Friday, February 5, 2010

KUSZA-UDM: Isu yang belum tamat... Bhg 1

Assalamualaikum...
Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana sesungguhnya hanya dgn keizinanNya dan rhmtNya shjalah, diri ini msh diberikan pluang utk menulis. Mmg perlu diakui, 2 minggu ini amt pnt skali, pelbgai tgsn perlu diselesaikan. Tp insya Allah, dgn bantuan drpdNya, kerja itu akn siap jua.

Pada kali ini, ada satu topik yg mnrk utk diperkatakan. Mgkn umum melihat isu ini x membawa apa2 mkna, tetapi, bg warga Terengganu terutama student UDM dan x student KUSZA, ini adlh antara isu yg harusnya diketahui terutama dalam kalangan warga UDM. Semoga kita sm2 mengambil iktibar drpd kisah ini...

SEJARAH UDM



Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) ditbhkan pd tahun 2006. Bermula dengan pengumuman daripada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 26 Mac 2005 sehingga perlantikan Dato' Profesor Dr. Alias bin Daud sebagai Naib Canselor yang pertama pada 1 Januari 2006, maka bermulalah proses operasi UDM dengan motto "Ilmu Demi Faedah Insan".

UDM kini mempunyai 2 buah kamps yg tlh beroperasi spnhnya; Kampus KUSZA di Gong Badak, KT dan Kampus Kota di Bandaraya KT. Sebuah lg kmps kini msh lg dlm pembinaan, iaitu Kmps Besut yg terltk dlm kwsn Taman Ilmu Terengganu, Besut. Ketika ini, Kampus KUSZA adlh Kampus Induk sehinggalah Kampus Besut siap pd thn 2011 yg mn ketika itu, Kampus Besut akn menjd Kampus Induk bg UDM.

UDM Kampus KUSZA akn memfokuskan kpd pengajaran dan penyelidikan ilmu2 Islamyg diharmonikan dgn ilmu-ilmu konvensional. UDM Kampus Kota pula menwrkan program dlm bdg perubatan dan kesihatan bersekutu. Manakala Kampus Besut pula akn dibgnkan dgn niche dlm bdg pertanian spt biotek pertanian n lain2 kursus yg berkaitan.

DARI MANA WJDNYA UDM?
UDM bermula di KUSZA. Tapak UDM Kmps KUSZA skrg pd aslnya adlh tpk Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA). KUSZA tlh diserahkan oleh kerajaan negeri T'ganu ketika itu (dibawh pimpinan Dato Idris Jusoh) kpd kerajaan pst utk dijadikan U. Sementara Kampus Kota pula pd aslnya adlh Kolej Sri Iman. Namn, klj itu kemudiannya dibeli oleh Univ utk dijdkan kmps.

SEJARAH KUSZA



Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) tlh diperbadankan melalui Enakmen Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (Enakmen Bil 3, 1981). Enakmen ini tlh diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu pd 22 Ogos 1981 dan berkuatkuasa mulai 1980. Sejarah KUSZA bermula pd 27 Januari 1980 dgn pengambilan pertama pljrnya seramai 40 org. Pelajar2 ini tlh ditmptkan Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMASZA) d Batu Buruk, KT. Mulai 1981 hingga akhir 1983, KUSZA menyewa bangunan Hajjah Wok d Jalan Hiliran (Pulau Kambing). Perletakan batu asas kmps ttp d Gong Badak tlh dgn rasminya disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan, Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pd 17 Mac 1981  d atas tpk berkeluasan 144 hektar. Bermula Januari 1983, KUSZA melakar sjrh sbg sebuah  institusi pengajian tinggi yg terbk di kmps ttpnya d Gong Badak.

Jom kita tgk video korprat Kusza:
Video Korporat Kusza
KUSZA diketuai oleh seorg pengarah kolej yg dibantu oleh staf2 kolej. Sepanjang 25 tahun kolej ini beroperasi, kolej ini tlh mempunyai 5 org pengarah, iaitu,

1. Y. Bhg. Dr. Wan Shamsuddin bin Wan Mamat A.M.T, P.J.K. 15 Julai 1981 hingga 15 Jun 1986


2. Y. Bhg. Prof. Dr. Abdul Hamid bin Abdullah P.M.T. 1 November 1987 hingga 31 Disember 1990

3. Y. Bhg. Dato' Dr. Ahmad Ibrahim Shukri D.P.M.T. 1 Mei 1991 hingga hingga 31 Disember 1997

4. Y. Bhg. Ustaz Che Ismail bin Abdul Halim 1 Jun hingga 31 Julai 2003.

5. Y. Bhg. Ustaz Haji Anwar Zainal Abidin 1 Ogos 2003 hingga 2004
 
Selain itu, Kolej ini turut mempunyai Ahli Lembaga Pengarah Kolej yg diketuai oleh MB Terengganu.

Kolej ini mempunyai 9 buah sekolah pengajian, meliputi gabungan 3 buah Sekolah Pengajian utama iaitu Sekolah Pengajian Islam, Sekolah Pengajian Umum dan Sekolah Pengajian Pendidikan. KUSZA tlh diiktiraf sbg slh satu kolej ugama yg plg cemerlang di Malaysia. Kecemerlangan nya dlm pendidikan mmg diakui oleh smua org yg mengenali nama Kusza.



Pada bulan Jun 1982, KUSZA mula menawarkan Program Diploma Pengajian IsLam. Seramai 26 orang calon pertama Diploma Pengajian Islam (Syariah) ini berjaya menamatkan pengajian mereka dan telah menerima Diploma masing-masing daripada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Terengganu di dalam Konvokesyen yang pertama. Program2 yg ditwrkan di Kusza adlh pd peringkat diploma dan sijil. Lulusan Kusza berpeluang melanjutkan peljrn ke Timur Tengah memandangkan kolj ini tlh mendpt pengiktirafan di peringkat antarabangsa sebgai antara kolej agama terbaik.

Selain mempunyai kampus tersendiri KUSZA jg mempunyai balai cerapnya yg tersendiri. Dengan objektif memperkembangkan bidang astronomi di Terengganu khususnya dan Malaysia amnya, sebuah balai cerap (observatorium) dibina di atas Bukit Merang pada tahun 1992 dan siap sepenuhnya pada tahun 1995. Balai cerap ini diletakkan di bawah pentadbiran KUSZA dan diselia oleh Unit Falak. Pada masa yang sama, sebuah planetarium turut dibina di Padang Hiliran, Kuala Terengganu dan diletakkan di bawah tadbiran dan seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU-T) dan Pusat Sains Terengganu. Kekal sebagai salah sebuah tempat rukyah rasmi anak bulan di Malaysia, nama 'Balai Cerap KUSZA' diterima menggantikan nama 'Bukit Merang'. Disebabkan nama 'Balai Cerap KUSZA' adalah nama yang rasmi yang diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Raja-Raja, nama ini akan tetap digunakan sehingga suatu tempoh yang buat masa ini belum ditentukan. Dan inilah antara entiti KUSZA yg msh kekal ke hari ini.




KUSZA: DINAIK TARAF ATAU DITUTUP?
Setelah 25 tahun mencapai zaman kegemilangan, akhirnya pd tahun 2005, bermula lah saat2 jthnya KUSZA. Pd thn 2005, usul pembubaran KUSZA dibhskan di DUN Terengganu. Walaupun mendpt bangkangan drpd pihak pembangkang dan rkyt Terengganu, akhirnya usul pembubaran KUSZA diluluskan sebulat suara oleh kesemua ADUN BN Terengganu ketika itu pd perbahasan 19 April 2005.

Mengapa KUSZA dibubarkan? Ketika membawa usul itu ke DUN Terengganu, MB T'ganu ketika itu, Dato' Seri Idris Jusoh yg juga merupakan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KUSZA ketika itu menyatakan kerajaan negeri mahu menjimatkan kira-kira RM80 juta setahun kos yg digunakan utk pembiayaan operasi Kusza. Hal ini kerana, KUSZA sbg sbuah entiti pendidikan negeri dibiyai spnhnya oleh kerajaan negeri. Namun, alsn itu sbnrnya adlh diliht sekadar utk alsn dlm usaha utk menutup terus KUSZA. Masakan tidak. sewaktu Kusza ditubuhkan 25 tahun lalu, terimaan royalti petroleum negeri hanya tidak sampai RM200 juta setahun. Namun, kerajaan negeri dibwh pimpinan Dato' Wan Mokhtar (BN) tlh berjaya menbhkan Kusza dgn matlamat untuk melaksanakan sistem pendidikan Islam yang lebih sistematik, melahirkan tenaga kerja di peringkat separa ikhtisas yang diperlukan oleh sektor awam dan swasta dan meningkatkan perkembangan ummah serta pembangunan masyarakat selaras dengan Islam terutama dlm kalangan rkyat negeri T'ganu.

Namun kini, dengan kedudukan kewangan yang didakwa sangat kukuh sekarang dan Bajet 2006 yang dibentangkan kerajaan negeri mencecah RM1.7 bilion, mengapa pula perbelanjaan RM80 juta itu berbangkit, padahal perbelanjaan itu adlh utk kemajuan anak2 negeri.

Kusza kemudian diserahkan kpd kerajaan pusat dan UDM ditbhkan secara rasminya pd 1 Jan 2006. Ada yg melihat Kusza dinaik taraf utk menjd univ. Pd hal, itulah satu fakta yg amat slh skali yg tlh disbrkan dlm usaha utk menutup kisah penutupan Kusza itu.  Dikatakan konsep ini mengikut University Of East LOndon ,England yg menaik taraf sbuah kolej, nmn pd dsrnya pntpn Kusza bknlah jln yg spttnya. Kustem yg terltk bersblhn Kusza dinaik taraf menjd UMT sblm itu. Ramai yg x menjangka Kusza akhirnya akn dittp. Maka hilanglah sebuah lg entiti kebanggaan rkyt negeri T'ganu. Pembubaran Kusza sekaligus mengikis RM150 juta nilaian aset kekal milik negeri yang turut melenyapkan beberapa nilaian dan pengiktirafan akademik yang telah diperolehinya selama lebih suku abad.

Maka tercapailah matlamat Dato seri Idris Jusoh (yg ckp terkenal dgn slogan "Impian Menjadi Realiti") utk menbhkan sebuah lg u d T'ganu selain UMT. UDM ditbhkan dgn menjadikan KUSZA sbg kambing hitam yg dikorbankan.

KENAPA MASIH KUSZA?

frasa "KUSZA" itu masih lagi digunakan dalam penetapan KAMPUS UDM sendiri. Pandangannya , KUSZA itu mempunyai sebuah nama yang GAH di Malaysia dalam Institusi Pengajian TInggi Islam Di Malaysia Itu sendiri dan jg di persada antarabangsa.

Bersambung dlm Bhgian 2.

2 comments:

  1. trima kasih ats mklumat yg sgt2 brgune tuk sy...
    maklumat yg sgt padat dgn isi2 dan hujah yg mnarik...
    sy skang juga dlm proses tuk mbt sdikit laporan brkenaan dgn prubahan nama dr KUSZA - UDM hingga kini UniSZA....
    Terima ksih..

    ReplyDelete
  2. promosi para pelajar print assigment dengan dakwat berkualiti tinggi(kalis air) dengan harga rm 0.10... disimpang 4 hendering...

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan. Smga Allah merahmati dan menbahagiakan anda...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails