al-mukhtar juga kini sdg diperbesarkan supaya dpt menampung jumlah pelajar yg semakin bertambah. Bangunan Pusat Teknologi Maklumat juga kini tlh siap dibina dgn mana apabila digunakan nnt, slrh kwsn Kusza akn memperoleh kemudahan Wifi. Hospital UDM juga kini bkl memulakan pembinaannya x lama lg. Pelajar kini juga tinggal di Kolej Kediaman yg amat selesa dan merupakan kolej kediaman yg plg selesa antara semua IPTA di Malaysia. Sekrg-krgnya, ada juga hikmah disebalik smua ini...

KESIMPULAN

Rsnye, ckplah smp disini. Walaupun ada byk lg perkara yg blh dibincangkan. Tetapi ckplah rsnye. Sbb matlamat ana menulis tjk ini adlh utk memberikan maklumat yg plg tepat agr x terkeliru di kemudian hari. Bkn ana x bersyukur dgn membanding-bandingkan zaman Kusza dan UDM dlu, tetapi ini adlh sbg pengajaran di masa hadapan agr generasi slps ini x melakukan kesilapan yg sama seperti yg tlh dilakukan skrg. Dan tujuan menulis perbandingan ini adlh spya kita sdr kembali kedudukan kita skrg dan cuba memperbaiki sgala kesilapan yg tlh kita bt. Bkn utk memburukkan sesiapa, tetapi supaya kita dpt menilai kembali apa yg tlh dibt dan membetulkan kembali apa yg x btl. Walaupun Kusza yg dlu adlh Kampus Utama, kini tlh berubah menjd kampus cwgn shja, namun smua harus mengakui bhwa di sinilah kita bermula dan kita harus menghormati apa yg dimulakan.

Baru2 ini, tersebar berita mengatakan bhwa Universiti Darul Iman Malaysia akn menukar namanya kpd Universiti Sultan Zainal Abidin Malaysia (UNISZA) dan dikhabarkan bhwa penukaran ini akn diumumkan x lma lg. Knp nak tkr nama? Dikatakan bhwa penutupan KUSZA dahulu x mendapat perkenan Sultan T’ganu dan sultan murka dgn tindakan MB. Pd ana, Sultan T’ganu mempunyai dua alsn yg munasabah utk menjd murka dgn tindakan tersebut: 1) Kusza adlh institusi pendidikan agama yg tlh byk melahirkan cendekiawan, ulamak dan ilmuan yg berjaya dan tlh byk memberikan sumbangan kpd pendidikan rkyat negeri T’ganu. Alsn yg mengatakan kerajaan negeri sdh x mampun utk menampung kos Kusza adlh sperti alsn yg x munasabah kerana spttnya wang yg diperolehi digunakan dlm projek yg mendatangkan keuntungan seperti pendidikan rakyat dan bknnya projek yg x mendatangkan apa2 keuntungan kpd rkyt. 2) Nama Sultan Zainal Abidin yg terdapat d dlm nama KUSZA itu adlh nama slh seorg sultan T’ganu dan mempunyai kaitan yg amat rpt dgn sultan Mizan. Oleh itu, tindakan menutup KUSZA menyebabkan nama Sultan Zainal Abidin itu hilang. Maka Sultan T’ganu mmg mahu nama Sultan Zainal Abidin itu digunakan kembali. Inilah alsn utama knp Sultan menjd murka. Kemurkaan sultan dikatakan smkn ketara apabila isteri baginda, Tuanku Nur Zahirah yg juga Canselor UDM, x hdr sewaktu mjlis pengisytiharan Canselor dan majlis konvo UDM yg pertama, menyebabkan majlis konvo perrtama berlangsung tanpa kehadiran canselor walaupun dlm mana2 sidang. Wallahualam. Sejauh mna kebenarannya, hanya Allah yg tau. Ana x berani utk mengesahkan sbb ana sendiri x pst kerana ana hanya mendengar drpd beberapa pihak khususnya warga jati T’ganu. Jd, klu btl, mka btl lah. Klu x, mka anggaplah ianya sbg khbr angin shja.

Sebagai penutup, ana ingin mengajak kita khususnya warda UDM utk menilai kembali. Kita harus sedar bhwa tmpt dimana kita pernah berada kini satu masa dahulu pernah menjd tmpt dimana ramai ulamak, cendekiawan dan ilmuan dilahirkan. Mereka x keluar dgn hanya membawa ilmu duniawi yg mereka pelajari d dlm kls, sblknya mereka trt membawa ilmu ukhrawi di dalam diri mereka. Namun kini, kita seperti sdh terlupa akn smua itu. Dahulu, masyarakat amat menghormati Kusza kerana kehebatan pelajarnya dlm segenap aspek. Kini, penghormatan itu semakin berkurangan kerana kita sikap kita sendiri. Sbnrnya, org ramai x mrh jikalau Kusza itu hndk dijadikan UDM kerana ia merupakan satu langkah yg bk. Tetapi, msyrkt khuatir adkh warga UDM slps ini dpt mengekalkan apa yg tlh disemai di Kusza sblm ini. Adkh mereka dpt mengekalkan biah islam yg telah wujud selama 25 tahun itu? Ternyata kerisauan mereka ada asasnya. Kini, kita blh lihat sendiri natijah drpd penutupan Kusza dan pembukaan UDM. Suasana Islamik Kusza dahulu kini tlh hlg dgn sekelip mata shja d UDM. Ternyata budaya mulia dan tarbiah yg terbk yg terdpt semasa zaman Kusza dahulu kini semakin menghilang dalam kalangan warga UDM. Satu masa dahulu, Kusza berada diatas, di kemuncak, di zaman kegemilangan. Namun kini, semua pengiktirafan tu tlh hilang. UDM kelihatannya msh x dipandang tinggi bk oleh masyarakat sekeliling mahupun d luar T’ganu. Knp dulu kita blh berada di puncak? Itulah yg diktakan. Jikalau Islami itu dletakkan pd tmpt yg tinggi, maka kita pun akn berada d tmpt yg tinggi dan akn dipandang tinggi. Kerana sesungguhnya Allah akn memuliakan org yg memuliakan agamaNya. Sesungguhnya hrpn bekas pelajar KUSZA dan masyarakat kpd siswa/siswi UDM amtlah besar agr mereka dpt mengekalkan suasana Islamik d Kusza spt pesanan drpd seorg x-KUSZA: “Kepada adik2 di UDM, tolonglah berjuang untuk mengekalkan apa yang kita dah ada sejak dulu. KUSZA akan terus jadi bumi barakah insya-Allah. Tegur-menegur lah sesama sendiri.” Bahkan, ana ada terbaca komen2 di laman komentar spt iluvislam yg menyatakan bhwa UDM kini tlh amt berubah skali jika hendak dibandingkan dgn KUSZA dahulu. Menjd harapan bsr mereka agr warga UDM dpt menegmbalikan semula zaman kegemilangan KUSZA dan menaikkan kembali syiar Islam d KUSZA. Ada satu perkara yg menarik lg. Sekdr jenaka. Klu antum dtg t’ganu, jgn lah antum tny kat mna UDM, sbb mmg x dpt lah jwpnnya. Tp klu tny Kusza di mana, baru lah akan dpt jwpnnya. Lbh kurang mcm tu lah.

Ana rsa, ckplah smp dicni. Dah pnjg lbr sgt ni. Ni lah jdnya bla dah hmpr 2 bulan baru diupdate. Jd bnyk lah bnd hndk ditulis. Jikalau ada slp dan slh, ana mohon maaf byk2. Mgkn keslpan ana yg x disedari dan hrp dpt ditegur. Yg bk itu drpd Allah, yg brk itu jg drpd Allah, tetapi disandarkan pd diri yg serba kekurangan ini. Syukran kerana sudi membaca post yg amt panjang ni. Barakallahufiqum... :-) Ada umur yg pnjg, kita jmp lg dlm post yg lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails