Monday, October 22, 2012

Saya Bangga Dengan Beliau


assalamualaikum wbt...

lama rasa x mencoret sesuatu di laman blog ni. bkan xde perkara yg ingin dicoret, tp masa x mengizinkan. byk tggungjwab yg perlu lebih diutamakan, seperti kata hassan al banna, "tanggungjawab yang ada melebihi masa yg ada". adakalanya saya menginsafi, bhwa sbnrnya, byk masa yg terbuang bgitu shja, berbnding dgn melakukan perkara yg boleh mendatgkan keredhaan Allah. Allah, malunya saya di hadapanNya...

ok, short pose

saya psti anda mengenali siapa yg berkaca mata itu, x lain x bukan, penulis buku2 dkwah terkenal, akh Hilal Asyraf. Tp, apa yg ingin diceritakan d dlam post ini bukan la ttg akh Hilal, tp jejaka yg berada d sebelahnya itu. semestinya, dia x la terkenal spt akh Hilal, tp bg saya, saya lbih knal bliau berbnding akh Hilal sndiri.

Cukuplah saya mengenalkan beliau sbg saudara I, seorg mahasiswa d sebuah universiti tempatan. saya mengenali beliau sejak zaman sekolah lg, iaitu semasa saya memasuki SBP dhulu. beliau merupakan rumate saya, n secara x lgsg menjd teman dlm satu rumah sukan yg sama, iaitu Kripton. beliau bukanlah org yg sebaya dgn saya, tp sebaliknya beliau muda satu thun drpd saya. n mengikut perkiraan jiran, dia blh dikira sbg slh seorg jiran saya (sbb rumah dia x jauh pun drpd rumah saya, haha)

perkenalan saya dgn beliau sejak zaman sekolah, membolehkan saya mengenali sifat beliau dgn sgt baik. seorg yg senyap, lbih suka menyndiri. xpe, xpntg pun kesah semasa zaman sekolah tu. masa berlalu, dan akhirnya beliau msuk ke sebuah IPTA d lembah klang. jujur, saya terkejut apabila dia sudah mula terlibat dgn gerak kerja agama di kampus tersebut.

subhanallah, itu lah perkataan pertama yg terlintas drpd mulut saya sewaktu mendgr perkhbran tersebut. alhamdulillah, hidayah tlh dtg menerpa pd dirinya, apatah lg terlibat sebgai antara penggerak dlm gerak dkwah d kmpus tersebut

ramadhan yg lalu, saya berpeluang bertemu dgnnya d msjid, pertama kali setelah sekian lama. jujur, saya kagum dgn semangatnya, mengalahkan saya. mmg tabik spring la. pemahamannya terhdap kepentingan dkwah dan kefahaman fikrahnya sgt mntap. bahkan amal islami dan tadhiyah beliau sgt luar biasa, sehingga membuat saya bermuhasabah diri, Allah, hbat sgguh beliau. saya sgt seronok berbual dgnnya, smbil menitipkan beberapa nasihat buat beliau, agar beliau trus istiqamah bersama perjuangan ini. spnjg ramadhan, kami byk berkongsi pengalaman, dan bertukar fikiran agar saling memantapkan fikrah kami.

benar lah kata ulama', tiada ikatan yg lebih kukuh, melainkan ikatan aqidah. pertama kali aidilfitri yg lpas, beliau dtg beraya ke rumah saya. alhamdulillah, smkin byk perkara di kongsi, apatah lg ketika itu beliau sdg membuat persiapan utk pulg smula ke kmpus. byk nasihat dan tnjuk ajar yg dipinta. Allah adik, abg ni bkan la org yg layak, tp sbg seorg muslim, menjd tggungjwab abg utk memberi nasihat apabila dipinta. mudah2an ada dpt kamu manfaatkan....

ada suatu perkara menarik yg membuat saya sgt kagum dgn beliau... apa ye? beliau sudah pun memiliki sebuah kedai buku on9, yg diberi nama kedai buku d'Daie, yang menjual buku2 ilmiah, terutama buku agama. bg beliau, w'pun pnat, tp beliau berasa puas dgn apa yg dilakukannya. katanya, buku mmg x pernah ckup stok, itu yg membuat beliau berasa sronok, kerana minatnya generasi muda skrg utk membca buku2 agama. bahkan beliau berkata kpd saya ketika bermoreh usai solat terawih, "kat cni x de kan kdai2 yg ada jual buku2 agama? saya rasa kita ptut buka kdai bku agama la kat cni, bg org2 kat cni leh dpt ilmu agama." subhanallah, hbat beliau berfikir. saya punx pernah terfikir smp ke thap itu, sbb besa membeli je d pusat bndr yg terltak lbih kurg 18km drpd rumah saya, tnpa prnh memikirkan apa salahnya jika dibuka kedai buku agama d kwasan perumahan saya.

knpa kdai buku agama? setiap buku yg dijual, maka pastinya ada pahala yg diberikan, ibarat berdkwah kpd org, apatah lg jika org tersebut membaca buku itu, pasti ada saham pahala yg diperolehnya, n jika org itu berubah hasil hidayah yg Allah berikan melalui penulisan buku tersebut, semestinya ada saham akhrat yg diperoleh juga. terigt satu Hadis Nabi saw; "Jika seseorang mendpat petunjuk agama, lantaran kamu, maka itu adalah lbih bk drpd dunia dan segala isinya." Allah, cemburunya saya dgn beliau, betapa byk pahala yg beliau peroleh. x susahkan sbnrnya nk buat bk n dptkan pahala Allah. jujur, saya sgt kagum dgn beliau.

ptg td, usai bergambar dgn akh Hilal, beliau ada menulis post ini;

"Alhamdulillah, syukur kepada Allah..

Pertamanya, terima kasih banyak2 atas 'PENULISAN' akhi, Hilal Asyraf(Official)..
banyak terkesan pada diri ana sebenarnya.. 
menjadi satu titik tolak atas perubahan yg sangat mendalam dalam diri ana..

dari situ ana berusaha sendiri mencari Islam dalam diri..
mencari identiti sendiri..
sebagai hamba Ilahi..

atas dasar kesedaran yang secebis ini,
ana sendiri mewujudkan Kedai Buku d'Daie
mewujudkan lebih banyak bahan ilmiah islami..
buat tatapan minda sahabat2 di sekeliling..

Kerana setiap insan berhak merasai...
apa yang ana rasa saat dan tika ini..
menghargai Islam dan iman dalam diri..

Hakikatnya hidayah, itu milikNya..
Kita hanya mampu berusaha..
dan Allah yang mementukan segalanya..

Semoga Allah Redha..

cc : my beloved parents"





bahkan, akh Hilal ada menulis:
"
Bergambar selepas selesai penyampaian "Dakwah Menggunakan Media" di ... sebentar tadi, dengan pemuda bernama I dan dia menyatakan bahawa titik perubahan hidupnya ke arah kebaikan adalah selepas membaca Buku Motivasi LangitIlahi: Tuhan T
idak Lupakan Kita.

Alhamdulillah. Allah jualah pemilik hidayah sebenarnya. Apa yang penting bagi kita adalah kita berusaha menyampaikannya.

Semoga Allah merahmati I ini, dan saya mengharapkan perkara yang sama buat diri saya serta semua rakan-rakan di Page ini.

Amiiin." (EDITTED VERSION)


Saya kagum dgn beliau, bahkan lebih kagum dgn Allah, betapa saya menginsafi hbatnya Allah, dlm memberikan hidayah kepada sesiapa sahaja yg diinginkanNya. jgn la dilihat manusia itu krana buruknya, boleh jd, satu masa nnt, dia akan berubah menjd insan yg lain.

kisah ini saya coretkan, sbg perkongsian buat semua rkan2 blog, bkan kerana ingin menjulang beliau setingginya (yg psti bukan itu juga beliau mahukan), tp kerana ada mesej yg ckup hbat melalui crta beliau ini. smga Allah merahmati beliau dan segala usaha beliau d atas medan dakwah ini, n moga redha Allah sentiasa bersama beliau serta rakan2 skalian. 

wassalam

Monday, June 25, 2012

Implikasi politik dunia ekoran kemenangan Dr Morsi


Peristiwa besar yang berlaku di luar negara adalah perkembangan politik yang sedang berlaku di Mesir. Setelah seminggu berada di bumi Mesir, saya dapat bersama menyaksikan satu era baru yang terukir dalam sejarah politik dan pemerintahan Mesir.

Bagi saya, sesungguhnya politik Mesir adalah ibarat permainan catur yang penuh dengan debaran kepada banyak kalangan.

Namun rakyat Mesir sekali lagi melakar sejarah apabila buat pertama kalinya dalam sejarah, mereka telah berjaya memilih seorang Presiden yang dipilih terus oleh rakyat setelah berpuluh-puluh tahun di bawah pemerintahan diktator dan ’kuku besi’.

Lebih manis lagi apabila yang terpilih adalah Dr. Mohamed Morsi calon dari Freedom and Justice Party (FJP) parti politik tajaan Ikhwan Muslimin Mesir.

(Rakyat Mesir meraikan kemenangan mereka di Dataran Tahrir)

Hanya setahun lalu, tidak siapa dapat menjangkakan rejim 'kuku besi’ Hosni Mubarak yang juga merupakan sekutu akrab Amerika Syarikat, Britain serta Kesatuan Eropah (EU) dalam menentang 'terroris Islam' serta 'menjamin keselamatan Israel’ berjaya digulingkan oleh rakyat Mesir dengan hanya bersenjatakan 'Kuasa Rakyat’ yang turun secara sukarela meluahkan perasaan, berdemonstrasi ke jalan-jalanraya di seluruh negara.

Dan pada minggu ini,  sekali lagi kita dapat menyaksikan sejarah terukir apabila ratusan ribu rakyat Mesir terutamanya dari kalangan golongan muda membanjiri Dataran Tahrir yang terletak ditengah-tengah kota Kaherah bagi meraikan kemenangan mutlak calon Ikhwan Muslimin itu walaupun ada percubaan awal dari pihak tentera SCAF bagi menafikan kemenangan itu.

Kemenangan rakyat ini adalah amat manis bagi Ikhwan Muslimin di Mesir. Apa tidaknya. Kalau setahun lalu Ikhwan Muslimin adalah dianggap sebagai sebuah 'pertubuhan haram’ dan sesiapa yang didapati menjadi ahli pertubuhan ini akan terus ditangkap.

Sepanjang pemerintahan 'kuku besi' Anwar Sadat dan Mubarak, Ikhwan Muslimin telah dinafikan hak bersuara, kebebasan dan keadilan.

Mereka diharamkan dari bergerak aktif di Mesir dan semua media massa di kawal ketat dengan tidak dibenarkan sebarang bentuk kritikan terhadapi rejim ini.

Kekejaman berpuluh-puluh tahun rejim ini sampai kepada kemuncaknya apabila mereka telah bertindak membunuh serta memenjara ribuan para ulama dan cendekiawan yang simpati dengan perjuangan Ikhwan Muslimin.

Namun kemenangan Dr. Morsi sebagai Presiden ini juga berhadapan dengan penuh cabaran besar yang terpaksa terus dihadapi.

Isu utama yang dianggap paling sensitif adalah hubungan beliau sebagai Presiden dengan pihak tentera SCAF yang sejak sekian lama telah mendominasi kuasa dan politik Mesir.

Pada proses pengundian Pilihanraya Presiden pusingan kedua, ia di cemari oleh keputusan Mahkamah Perlembagaan Mesir yang telah membatalkan semua keputusan pilihanraya Parlimen yang telah di adakan beberapa bulan lepas.

Pihak tentera SCAF serta-merta membubarkan Parlimen dan menghalang ahli-ahli Parlimen yang majoritinya dari parti FJP dan Parti Nour dari gerakan Salafi dari memasuki bangunan Parlimen.

Keputusan mahkamah ini telah menimbulkan kemarahan dari pelbagai pihak di seluruh Mesir. Ia di anggap sebagai suatu percubaan ‘rampasan kuasa’ dengan menggunakan keputusan Mahkamah dimana majoriti Hakim-Hakim masih dikuasai oleh mereka yang setia kepada bekas Preiden Mubarak.

Pimpinan FJP menggangap keputusan mahkamah ini sebagai satu malapetaka besar kepada seluruh rakyat Mesir dan adanya usaha untuk merampas kembali Revolusi rakyat yang di lakukan oleh setiap warga Mesir yang cintakan keadilan.

Lebih parah lagi dengan menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada calon FJP, pihak tentera SCAF telah melakukan 8 ‘pindaan kilat’ kepada perlembagaan Mesir yang dilihat adalah untuk menjamin kuasa yang ada pada pihak tentera.

Antara pindaan yang dilaksanakan adalah; memberi kuasa penuh kepada SCAF bagi menentukan pindaan perlembagaan yang baru, Presiden berkuasa mengistiharkan Perang hanya dengan ‘kelulusan’ dari SCAF dan sekiranya berlaku sebarang kekacauan dalam negara, Presiden boleh memanggil pihak tentera hanya dengan kebenaran SCAF.

Di peringkat antarabangsa pula, Dr. Morsi berhadapan dengan cabaran menunaikan janji ‘menilai semula perjanjian Camp David’ dengan Israel yang memberi banyak kelebihan dan perlindungan berat sebelah kepada rejim Zionis itu.

Persoalan ini jugalah yang banyak di tumpukan oleh pembuat polisi di ‘White House’ bagi menilai hubungan Amerika Syarikat dengan Mesir dibawah seorang Presiden yang berlatar-belakangkan Ikhwan muslimin yang menolak dasar kekejaman dan apartied negara Zionis Israel.

Perlu diingat bahawa Mesir adalah sekutu terpenting Amerika Syarikat di rantau Timur Tengah sejak lebih 4 dekad yang lalu. Amerika Syarikat juga menyalurkan lebih US3 billion setiap tahun kepada rejim Mubarak terutamanya untuk persenjataan dan pertahanan.

Atas dasar inilah Mesir dianggap sebagai 'buffer' atau 'pintu penghalang' bagi menyekat sebarang ancaman serta menjamin keselamatan dan keamanan Israel.

Begitu juga dengan 'Terusan Suez’ yang merupakan nadi kepentingan ekonomi Amerika Syarikat serta sekutunya bagi menyalurkan minyak dan gas.

Sepanjang kempen pilihanraya Presiden yang dijalankan, Dr. Mohamed Morsi juga berhadapan dengan konspirasi media barat dan kebanyakan media utama Mesir bagi memastkan calon Ikhwan Muslimin ini kalah.

Pelbagai publisiti negatif telah di timbulkan dan beliau telah di serang habis-habisan dengan pelbagai tuduhan negatif serta kempen menakut-nakut pengundi terutamanya dari kalangan yang beragama Kristian akan ‘bahaya’ kemenangan parti Islam yang akan membawa Mesir kembali kepada zaman unta.

Manakala calon pilihan mereka, Ahmed Shafik pula telah diberikan  pelbagai publisiti positif oleh media barat terutamanya BBC dan CNN serta media utama di Mesir dan dianggap ‘sebagai calon penyelamat’ bagi membangun semula Mesir selepas kejatuhan rejim Mubarak.

Namun keputusan resmi  yang di umumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Mesir yang mengesahkan kemenangan berpihak kepada Dr. Mohamed Morsi adalah kemenangan ‘Kuasa rakyat’.

Seperti ungkapan awal beliau; ‘Saya adalah Presiden yang dipilih bagi seluruh rakyat Mesir. Semua rakyat termasuk penganut Kristian adalah rakyat di bawah saya bagi sama-sama membangunkan Mesir yang baru’.

Ya, apapun yang ada dihadapan dalam politik Mesir, catur politik antara Dr. Mohamed Morsi sebagai seorang Presiden dengan pihak tentera SCAF akan terus dibidak bagi menentu masa hadapan politik Mesir.

Sementara itu Amerika Syarikat dan sekutunya akan terus menjadi pemerhati yang ‘istemewa’. Ia juga akan menjadi inspirasi dan semangat baru selepas Arab Spring kepada seluruh dunia Islam termasuk di Malaysia.

Tahniah Dr. Morsi...

Ditulis oleh: Dr Syed Azman...

Ujian Selepas Kemenangan


Sabda Baginda S.A.W (bermaksud), "Tidak ada seorang Nabi yang diutuskan kepada suatu umat sebelumku, kecuali ia memiliki hawariyyun (pengikut-pengikut setia) dan para sahabat yang sentiasa mengikuti sunnahnya dan mentaati apa yang menjadi perintahnya. Kemudian, sesudah mereka akan muncul generasi (orang-orang) yang mengatakan apa-apa yang mereka tidak laksanakan dan mengerjakan apa-apa yang tidak diperintahkan. Maka, barangsiapa yang memerangi mereka dengan tangannya, ia adalah Mukmin. Barangsiapa yang memerangi mereka dengan lisannya, ia adalah Mukmin. Barangsiapa yang memerangi mereka dengan hatinya. Ia adalah seorang Mukmin. Setelah itu, tidak ada lagi iman meskipun hanya sebesar zarah".

Dalam usaha memperjuangan Islam ini, lazimnya kita akan dihadapkan dengan dua golongan manusia, golongan pertama ialah golongan yang bekerja memperjuangkannya, manakala golongan kedua pula adalah golongan yang hanya ingin melihat kemenangan. Golongan bekerja pula ada kriteria-kriteria yang berbeza, belum tentu semuanya bekerja semata-mata ikhlas kerana Allah Taala. Seterusnya yang ikhlas itu pula, belum tentu mereka mampu bertahan bila diuji oleh Allah Taala. Oleh kerana itu, ujian (fitnah), cubaan dan dugaan menjadi tapisan Allah Taala kepada para pejuangnya. Allah menjadikan ujian dalam tarbiyah sebagai proses menapis di antara golongan yang istiqamah, dengan golongan yang tergelincir dalam perjuangan Islam. Kita berdoa, semoga Allah tidak menguji kita perkara yang kita tidak mampu tempuhinya.

Dalam sejarah perjuangan Baginda S.A.W, banyak berlaku peristiwa-peristiwa besar yang menguji iman para Sahabat, ada yang thabat dan ada juga segelintirnya yang kecundang. Antara peristiwa tersebut adalah Isra' dan Mikraj, sebuah peristiwa yang berlaku setelah kewafatan orang-orang yang paling dikasihi Nabi, iaitu Saidatina Khadijah binti Khuwailid dan Abu Talib. Kesedihan yang bertimpa-timpa dialami oleh Nabi menyebabkan Allah memberikan kurniaan kepada Baginda satu peristiwa yang tidak boleh diterima oleh akal manusia, peristiwa yang dinamakan olehNya Isra' wa Mikraj. Peristiwa inilah yang menyebabkan ramai pengikut-pengikut Nabi mula meragui kebenaran yang disampaikan oleh Baginda. Dalam hal ini, Nabi Muhammad S.A.W bukan sekadar diuji untuk meyakinkan orang-orang yang tidak beriman, bahkan juga menghadapi karenah mereka yang mengaku telah beriman kepadanya.

Begitupun di kalangan Para Sahabat, ada karakter yang begitu tekun meyakini apapun yang disampaikan oleh Nabi S.A.W. Beliau adalah Abu Bakar, pemuda yang paling rapat dan paling dikasihi Nabi Muhammad S.A.W. Saidina Abu Bakar tampil membenarkan peristiwa Isra' Mikraj malah menyatakan, "Sesungguhnya aku telah membenarkan Baginda S.A.W terhadap apa yang lebih jauh dari ini. Aku membenarkan baginda terhadap berita dari langit yang baginda bawa". – Al Hakim di dalam Mustadraknya.

Teguhnya pendirian Abu Bakar tidak berbelah bahagi membenarkan semua yang keluar daripada mulut Nabi S.A.W. Abu Bakar mengenali Nabi Muhammad, sebagai insan yang tidak pernah berbohong selama hidupnya. Inilah ujian yang ditempuhi oleh Baginda, dan pada masa yang sama orang-orang yang beriman juga turut diuji untuk dilihat sejauh manakah keyakinan mereka, di antara mereka semakin bertambah imannya dan tidak kurang juga yang berpaling kembali kepada kekufuran.

Iktibar Dari Perang Hunain
"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan jua di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu sekali-kali tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri" - At Taubah:25

Pada peristiwa perang Hunain, Allah telah merekodkan pengiktibaran kisah ini di dalam Al Quran. Perang Hunain berlaku pada tahun ke-8 hijrah, iaitu suatu saat bilangan tentera Islam menjadi semakin meningkat kepada 12'000 orang, 10'000 orang dari Madinah dan 2'000 orang yang baru memeluk Islam dari Makkah. Pasukan tentera Islam yang berjumlah 12'000 orang ini berdepan dengan satu kelompok kecil, lalu mereka kagum dengan jumlah mereka yang ramai. Masing-masing merasa yakin untuk capai kemenangan dengan jumlah mereka yang begitu ramai, ditambah pula pengalaman mereka sebelum ini. Sewaktu mereka keluar untuk menghadapi kelompok kecil tersebut, ada di kalangan Sahabat yang mengatakan dengan penuh rasa ta'ajub, "Hari ini kita tidak mungkin akan dikalahkan dengan jumlah yang ramai". 

Lalu pada pusingan pertama peperangan, umat Islam kalah apabila menghadapi serangan mengejut tentera-tentera musyrikin yang sedikit jumlahnya sehingga menyebabkan tentera-tentera Islam lari bertempiaran sekalipun dalam keadaan jumlah yang ramai. Keadaan yang berlaku menyebabkan Nabi mengumpulkan semula tentera-tentera Islam sambil berkata, "Sesungguhnya aku adalah RasuluLlah, dan aku tidak berbohong...", seterusnya Nabi meminta mereka bersatu, dengan izin Allah, Dia memberikan kemenangan perang Hunain kepada umat Islam.

Kesilapan yang di lakukan oleh generasi terbaik umat Islam adalah renungan generasi kita hari ini. Perang Hunain ini adalah satu bentuk tarbiyah, ujian yang diberikan oleh Allah. Kerana sayangnya Allah kepada hambaNya, maka diberikan kekalahan pada peringkat awal dalam peperangan ini agar tidak timbul di kalangan umat Islam nanti mengatakan, "Kemenangan ini kerana bilangan kami yang ramai".

Inilah pengajaran yang ingin dikupas dari Perang Hunain. Allah memberikan ujian kepada umat Islam adalah sebagai satu proses mencapai kemenangan. Dalam gerakan Islam, walaupun di sana ada orang yang menganggap bahawa tarbiyah wajar terabai dengan sebab bebanan kerja-kerja dakwah yang besar, tanggungjawab parti yang semakin banyak, maka ketahuilah bahawa ujian dari Allah itu bukan sahaja berlaku waktu kita kalah. Tetapi ujian yang Allah berikan di waktu kemenangan jauh bezanya dengan ujian yang Allah berikan diwaktu belum mencapai kemenangan.

Selepas kemenangan Hunain, Nabi Muhammad S.A.W mengumpulkan tentera-tentera Islam dan meminta segala harta ghanimah dikumpulkan walau sekecil gigi (gigi yang disalut emas) agar dapat diagih-agihkan secara adil. Lalu mereka menyerahkan segala harta tersebut sehingga menimbun longgokannya. Arahan Rasulullah S.A.W tersebut diulang sebanyak tiga kali oleh Abu Hurairah R.A, namun di sana masih ada seorang tentera Islam yang tidak memberikan harta rampasan itu berbentuk segulung tali unta yang diikat pendek di pinggangnya. Dia mengikat tali unta tersebut sehinggalah sampai di Madinah, lalu setiap kali dia melihat tali unta tersebut, teringatlah dia akan beban dosanya mengingkari arahan Rasulullah S.A.W. Lalu tali unta tersebut diberikan kepada Rasulullah, tetapi Rasulullah menolak pemberiannya, dan Rasulullah-pun menegurnya; mengapa tidak diserahkan walaupun telah diulang arahan tersebut sebanyak tiga kali? Dengan nada kecewa Rasulullah mengarahkan pemuda tersebut supaya memberikannya di akhirat kelak.

Amanah Adalah Titipan Allah Kepada Manusia

Amanah adalah amanah. Amanah adalah barang yang paling berat diamanahkan untuk kita memikulnya. Allah pernah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan juga bukit-bukau tetapi mereka enggan menerimanya. Ketahuilah saudara, jawatan adalah amanah, perjuangan adalah amanah, memenangkan Islam adalah amanah, mempertahankan kemenangan Islam juga amanah, dan mendepani ujian selepas kemenangan suatu ujian amanah yang cukup besar.

Nabi Allah Sulaiman A.S tatkala diuji dengan amanah dengan harta, Nabi Sulaiman lantas mengingatkan dirinya :
"Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah" - Surah An Naml:40

Begitulah halnya nikmat yang kita terima, semua itu adalah ujian yang tentunya untuk menguji kita samada termasuk di kalangan mereka yang bersyukur atau kufur kepada Allah Taala. Dan setelah diuji itu pula tujuannya bukan untuk dipuji, tetapi semata-mata mengharap redha Allah Taala yang memberikan kita ujian untuk memastikan siapakah di kalangannya yang paling baik amalannya, yakni ikhlas semata-mata kerana Allah.
"Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya" - Surah Al Kahfi:7

Allah tidak menilai yang paling banyak amalannya, tetapi yang paling baik amalannya di kalangan mereka. Jika dikira paling banyak amalan, tentulah umat-umat terdahulu yang hidup ribuan tahun menjadi pilihan. Tetapi Allah mengkehendaki daripada kita siapa di kalangan mereka yang ikhlas, yang hatinya tidak palsu mengabdikan kepadaNya. Umat Nabi Allah Syuaib A.S, mereka hidup lebih 3000 tahun, berbeza dengan umur umat Nabi Muhammad S.A.W, sekitar 50-60 tahun. Maka umur kita inilah tempoh-tempoh yang bakal menerima ujian dari Allah untuk meneliti siapakah di antara kita yang paling baik kualiti amalannya. Oleh itu, orang yang berada dalam gerakan Islam, adalah orang yang bukan sekadar banyak amalan tetapi mesti sentiasa upgrade kualiti amalannya.

Inilah juga nasihat Saidina Abu Bakar As Siddiq yang kerap disampaikan kepada tentera-tentera Islam, kepada gabenor-gabenornya, wakil-wakil perjuangan Islam. Beliau tidak pernah lupa mengingatkan 3 perkara :
  1. Nasihat melakukan perkara dengan ikhlas dalam perjuangan.
  2. Bersungguh-sungguh dan sabar dalam perjuangan.
  3. Tingkatkan hubungan dengan Allah Taala.
Apabila Orang Paling Lama Berjuang Tidak Dapat Habuan

Dalam perang Hunain itu juga, dikisahkan 10'000 tentera Islam dari Madinah tidak mendapat sebarang sisa harta ghanimah dalam perang tersebut. Kebanyakan harta tersebut diagihkan seolah-olah Baginda lebih mengutamakan orang Islam di Makkah. Tindakan Baginda S.A.W menyebabkan ramai penduduk Madinah tidak puas hati, tetapi hal itu tidak disampaikan kepada Nabi. Mereka merasakan ketidak-adilan dalam agihan harta rampasan perang tersebut, kerana habis harta-harta tersebut diagihkan kepada penduduk Islam di Makkah yang baru setahun jagung memeluk Islam. Akhirnya menyebabkan orang-orang Madinah merungut di belakang Baginda S.A.W, dan Baginda menyedari rungutan tersebut. Lalu Baginda memanggil ketua di kalangan Ansar, Saad bin Ubadah dan bertanya, "Adakah orang-orang Ansar tidak berpuas hati dengan keputusan agihan ini?".

"Benar wahai Rasulullah, mereka tidak puas hati. Mereka berperang bersama-sama penduduk Makkah, bahkan mereka juga berada di barisan hadapan dalam peperangan ini. Orang-orang Makkah baru masuk Islam, semuanya berlindung di belakang. Segala luka dan cedera, orang Madinah yang menghadapinya dahulu wahai RasulAllah. Kalau mati, orang Madinah yang mati dahulu. Segala ancaman musuh orang Madinah yang menghadapainya dahulu. Tiba-tiba kemenangan ini tidak diagihkan secara bersama, segalanya diberikan kepada orang Makkah. Memanglah hal ini menimbulkan tidak puas hati".

Kemudian Rasulullah S.A.W bertanya, "Kamu pula bagaimana wahai Saad?"

"Tidak ada jalan lain kecuali aku turut bersama mereka juga, mereka itu semua kaumku ya RasulaLlah", jawab Saad bin Ubadah.

Para ulama menafsirkan peristiwa ini bahawa, tidak semua arahan pimpinan difahami oleh pengikut-pengikutnya sendiri. Ada waktunya kita perlu beritahu makna strategi tersebut, tetapi ada juga setiap keputusan itu tidak semuanya perlu diterangkan. Pernah Rasulullah S.A.W memberikan arahan kepada Para Sahabat, "Bersiap untuk perang...", tetapi arahan tersebut tidak dijelaskan secara nyata oleh Baginda S.A.W.
Maka kecelaruan tentera-tentera Madinah mengenai tujuan agihan Baginda terhadap harta rampasan Hunain begitu, menyebabkan Baginda membuat keputusan untuk mengumpulkan mereka semua untuk menerangkan makna sebenarnya.

Baginda berucap di hadapan kaum Ansar, "Demi Allah, jika kamu mahu kamu boleh katakan bahawa kamu wahai Muhammad telah datang kepada kami ketika kamu didustakan kaummu sendiri. Ketika engkau dalam keadaan lemah, kamilah yang menolongmu. Ketika kamu diusir, kamilah yang memberikanmu tempat. Ketika kamu dalam keadaan papa, kamilah yang menampung keperluanmu".

Baginda tidak menafikan bahawa orang-orang Ansar lebih berjasa jika dibandingkan dengan orang-orang Quraish itu yang baharu memeluk Islam. Kemudian Baginda menjelaskan lagi kepada kaum Ansar, "Sesungguhnya aku telah mendengar rungutan-rungutan kamu. Demi Zat yang jiwa Muhammad di tanganNya, jika bukan kerana hijrah, tentu aku termasuk golongan Ansar. Jika para sahabat menempuh suatu jalan di celah gunung dan orang-orang Ansar menempuh suatu celah yang lain, tentu aku akan memilih celah yang dilalui oleh orang Ansar. Ya Allah, rahmatilah orang-orang Ansar, anak-anak Ansar, dan cucu orang-orang Ansar". 

"Apakah di dalam hati kamu wahai kaum Ansar masih terdetik hasrat kepada dunia? Sedangkan dunia itu aku pergunakan untuk mengambil hati segolongan orang agar memeluk Islam. Sementara terhadap ke-Islaman kamu, aku tidak lagi meragukannya. Wahai kaum Ansar, apakah di hati kalian tidak gembira jika mereka membawa pulang kambing dan unta, sedangkan kamu pula pulang bersama Rasulullah?"

Setelah mendengar keterangan dari Baginda S.A.W, masing-masing menitiskan air mata hingga janggut mereka basah sambil berkata,"Kami redha dan patuh dengan segala tindakanmu wahai pesuruh Allah".

Inilah di antara tarbiyah selepas kemenangan yang diberi oleh Allah Taala kepada umat Islam.

Ujian Selepas Menang Adalah Ketaatan

Allah pasti menguji kita walaupun keputusan yang kita perolehi itu kemenangan, dan ujian selepas kemenangan dicapai adalah ketaatan. Dalam gerakan Islam, wala' adalah kewajiban. Sebahagian orang memperlekehkan perihal wala' ini. Ada juga yang tidak tahu membezakan wala' dan tahaluf. Kita bertahaluf siasi bersama rakan-rakan dalam pakatan rakyat. Dalam hubungan ini kita saling hormat-menghormati menurut persepakatan yang sama-sama kita persetujui. Tetapi dalam disiplin berjemaah, kita ada wala' dengan kepimpinan yang mesti dipelihara melebihi kesepakatan dengan pihak lain. Persoalan wala' inilah yang sering akan diuji oleh Allah Taala kepada gerakan Islam.

Dalam sebuah hadis yang cukup mahsyur, Para Sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W, "Wahai Baginda, siapakah orang yang paling berat bala ujian Allah?". Jawab Baginda S.A.W, "Para Nabi adalah orang yang paling berat ujiannya, lalu orang yang terbaik setelah mereka dan seterusnya (yang menurut langkah perjuangan mereka)".

Maka yang paling berat ujiannya selepas Nabi dan Rasul ialah Para Khulafa', yakni para pengganti yang akan meneruskan perjuangan Islam dan memastikan kedaulatannya. Oleh itu, dalam konteks perjuangan ini sangat mustahak untuk memperkukuhkan hubungan kita dengan 'jemaah' kerana tiada lagi wahyu yang akan diturunkan selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Dalam perjuangan Islam tiada istilah bertindak tanpa arahan, mengutamakan maslahah peribadi dan melanggar persepakatan syura. Apabila kepimpinan buat satu keputusan, dibincang dan diperbahaskan, diterima dan ditolak, ada yang tidak puas hati kerana tidak faham apakah matlamat, pendekatan, strategi dan seumpamanya.

Oleh sebab itu, apabila kita diuji dengan amanah kepimpinan, kita khuatir apabila kita mengabaikan lapangan tarbiyah. Ini kerana, dalam kepimpinan Allah akan uji kita dengan kebendaan. Saidina Ali berkata, "Wahai dunia, jika engkau mahu menipu maka engkau tipulah orang lain, jangan aku yang engkau tipu". Tetapi Allah menetapkan dunia ini warisan untuk hambaNya yang soleh bukan orang fasiq. Orang yang soleh tidak meminta dunia, tetapi mengurus dunia untuk menegakkan Islam dan membantu kemenangan Islam, memperkukuhkan hubungan sesama umat mentauhidkan Allah Taala. Begitupun melaksanakan amanah ini bukan mudah.


Perjuangan menegakkan Islam mementingkan hubungan (muraqabah) kita dengan Allah kerana cabaran-cabaran bentuk ini adalah berterusan. Dalam satu hadis dhaif berbunyi, "Kita kembali dari jihad kecil kepada jihad yang lebih besar", jihad besar itu ialah jihad menentang hawa nafsu, inilah jihad yang berterusan.

Moshe Dayan merupakan menteri pertahanan Israel Ke-4 yang matanya sebelah kirinya ditutup, dan pernah timbul cakap-cakap orang yang mengatakan bahawa inilah dajjal yang keluar di akhir zaman. Diceritakan Moshe Dayan pernah mengikuti sebuah persidangan rahsia Zionist Antarabangsa bagi memerangi umat Islam dan merampas tanah-tanah umat Islam di Palestin. Maklumat ini amat sulit, tetapi Moshe dayan berani mendedahkannya di khalayak umum sehingga mengejutkan pegawai-pegawainya.

Perbuatan Moshe Dayan ini ditegur, "Mengapa Tuan dedahkan rahsia kita? Nanti umat Islam tahu, mereka akan susun strategi untuk mengalahkan kita!"

Lalu Moshe Dayan berkata, "Kamu jangan risau perihal umat Islam, umat Islam adalah umat yang malas membaca. Jika mereka membaca-pun mereka orang yang tidak faham apa yang mereka baca. Dan kalau mereka faham-pun, mereka tidak akan buat apa yang mereka baca. Kalau mereka buat-pun, mereka tidak sungguh-sungguh dalam melaksanakannya. Kalau mereka bersungguh-sungguhpun apa yang dilakukan itu hanyalah mengharapkan keredhaan manusia (tidak ikhlas)".

Moshe Dayan tidak risau dengan realiti sikap yang menimpa umat Islam, mereka umat yang malas membaca. Kajian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), purata orang Melayu membaca dua muka surat setahun. Namun, fenomena umat Islam yang juga diketahui oleh musuh-musuh Islam bahawa umat Islam juga tidak bersungguh bila melaksanakan sesuatu perkara. Sedangkan Nabi Muhammad menyuruh kita melaksanakan sesuatu perkara dengan'itqan' - penuh ketekunan. Dan masalah lain, jika mereka bersungguhpun belum tentu keredhaan Allah yang menjadi taruhan

Wednesday, June 20, 2012

PRU Mesir: Pertarungan sengit Islam dan tentera


Sah! Keputusan tidak resmi yang di keluaran setakat ini menunjukkan calon Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi mendahului di kebanyakan daerah mengundi.

Keputusan awal tidak resmi mendapati Dr Morsi mendapat 13,254,558 (51.74%) undi  manakala calon tajaan bekas rejim Mubarak,  Ahmed Syafik mendapat 12,358,594 (48.25%) undi dengan ketinggalan hampir satu juta undi di belakang Dr. Morsi. Jumlah yang keluar mengundi pula adalah 25,613,152 juta iaitu hampir 46 peratus dari yang layak mengundi.

Namun, ramai pemerhati berpandangan bahawa masa depan politik Mesir masih lagi samar-samar dan tidak menentu.

Tindakan Mahkamah Perlembagaan Mesir untuk membatalkan semua keputusan awal pilihanraya Parlimen ke atas kesemua kerusi Parlimen yang ditandingi serta pengistiharan pembubaran Parlimen oleh pihak tentera Supreme Council of the Armed Forces(SCAF) telah menimbulkan keresahan banyak pihak bahawa telah berlaku ‘rampasan kuasa’ oleh pihak tentera.

Dalam pilihanraya Parlimen yang telah diadakan pada tahun lepas kebanyakan kerusi telah di menangi oleh calon-calon dari parti Ikhwan Muslimin FJP dan Parti Nour dari gerakan Salafi.

Setakat ini, walaupun ahli Parlimen tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen dan seluruh bangunan Parlimen telah di kawal ketat oleh tentera dengan menggunakan kereta kebal, pilihanraya Presiden peringkat kedua terus berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan yang berlaku.

Calon Ikhwan, Dr. Mohaamed Morsi(gambar) dijangka akan di istihar sebagai pemenang secara resmi yang juga turut diperakui oleh hampir kesemua media di Mesir dan antarabangsa walaupun dengan majoriti yang agak tipis.

Namun Murshid Ikhwan Muslimin Mesir, Dr. Mohamed Al-Badae’ telah menyatakan bahawa pihak tentera SCAF tidak mempunyai kuasa bagi membubarkan Parlimen dan tindakan ini merupakan ‘rampasan Kuasa’ yang bertentangan dengan perlembagaan Mesir.

Menurut beliau lagi “keputusan mahkamah Perlembagaan itu tidak bermakna pihak SCAF berkuasa bagi membubarkan Parlimen. Ia telah dipilih oleh seluruh rakyat Mesir dan perlu dihormati oleh semua pihak. Jika ini berterusan berlaku, bermakna tentera SCAF mahu membawa kembali Mesir kepada zaman Diktator dan pemerintahan kuku besi”.

Dr. Mohamed Morsi pula menyatakan bahawa tindakan tentera SCAF membubarkan Parlimen adalah amat bahaya dan boleh menimbulkan ketidakstabilan kepada masadepan Mesir.

Beliau menyatakan bahawa pelbagai usaha terus dilakukan oleh saki-baki rejim Mubarak termasuk memperalatkan kalangan hakim-hakim yang setia kepada Mubarak  bagi memastikan calon FJP kalah dalam pilihanraya pusingan kedua ini.

Menurut banyak pihak, pihak tentera SCAF mengambil tindakan drastik ini berpandukan kepada 3 sebab utama yang perlu mereka lindungi; pertamanya menjamin ‘imuniti’ diberikan kepada pihak tentera sekiranya berlaku peralihan kerajaan yang baru.

Kedua, terus memberi jaminan agar segala kepentingan ‘ekonomi’ dan perniagaan yang dikuasai oleh pihak SCAF tidak diganggu gugat oleh kerajaan baru.

Dan yang ketiganya memastikan bahawa SAF tetap berkuasa bagi menentukan ‘keselamatan’ dan ‘pertahanan’ negara.

Lebih parah lagi dengan menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada calon FJP, pihak tentera SCAF telah juga melakukan 8 ‘pindaan kilat’ kepada perlembagaan Mesir dalam tempuh 24 jam yang juga di lihat adalah untuk terus menjamin kuasa yang ada pada pihak tentera.

Antara pindaan yang dilaksanakan adalah; memberi kuasa penuh kepada SCAF bagi menentukan pindaan perlembagaan yang baru, Presiden berkuasa mengistiharkan perang hanya dengan ‘kelulusan’ dari SCAF dan sekiranya berlaku sebarang kekacauan dalam negara, Presiden boleh memanggil pihak tentera hanya dengan kebenaran SCAF.

Pihak SCAF juga telah secara terbuka menyatakan bahawa mereka mempunyai tanggungjawab bagi menghormati perjanjian ‘Camp David’ yang termeterai antara Israel dengan Mesir semasa pemerintahan rejim Anwar Sadat dan Mubarak.

Perjanjian ini mendapat sokongan kuat Amerika Syarikat, Britain dan sekutunya dan ia perlu dilaksanakan bagi menjamin ‘masadepan dan keselamatan’ Israel.

Inilah realiti politik Mesir. Apa sahaja boleh berlaku dalam tempuh beberapa hari dan minggu ini. Apakah ada kemungkinan akan terbentuk sebuah kerajaan yang demokratik selepas pilihanraya Presiden?

Atau apakah ada juga kemungkinan akan berlakunya ‘rampasan kuasa tentera’ bagi mengambil alih pemerintahan di Mesir?

Namun keputusan pilihanraya Presiden Mesir ini adalah amat penting kepada seluruh dunia Islam.  Pertarungan di medan demokrasi antara kumpulan Islam dan tentera yang di sokong oleh kuasa Barat kini nampaknya berada di garisan terakhir.

Parti Ikhwan FJP bersiap untuk berhadapan dengan apa juga kemungkinan termasuk konspirasi yang terancang bagi menafikan kuasa pada mereka.

Mereka tetap yakin hanya dengan ‘Kuasa Rakyat’ akan dapat berhadapan dengan kedudukan yang genting ini walaupun menghadapi saat yang kritikal ini.
Sama-sama kita lihat natijah dan kesudahan penglibatan parti Islam dalam kancah demokrasi di Mesir ini... Moga Allah memberi kemenangan kpada ISLAM...

Wednesday, January 11, 2012

Moga Dikurniakan Yang Terbaik

Assalamualaikum...

Lamanya x update. dah bersawang, siap labah2 pun dah hidup. hehe. asif pd yg menunggu smbungan travelog, insya Allah akn disambung dlm msa yg terdekat walaupun crta dah nak basi. hehe

ok. short post.

sesungguhnya hati ini berada dlm dilema. kali ni, Allah betul2 meletakkan saya dlm dilema. saya boleh memilih kedua2nya, tp yg lebih terbaik ialah memilih satu shja. n pstinya ia berkaitan hati. sesungguhnya, perasaan perlu diketepikan sdkit dlm membuat kptsn ni, agr kptsn yg dibt adlh berdsrkan rasional, dan bukannya dipengruhi perasaan dan nafsu. sykrn pd yg menasihati saya, terutamanya shbt yg sgt saya rindui dan sayangi, nun jauh di mesir sana, sykrn akh krana sentiasa memberi nsht pd ana n membantu ana. w'pun Allah mentakdirkan perkenalan kita hanya sebentar, tp bagaikan kita telh bershbt sjak kecil lg. alhamdulillah, nikmat ukhwah...

kini, kptsn diserahkan pd Allah, moga Allah membntu saya membt pilihan yg betul. ya, istikharah adlh jln terbk kini. tu la usaha, mgkn jwpnnya lmbt ataupun cpat. Allah shja yg lbih tahu, apa yg terbaik bt hambaNya yg sgt hina ini, yg sentiasa bergelumang dgn dosa. Allah, malunya saya pd Dia. bimbang saya x menjd hambaNya yg terbk lg, ajal sudah menjemput. dan bimbang dosa yg terlalu byk akn menutup hijab hati saya dlm menerima dan membuat kptsn yg diredhaiNya dan bimbang ianya dipengaruhi syaitan dan nafsu. connection saya dgnNya pun kekadang dirasakan smkn jauh. Allah, moga dijauhkan perkara tu. smua yg membca, doakan saya membt pilihan yg terbk...

Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah:216)




tu je entry kali ni. insya Allah, akn crta befday saya plak nnt... moga kalian diberkati Allah

wassalam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails