Monday, December 21, 2009

Wanita

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia

Bukan sahaja dirindui yang biasa

Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa



Akalmu senipis bilahan rambut

Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu

Jua hatimu bak kaca yang rapuh

Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh



Tercipta engkau dari rusuk lelaki

Bukan dari kaki untuk dialasi

Bukan dari kepala untuk dijunjung

Tapi dekat dibahu untuk dilindung

Dekat jua di hati untuk dikasihi

Engkaulah wanita hiasan duniawi



Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok

Jika datangnya dari kayu yang bengkok

Begitulah peribadi yang dibentuk



Didiklah wanita dengan keimanan

Bukannya harta ataupun pujian

Kelak tidak derita berharap pada yang binasa



Engkaulah wanita istimewa



Sedarilah insan istimewa

Bahawa kelembutan bukan kelemahan

Bukan jua penghinaan dari Tuhan

Bahkan sebagai hiasan kecantikan

2 comments:

  1. assalamualaikum...nice blog..teruskan berkarya...tapi....nape blog nta ni banyak berbicara soal wanita ye???herm musykil

    ReplyDelete
  2. w'salam. sykran ats pujian tu.smuanya mlk Allah swt. rsnye ini baru kali ke-2 bercerita psl wanita. itupun secara umum. lgpun, blog ni utk perigtn smua. Kan Rasullulah psn, kbykkan fitnah d akhir zmn ini adlh di sbbkan wanita. jd, sm2 lah ambil iktibar

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan. Smga Allah merahmati dan menbahagiakan anda...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails