Tuesday, February 1, 2011

Sanggup Terjun ke Dalam Neraka...

Adi bin Hatim ra meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah saw. Katanya, baginda bersabda yg bermksd: "Tidak ada seorg pun antara manusia d akhirt kelak kcuali dia akn berhadapan dgn Allah swt. Antara manusia dan Tuhan tidak ada jurubahasa (tidak ada pegawai protokol)." HR Muslim.

Pertemuan dgn Allah swt d akhirat kelak adlh suatu yg psti, meskipun pertemuan itu dengan berbagai-bagai cara. mukmin yg soleh bukan sekadar bertemu dgn Allah swt, malah dpt menatap wajah Tuhan Yang Maha Agung, setelah mereka dpt melakukan sjd dihadapn Allah di akhirat kelak.

Tentang menatap wajah Allah swt sbg anugerah Tuhan kpd hambaNya yg mukmin n muttaqin itu, telah dihuraikan dlm beberapa kitab terdahulu. golongan mukmin yg 'asi ttp bertemu Allah, namun mereka tidak dpt menatap wajah Tuhan yang Maha Agung itu. sekiranya golongan mukmin yg 'asi ini x dpt menatap wjh Tuhan, maka lebih2 lagi golongan yg kufur kpd Allah swt.  

Walau bagaimanapun, mereka pasti bertemu Allah swt, malah pertemuan itu tanpa jurubahasa mahupun perantara. Yang dikatakan bertemu Allah itu ialah mereka pasti berhadapan dengan mahkamah Allah swt. Di mahkamah Qadhi Rabbul Jalil itu tidak memerlukan bantuan malaikat bagi menjalankan tugas pendakwaan, serta tidak memerlukan jurubahasa bg menterjemahkan segala perbuatan keji n kemungkaran yg manusia lakukan.

Segala urusan sejak pendedahan segala rahsia perbuatan jahat n keji mereka, sehingga penyerahan segala catatan akn dilakukan oleh Allah swt sendiri. Rasulullah saw menjelaskan dlm hadisnya bahawa setiap hamba pasti berdepan dgn Allah di akhirat kelak tanpa sebarang jurubahasa n perantara. Dalam hadis yg lain, Rasulullah saw menjelaskan mengenai hari pendedahan yg akn dilakukan oleh Allah swt terhdp hambaNya di akhirt kelak, sehingga ada dlm kalangan manusia yg memohon kpd Allah spya segala rahsia keburukan diri mereka tidak didedahkan di khalayak ramai dan tidak juga didedahkan di hadpn Allah swt. Mereka jg x sggp menanggung malu yg teramt sgt.

Sesetengah mereka menganggap lbh bk mereka dicampakkan trs ke dlm api neraka, asalkan x didedahkan segala perbuatan mereka yg keji n hodoh. rs malu yg x tertanggung bkl dirasai, apabila keaiban dirinya menjadi tontonan org ramai yg berada di pdg Mahsyar itu.

Malu bg sesetgh manusia adlh suatu perkara yg x dpt dinilai dgn wang ringgit. sbb itu, ada manusia yg disbbkan rs malu rahsia mereka terbongkar, mereka sanggup lari mlm meninggalkan kmpg hlmn scara senyap2. Yg lbh dahsyat lg ada yg sggp membunuh diri semata-mata kerana x sggp menanggung malu.

Begitu jg halnya yg berlaku di pdg Mahsyar. Akn ada manusia yg bersedia terjun trs ke kawah neraka drpd dimalukan di khalayak ramai. Bkn bererti pilihannya spya dia dicampakkan trs ke dlm api neraka itu lbh bk drpd peristiwa yg memalukan itu, namun demikianlah keadaan gawat yg berlaku di pdg Mahsyar apabila Allah swt melaksanakan sesi Yaumul 'Ardh.

Itulah suatu perigtn bg manusia yg x sggp menanggung malu di pdg Mahsyar, sebaik-baiknya mereka mst malu di dunia ini. Malu melakukan kemungkaran ataupun perkara keji sekalipun di tmpt yg sunyi.Sekiranya manusia x mahu menyaksikan rahsia keburukannya itu, mereka perlu sdr bhwa Allah swt Maha Mengetahui apa2 yg tersembunyi. Smga kita sama2 mengambil iktibar drpd kisah ini...

"Dipetik drpd buku 'Bertemu Janji Allah' karya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat terbitan Anbakri Publika Sdn Bhd."   




No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan. Smga Allah merahmati dan menbahagiakan anda...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails