Thursday, April 14, 2011

Inzar... Buat yang memerlukannya

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum...
X de pe nak ditulis. tp memikirkan kemungkinan akn meninggalkan dunia blog ini buat satu tempoh masa utk beruzlah sebentar, maka molek utk ditinggalkan beberapa kata2 yg mgkn akn berguna bt diri dan juga shbt2. Mgkn juga ini kali terakhir, kerana hakikatnya, kita sendiri x psti bla kematian akn menjemput kita kan? smga Allah masih memberi kesempatan buat diri ini utk berbakti bt Islam insya Allah. cma beberapa inzar, buat diri dan jiwa yang memerlukannya. Kata-kata ini bukan drpd ana sendiri, tp diambil drpd shbt2 dan bebrapa sumber yg lain, sbgai motivasi...

"malang bagi seseorang daie andai kebenciannya terhadap ketempangan seseorang, menghalang usaha dakwahnya.lalu pintu dakwah tertutup tanpa disedari..."


Jadikanlah Allah sebagai temanmu, ketika senang mahupun susah. 


Allah berfirman dalam Hadits Qudsi yang artinya : " Nabi Musa a.s telah bertanya kepada Allah : " Ya Rabbi ! siapakah diantara hamba-MU yang lebih mulia menurut pandangan-Mu ?" Allah berfirman :" Ialah orang yang apabila berkuasa (menguasai musuhnya), dapat segera memaafkan." (Kharaithi dari Abu Hurairah r.a)


Beruntungnya manusia, walaupun lalai dari mengingatiNya, namun Dia x pernah melupakan kita. Muhasabah...


Allah menguji seseorg bukan bermakna Allah tidak menyayanginya, tetapi kerana Allah sgt syg pd hambaNya itu, mahu melihat sejauh mana kesabarannya dan sejauh man berimannya dia dlm menghadapi ujian yg mendtg. Jikalau berjaya, maka ganjaran Allah menanti.Jika gagal, azab Allah menanti. Bersyukurlah tatkala Allah mengujimu, dan risaulah tatkala kamu x diuji.


Allah tidak menguji seseorg melainkan sesuai dgn kemampuan hambaNya itu.


"Boleh jadi satu perkara yang kamu rskan bk utk kamu itu sbnrnya buruk utk kamu, dan boleh jadi satu perkara yg kamu rs kan buruk bt diri kamu itu, sbnrnya bk utk kamu..." (Al-Baqarah:216)


"Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan. Jangan bersedih kerana hidup ini meletihkan, sbb demikian hidup itu diciptakan..." Imam As-Syafie


"Serendah-rendah ukhwah itu adalah bersangka baik, dan setinggi-tinggi ukhwah itu adalah itsar (meletakkan kepentingan saudara melebihi kepentingan diri sendiri" (Hadis)


"Orang beriman selalu punya cara sendiri utk menjaga hatinya, meskipun berlawanan dgn apa yg ia terima dlm kehidupan. Saat mendpt musibah air matanya menitis, tp hatinya terilham utk yakin bhwa apa yg diberikan Allah pdnya pasti yg terbaik untuknya. Fizikalnya mungkin lelah, fikirannya mgkn penat, tp tidak dgn hatinya yg terus yakin apabila ia diuji oleh Allah. Itu adlh tandanya bhwa Allah syg padanya..."


"When people hurt you over and over, think of them as sandpaper. They may scratch you and hurt you a bit, but in the end, you end up polished, and they end up useless." (my friend said)


Pesanan Rasulullah saw: "Jgn dikuasai marah..."


"Sesiapa yang Allah ingin kurniakan kebaikan kepadanya nescaya Allah mengurniakan kepadanya seorg teman setia yg soleh. Jika sekiranya ia terlupa (terlalai), ia menolong memberi perigtn dan apabila (temannya itu) memperigtkannya, ia akn menolongnya. (Hadis)


Dato Fazilah Kamsah: 'kalau kita nak dapatkan ketenangan hati, kena selalu minta maaf kepada orang lain dan sebelum tidur memaafkan semua kesalahan orang lain pada kita. InsyaAllah hati kita akan tenang. "...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." [An-Nuur: 22] 


"Jika sekiranya seorg dari kamu berjalan bersama saudaranya dgn tujuan memenuhi keperluannya (dan baginda menunjukkan isyarat dengan jari-jari baginda), amalan itu lebih utama dari ia beriktikaf selama dua bulan di dalam masjidku ini." ( Hadith riwayat Al-Hakim dan ia mengatakan sanad-sanad sahih)


"Bersyukurlah dengan apa yg kamu ada pd hari ini, kerana mgkn pd hari esk kamu x kan memilikinya lg."


"Berpada-padalah dlm mengasihi seseorg, kerana mgkn suatu hari kamu akan membencinya. Berpada-padalah dlm membenci seseorg, kerana mgkn suatu hari kamu akn mengasihinya."


 'what u give, u get back'. klu hari ni kita berbuat jht pd org, kita akn terima smula perkara jht, dan klu berbuat baik, maka akn terima yg bk. sama lah konsepnya dengan Allah. 


" Sesiapa yg melapangkan seorg muslim dari satu kesusahan dunia nescaya Allah melapangkan untuknya satu dari kesusahan di akhirat. Sesiapa yg memudahkan seorg yg di dalam kesusahan nescaya Allah akn memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat dan sesiapa yg  menyembunyikan rahsia seorg muslim nescaya Allah akn memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. Dan Allah sentiasa menolong seorg hamba selama ia menolong saudaranya." (Hadis)


" Balasan perbuatan jahat adalah kejahatan yang seimbang dengannya. barangsiapa yang memaafkan dan 
berlaku damai , pahalanya ada ditangan Allah" (Q.S 42;40)


" Memaafkan itu lebih mendekatkan kepada taqwa. " (QS. 2 ; 237)
" Dan hendaklah mereka suka memaafkan dan mengampuni. apakah kalian tidak suka Allah mengampuni kalian ? " (QS. 24 ; 22)
" maafkanlah mereka dan mintakanlah ampunan bagi mereka dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam segala urusan (keduniaan). " (QS 3 ; 159)
" Ambillah jalan maaf, dan ajaklah dengan cara yang lemah lembut dan berpalinglah dari orang  orang yang jahil." (QS. 7 ; 199)
"..... dan orang - orang yang dapat menahan meluapnya kemarahan dan yang suka memaafkan orang lain dan Allah mencintai orang - orang yang berbuat baik." (QD 3 ; 134)
didalam hadist Nabi saw terdapat juga penjelasan tentang sifat memaafkan ini. antara lain saya kutipkan  artinya sebagai berikut :
" Barangsiapa yang dapat menahan luapan kemarahan, sedang ia berkuasa dan sanggup melampiaskan niscaya Allah memanggilnya pada hari kiamat dihadapan khalayak ramai untuk memilih bidadari yang dikehendaki." (subhanallah.... siapa yang tidak menginginkan hal ini berlaku pada dirinya..... memilih bidadari yang dikehendakinya. Allahu Akbar !!!)
" seorang muslim apabila disaat bergaul dengan orang banyak dan dapat bersabar (Suka memaafkan) atas gangguan mereka lebih baik dari muslim yang tidak suka bergaul dan tidak sabar atas ngangguan mereka."
" Allah pasti meningkatkan kemuliaan seseorang karena sifat pemaafnya."
Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 139 yang bermaksud: Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. 
"Janganlah kamu memandang rendah terhadap sesuatu kebaikan, walaupun dengan cara bermanis muka ketika bertemu saudaramu (kerana itu juga suatu kebaikan)" Hadis riwayat Muslim.
Dah byk inzar ni. smga berguna bt diri sendiri dan para pembaca sekalian. Maaf dipohon jika ada slh n silap... Jom layan lagu yg agak meruntun jiwa ni (x tau knpa semenjak akhir2 ni suka mendgr lagu ni)...
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati  




Saturday, March 19, 2011

Takziah...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya dpt juga mencari masa yg sesuai utk menaip d laman blog ini. dah nak bersawang nmpknya. alhamdulillah, smpt juga dibersihkan sblm di tumbuhi semak samun (ngeh3, metafora tinggi sgt).

Ok, back to topic. Hmmm, kenapa ye takziah? ada org meninggal ke? atau saje je? hmm. semestinya x. psti ada mkna. ada satu lg keadaan yg org blh ucap takziah pd kita, iaitu apabila kita diberikan amanah. Mengapa? sbb amanah itu bnd yg brt n bkn smua org mampu utk memikulnya. hanya org2 yg mampu sahaja blh memikulnya dan semestinya setiap amanah yg diterima disertai dengan tanggungjwb yg besar, yg mana ianya pasti akan disoal di akhirat kelak. jikalau dilaksana dgn pnuh tggjwb, maka selamat lah kita. tp jika gagal, maka azab Allah bersiap sedia utk menanti kita. "Sesungguhnya amanah itu meletakkan sebelah kakimu di syurga, dn sebelah lg di neraka."

Apa yg nak di ceritakan pd kali ini, ada kaitan nya dgn amanah itu. Alhamdulillah, pd 17 Mac 2011, telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Mahasiswa/i Perubatan (PERMATA) UniSZA bertempat di Dewan Teater UniSZA Kampus Kota yang telah dirasmikan oleh Penasihat Persatuan. dan bersyukur, akhirnya mesyuarat tersebut dpt juga diadakan dgn jayanya walaupun pelbagai halangan n cabaran yg mendatang. Terima kasih diucapkan atas semua kerjasama yg diberikan oleh semua ahli PERMATA, terutamanya kpd AJK sesi 2010/2011 dan AJK sesi 2011/2012 dalam usaha menjayakan mesyuarat agung ini. Dan terima kasih juga kepada semua ahli yg telah turun utk sesi pembuangan undi yg telah diadakan pd 23 Februari yg lalu. Semoga anda semua dpt mempeljari nilai demokrasi utk menghadapi suasana demokrasi yg lbh hbt di luar sana. Tahniah n takziah bt yg menang dan kpd yg kalah, anda msh mempunyai peluang lg dan tahniah ats keberanian anda semua utk bertanding.





Tahniah & Takziah bt semua AJK PERMATA yg bru. Semoga dpt melaksanakan tugas dgn sebaiknya dan dgn penuh tggjwb n amanah. Semoga Allah membantu urusan kalian...

Saturday, February 5, 2011

Kenyataan Yusuf Al-Qardhawi mengenai Mesir

Egyptian-born cleric Sheikh Yussef al-Qaradawi talks during a news conference in Algiers March 28, 2007. Qardawi attended the fifth International Al-Quds conference in Algeria. REUTERS\Zohra Bensemra (ALGERIA)

Saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada – Syaikh Yusuf al-Qaradhawi

Al-Qaradhawi : Rakyat Mesir wajib turun ke jalan raya, peserta demonstrasi mati syahid!

Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menyifatkan Presiden Mesir, Husni Mubarak sebagai ‘mula menyembelih rakyatnya sendiri’ selepas tercetusnya pertempuran berdarah antara penyokong presiden Mesir itu dan para peserta demonstrasi pada Rabu, 2 Februari 2011 di Medan Tahrir.

Beliau disifatkan sedemikian kerana pertempuran itu berlaku selepas 9 hari majoriti rakyat Mesir berdemonstrasi menuntut pengunduran Husni Mubarak daripada kerajaan.

Mubarak, menurut al-Qaradhawi lagi “telah mula menyembelih tanahairnya sendiri dan bertindak seperti tindakan Firaun serta menjadikan sebahagian rakyat Mesir berkuasa ke atas sebahagian yang lain”.
Syaikh al-Qaradhawi turut berdoa supaya Allah membebaskan rakyat Mesir daripada penderitaan mereka dan membebaskan mereka daripada ‘para taghut’.


Ketegasan dan kelantangan al-Qaradhawi

Ketegasan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi berhubung situasi semasa di Mesir begitu terserlah apabila beliau, melalui stesen satelit al-Jazeera pada 2 Februari 2011, menegaskan adalah menjadi kemestian ke atas setiap rakyat Mesir menyertai ‘Perarakan Jutaan Umat’ yang akan diadakan pada jumaat depan.(4 Febuari 2010)

Perhimpunan tersebut yang akan diadakan bagi menguatkan tekanan ke atas Presiden Husni Mubarak, disifatkan oleh para peserta demonstrasi sebagai ‘Jumaat Pemutus’ yang merupakan kesinambungan kepada perarakan pada Jumaat lepas yang dinamakan sebagai‘Jumaat Kemarahan’.

Lebih daripada itu, Al-Qaradhawi yang tinggal dalam buangan di Qatar itu, menganggap bahawa “turun ke jalan raya khususnya hari Jumaat, untuk menyertai bantahan merupakan kewajipan syarak ke atas setiap yang mampu pergi ke tempat-tempat perhimpunan dan tidak ada keuzuran yang menghalangnya”.

Sehubungan itu, beliau menggesa para ulama al-Azhar dan lepasan universiti itu agar memimpin dan menyertai perarakan membantah kezaliman regim Husni Mubarak di seluruh Mesir.

Dalam ucapan yang ditujukan kepada Husni Mubarak, al-Qaradhawi memberi amaran kepada Presiden Mesir itu bahawa “kami akan menghadapi kamu dengan doa diwaktu sahur dan dengan setiap orang yang kusut rambutnya dan berdebu tubuh badannya yang jika dia berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memperkenankan doanya”.

Beliau merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang memperihalkan kewujudan sebilangan manusia yang sangat mustajab doanya, meskipun mereka pada zahirnya kusut masai rambutnya dan berdebu tubuh badannya.
Sebagi ingatan kepada Mubarak, al-Qaradhawi menegaskan bahawa “doa orang yang dizalimi akan diangkat oleh Allah melepasi awan dan akan dibukakan untuknya pintu-pintu langit sambil Dia berkata, “demi keagungan dan ketinggianKu, Aku akan menolongmu walau pun selepas beberapa ketika”.
Peserta demonstrasi yang terbunuh mati syahid

Di akhir ucapannya, al-Qaradhawi memperlihatkan sikap dan pandangannya berhubung rakyat Mesir yang menyertai demonstrasi membantah regim Mubarak dan kedudukan mereka yang terbunuh dalam demonstrasi tersebut pada pandangan syarak.

Dalam ucapan yang ditujukan kepada para pemuda yang menggerakkan demonstrasi di Mesir, al-Qaradhawi menyatakan, “saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi. Saya katakan kepada mereka, samada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada’”.

Terdahulu, dalam perutusan khas, al-Qaradhawi di atas nama Kesatuan Ulama Islam Sedunia, memfatwakan bahawa rakyat Mesir yang terbunuh dalam tunjuk perasaan di Mesir sebagai mati syahid.
Asas kepada fatwa ini ialah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “sebaik-baik orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah r.a dan seorang lelaki yang pergi kepada pemimpin yang zalim, lantas menyuruhnya melakukan makruf dan menegahnya dari kemungkaran, lantas dia dibunuh”.

Perutusan ini disiarkan oleh laman rasmi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, iumsonline.net.
Difahami daripada fatwa ini, rakyat Mesir yang berdemonstrasi membantah regim Mubarak,  pada hakikatnya sama seperti seorang yang tampil membantah pemimpin yang zalim yang mengakibatkannya dibunuh, seperti yang disebutkan dalam hadis yang dinyatakan.

Tuesday, February 1, 2011

Sanggup Terjun ke Dalam Neraka...

Adi bin Hatim ra meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah saw. Katanya, baginda bersabda yg bermksd: "Tidak ada seorg pun antara manusia d akhirt kelak kcuali dia akn berhadapan dgn Allah swt. Antara manusia dan Tuhan tidak ada jurubahasa (tidak ada pegawai protokol)." HR Muslim.

Pertemuan dgn Allah swt d akhirat kelak adlh suatu yg psti, meskipun pertemuan itu dengan berbagai-bagai cara. mukmin yg soleh bukan sekadar bertemu dgn Allah swt, malah dpt menatap wajah Tuhan Yang Maha Agung, setelah mereka dpt melakukan sjd dihadapn Allah di akhirat kelak.

Tentang menatap wajah Allah swt sbg anugerah Tuhan kpd hambaNya yg mukmin n muttaqin itu, telah dihuraikan dlm beberapa kitab terdahulu. golongan mukmin yg 'asi ttp bertemu Allah, namun mereka tidak dpt menatap wajah Tuhan yang Maha Agung itu. sekiranya golongan mukmin yg 'asi ini x dpt menatap wjh Tuhan, maka lebih2 lagi golongan yg kufur kpd Allah swt.  

Walau bagaimanapun, mereka pasti bertemu Allah swt, malah pertemuan itu tanpa jurubahasa mahupun perantara. Yang dikatakan bertemu Allah itu ialah mereka pasti berhadapan dengan mahkamah Allah swt. Di mahkamah Qadhi Rabbul Jalil itu tidak memerlukan bantuan malaikat bagi menjalankan tugas pendakwaan, serta tidak memerlukan jurubahasa bg menterjemahkan segala perbuatan keji n kemungkaran yg manusia lakukan.

Segala urusan sejak pendedahan segala rahsia perbuatan jahat n keji mereka, sehingga penyerahan segala catatan akn dilakukan oleh Allah swt sendiri. Rasulullah saw menjelaskan dlm hadisnya bahawa setiap hamba pasti berdepan dgn Allah di akhirat kelak tanpa sebarang jurubahasa n perantara. Dalam hadis yg lain, Rasulullah saw menjelaskan mengenai hari pendedahan yg akn dilakukan oleh Allah swt terhdp hambaNya di akhirt kelak, sehingga ada dlm kalangan manusia yg memohon kpd Allah spya segala rahsia keburukan diri mereka tidak didedahkan di khalayak ramai dan tidak juga didedahkan di hadpn Allah swt. Mereka jg x sggp menanggung malu yg teramt sgt.

Sesetengah mereka menganggap lbh bk mereka dicampakkan trs ke dlm api neraka, asalkan x didedahkan segala perbuatan mereka yg keji n hodoh. rs malu yg x tertanggung bkl dirasai, apabila keaiban dirinya menjadi tontonan org ramai yg berada di pdg Mahsyar itu.

Malu bg sesetgh manusia adlh suatu perkara yg x dpt dinilai dgn wang ringgit. sbb itu, ada manusia yg disbbkan rs malu rahsia mereka terbongkar, mereka sanggup lari mlm meninggalkan kmpg hlmn scara senyap2. Yg lbh dahsyat lg ada yg sggp membunuh diri semata-mata kerana x sggp menanggung malu.

Begitu jg halnya yg berlaku di pdg Mahsyar. Akn ada manusia yg bersedia terjun trs ke kawah neraka drpd dimalukan di khalayak ramai. Bkn bererti pilihannya spya dia dicampakkan trs ke dlm api neraka itu lbh bk drpd peristiwa yg memalukan itu, namun demikianlah keadaan gawat yg berlaku di pdg Mahsyar apabila Allah swt melaksanakan sesi Yaumul 'Ardh.

Itulah suatu perigtn bg manusia yg x sggp menanggung malu di pdg Mahsyar, sebaik-baiknya mereka mst malu di dunia ini. Malu melakukan kemungkaran ataupun perkara keji sekalipun di tmpt yg sunyi.Sekiranya manusia x mahu menyaksikan rahsia keburukannya itu, mereka perlu sdr bhwa Allah swt Maha Mengetahui apa2 yg tersembunyi. Smga kita sama2 mengambil iktibar drpd kisah ini...

"Dipetik drpd buku 'Bertemu Janji Allah' karya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat terbitan Anbakri Publika Sdn Bhd."   




Monday, January 31, 2011

Maher Zain- Insya Allah (Malay version)



Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Ulang Chorus
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Ulang Chorus

p/s: dengar n hayati ye. mmg hbt btl maher zain nyanyi lgu ni dlm bhsa melayu, smp blh plak pk yg org melayu menyanyi. bgs usaha dia utk berdkwh. ni buat diri ini terasa nak bljr byk bhsa dlm usaha nak berdkwh pd masyarakat... insya Allah... =)

Tuesday, January 25, 2011

COME BACK!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum!!!

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, dengan ini diumumkan  bahawa, saya akan kembali smula ke dunia blogger ini. huhu

pertama-tamanya, asif jiddan kpd smua pembaca blog ini yg ternanti-nanti akn post yg baru. sbnrnya, bkn tiada idea yg baru, tetapi terlalu byk ursn yg lbh aula utk diselesaikan, menyebabkan blog ini telah hmpr bersawang selama hmpr 5 bulan. insya Allah, slps ini, diri ini akn cuba utk sentiasa meng'update' blog 'Izzatul 'Amilin ini. kpd pengunjung-pengunjung yg baru, ahlan wa sahlan diucapkan n sykrn kerana sudi melawat. n buat shbt2, sykrn kerana memberi smgt utk mengupdate blog ini.

kedua, huhu. yg ni agk sensitif skit. kesunyian saya dari berblog ini, x bermakna yg saya x berkunjung ke blog ini, at least dlm seminggu, diri ini akn melawat blog ini sebyk 3x. n sdh pastinya saya membaca semua isi-isi update yg terbaru yg di post oleh anda. sykrn ats smua update yg byk memberi ilmu kpd saya dan manusia-manusia yg lain agr lbh dkt dgn Maha Pencipta kita. n x kurang juga kpd blog2 luahan rasa yg meluahkan segala isi hati mereka ke dalam ruangan blog. tahniah ats keberanian anda smua. cma semenjak akhir ini, byk yg saya pelajari drpd luahan rs anda smua. sykrn jiddan kpd classmate2 saya yg telah memperkatakan dan mempertikaikan tentang tindakan saya selama ini. saya terima teguran anda dan saya x menyalahkan anda kerana ia adlh hak anda utk berckp dan saya, sebgai seorg ketua, perlu mendgr kritikan drpd anak buah, walaupun ia mungkin menyakitkan hati, kerana mgkn saya sendiri x menyedari kesalahan saya dlm menjlnkan amanah ini. sykrn jiddan n tahniah ats keberanian anda.

kpd seorg classmate saya yg telah merasa tertekan kerana saya pernah 'memaksa' anda utk g ke usrah dulu, saya minta maaf ats perkara tersbt. walaupun anda x menyebut nama saya dlm kenyataan anda tu, tp saya sdr yg anda sdg memperkatakan tentang saya, kerana pd hemat saya, x de org lain yg pernah menyebut ayat "aq x pksa, tp aq wajibkan sbg prgrm persatuan" melainkan org tu adlh saya. mgkn pemikiran saya dan pemikiran anda berbeza mengenai perkara berkenaan. saya rs, x perlu saya jelaskan lg sbb saya sdh pun menjelaskannya dhulu n saya x mahu mengeruhkan lg keadaan dgn membuat apa2 statement. cma, saya x menyangkan yg anda msh menyimpan di dalm hti lg ttg perkara berkenaan. rsnye, perkara tu dah berlaku smasa sem 1 lg n rsnye dah berpuluh2 kali kita slg bermaafan sehingga lah kita msk ke sem 4 ni. x mengapalah. apa pun, saya minta maaf yg teramat sgt jika mmg saya yg slh n saya mhn, jgnlah keranasaya mahupun perkara berkenaan, menyebabkan anda menjauhkan diri drpd prgrm2 seperti itu.

n buat satu lg teguran, sykrn kerana menyedarkan saya yg sbg seorg ketua, saya perlu sentiasa mengupdate diri saya dgn dunia smasa. saya amat hargai apa yg telah anda buat dgn menghbskan byk masa anda yg sgt berharga utk membantu memudahkan kerja kami. sbnrnya, saya x menyangka yg anda mrh pd saya kerana hal berkenaan, smp lah saya membca blog anda. sykrn jiddan kerana menyedarkan saya. walaupun aytnya agk ksr, tapi saya x menyalahkan anda kerana mgkn anda sdg berada dlm keadaan mrh ketika menulis hal berkenaan. asif jiddan n tahniah ats keberanian anda. walaupun anda x menyebut nama saya, tp saya tahu anda memperkatakan ttg saya kerana x ramai org yg jarang membuka fb skrg ni n slalu g ke RFC. tq2. really appreciate...

n kpd smua yg ada merasa x puas hati lg pd saya, saya mohon kemaafan kpd anda semua kerana kekurangan saya dlm menjalnkan amanah Allah ni. termsklah dlm kes kursus d langkawi dahulu. smga Allah mengampunkan saya jika saya x amanh dlm menjlnkan tugas. cma satu yg saya pinta. jikalau blh, jgnlah anda hanya memperkatakn perkara ini di belakang. rs nye, x molek utk di dgr. adlh lbh bk klu anda bertrs-trg (face to face) sahaja kerana ia adlh jln yg lbh bk utk menyelesaikan mslh rather than ckp2 d blkg yg mgkn kdg2 x dpt diketahui oleh org berkenaan. mgkn pd saya, pd mula2 saya membaca, saya x menyangka yg rupanya, byk luka lama yg msh tersimpan. tp kini saya realise, yg byk org yg tlh terluka dgn saya dek kerana tindakan saya. mhn maaf drpd anda smua. sesunggunya, saya bukan insan yg sempurna n saya x kan mampu utk puaskan hati smua pihak. cbalah skali-skala, ltk kan diri anda d tmpt saya.

nways, ckplah sampai di sini sahaja dahulu perutusan COME BACK ni. Take home message, jgnlah kita menjd kwn yg menikam kwn kita sndiri, tp jd lah kwn yg memberi faedah bt kwn kita itu. skali lg, sykrn ats sgala teguran, kritikan n apa jua yg telah anda perkatakan, yang baik mahupun yg buruk, ttg saya, n saya mohon kemaafan jikalau saya ada melakukan kesalahan kpd anda sepanjang anda pernah mengenali saya. siapa tahu, bila kematian akn menjmpt kan? sgala yg baik itu drpd Allah, n sgala yg brk tu jga drpd Allah, nmn di sandarkan pd diri yg serba kekurangan ni...smga Allah memberkati kita smua. kpd smua classmate, Gud Luck utk smua for EOM khms ni. smga Allah memberi kejayaan bt kita smua...

Friday, September 3, 2010

Sekolahku...

Bertahun lama ku meninggalkan
Laman sekolah yang penuh kenangan 
Memori indah mengusik di jiwa 
Suka dan duka dalam memburu cita 

Masih terbayang kenakalan teman 
Usik mengusik bersenda gurauan 
Kini setelah kita berjauhan 
Semuanya itu menjadi kerinduan 

Tetap segar dalam ingatan 
Kali pertama berkenalan 
Senyuman mesra menyimpulkan 
Tali persahabatan 

Hingga kini masih ku simpan 
Kata semangat buat bekalan 
Pesanan guru menyalakan 
Obor penyuluh kejayaan 

Dan di sinilah tempat ku berlari 
Jatuh tersungkur bangun kembali 
Biar diranjau onak yang berduri 
Semuanya tak ku peduli 

Terkadang cinta jadi permainan 
Namun di situ ku temu iktibar 
Makin ku sedar erti kehidupan 
Tak semudah yang difikirkan 

Hingga kini masih ku simpan 
Kata semangat buat bekalan 
Pesanan guru menyalakan 
Obor penyuluh kejayaan 

Dan di sinilah tempat ku berlari 
Jatuh tersungkur bangun kembali 
Biar diranjau onak yang berduri 
Semuanya tak ku peduli 

Terkadang cinta jadi permainan 
Namun di situ ku temu iktibar 
Makin ku sedar erti kehidupan 
Tak semudah yang difikirkan 

Oh sekolaku, kau amat ku rindu 
Tempat bermula ku menimba ilmu 
Jasanmu guru mendidik daku 
Namamu harum di dalam ingatan 
"You're my lovely school, I love you, I miss you

***Tribute khas bt kwn2, shbt2, n guru2 serta pensyarah2 SK Khir Johari, SK Simpang Empat, SMK Hutan Melintang, SBP Integrasi Sabak Bernam, Kolej Matrikulasi Perak dan Universiti Sultan Zainal Abidin @ Univ Darul Iman Malaysia...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails