Tuesday, September 8, 2009

Pesanan Terakhir Syed Qutb

Seandainya kau tangisi kematianku
dan kau siram pusaraku dengan air matamu
maka diatas tulangku yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat mulia ini
dan teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!

Kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan KEKASIH yang sedang merindu
taman-taman di syurga TUHAN-ku bangga menerimaku
burung-burungnya berkicau riang menyambutku
bahagialah hidupku dialam abadi

Saudara!

Puaka kegelapan pasti akan hancur
dan alam ini akan disinar fajar lagi
biarlah rohku terbang mendapatkan rindu-NYA
janganlah gentar berkelana di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar

Pesanan terakhir ini ditulis Sayyid Qutb bin Ibrahim Qutb
( dilahirkan pada 8hb Oktober 1906 di desa Musha ) beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid pada hari Isnin 13 Jamadil Awal 1386 bersamaan 29hb Ogos 1966 bersama rakan-rakan seperjuangannya iaitu Muhammad Yusof Hawwash dan Abdul Fatah Ismail di tali gantung oleh Mahkamah Tentera Mesir. Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen yang diberikan. Smga Allah merahmati dan menbahagiakan anda...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails