Wednesday, June 20, 2012

PRU Mesir: Pertarungan sengit Islam dan tentera


Sah! Keputusan tidak resmi yang di keluaran setakat ini menunjukkan calon Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi mendahului di kebanyakan daerah mengundi.

Keputusan awal tidak resmi mendapati Dr Morsi mendapat 13,254,558 (51.74%) undi  manakala calon tajaan bekas rejim Mubarak,  Ahmed Syafik mendapat 12,358,594 (48.25%) undi dengan ketinggalan hampir satu juta undi di belakang Dr. Morsi. Jumlah yang keluar mengundi pula adalah 25,613,152 juta iaitu hampir 46 peratus dari yang layak mengundi.

Namun, ramai pemerhati berpandangan bahawa masa depan politik Mesir masih lagi samar-samar dan tidak menentu.

Tindakan Mahkamah Perlembagaan Mesir untuk membatalkan semua keputusan awal pilihanraya Parlimen ke atas kesemua kerusi Parlimen yang ditandingi serta pengistiharan pembubaran Parlimen oleh pihak tentera Supreme Council of the Armed Forces(SCAF) telah menimbulkan keresahan banyak pihak bahawa telah berlaku ‘rampasan kuasa’ oleh pihak tentera.

Dalam pilihanraya Parlimen yang telah diadakan pada tahun lepas kebanyakan kerusi telah di menangi oleh calon-calon dari parti Ikhwan Muslimin FJP dan Parti Nour dari gerakan Salafi.

Setakat ini, walaupun ahli Parlimen tidak dibenarkan memasuki bangunan Parlimen dan seluruh bangunan Parlimen telah di kawal ketat oleh tentera dengan menggunakan kereta kebal, pilihanraya Presiden peringkat kedua terus berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan yang berlaku.

Calon Ikhwan, Dr. Mohaamed Morsi(gambar) dijangka akan di istihar sebagai pemenang secara resmi yang juga turut diperakui oleh hampir kesemua media di Mesir dan antarabangsa walaupun dengan majoriti yang agak tipis.

Namun Murshid Ikhwan Muslimin Mesir, Dr. Mohamed Al-Badae’ telah menyatakan bahawa pihak tentera SCAF tidak mempunyai kuasa bagi membubarkan Parlimen dan tindakan ini merupakan ‘rampasan Kuasa’ yang bertentangan dengan perlembagaan Mesir.

Menurut beliau lagi “keputusan mahkamah Perlembagaan itu tidak bermakna pihak SCAF berkuasa bagi membubarkan Parlimen. Ia telah dipilih oleh seluruh rakyat Mesir dan perlu dihormati oleh semua pihak. Jika ini berterusan berlaku, bermakna tentera SCAF mahu membawa kembali Mesir kepada zaman Diktator dan pemerintahan kuku besi”.

Dr. Mohamed Morsi pula menyatakan bahawa tindakan tentera SCAF membubarkan Parlimen adalah amat bahaya dan boleh menimbulkan ketidakstabilan kepada masadepan Mesir.

Beliau menyatakan bahawa pelbagai usaha terus dilakukan oleh saki-baki rejim Mubarak termasuk memperalatkan kalangan hakim-hakim yang setia kepada Mubarak  bagi memastikan calon FJP kalah dalam pilihanraya pusingan kedua ini.

Menurut banyak pihak, pihak tentera SCAF mengambil tindakan drastik ini berpandukan kepada 3 sebab utama yang perlu mereka lindungi; pertamanya menjamin ‘imuniti’ diberikan kepada pihak tentera sekiranya berlaku peralihan kerajaan yang baru.

Kedua, terus memberi jaminan agar segala kepentingan ‘ekonomi’ dan perniagaan yang dikuasai oleh pihak SCAF tidak diganggu gugat oleh kerajaan baru.

Dan yang ketiganya memastikan bahawa SAF tetap berkuasa bagi menentukan ‘keselamatan’ dan ‘pertahanan’ negara.

Lebih parah lagi dengan menjangkakan kemenangan akan berpihak kepada calon FJP, pihak tentera SCAF telah juga melakukan 8 ‘pindaan kilat’ kepada perlembagaan Mesir dalam tempuh 24 jam yang juga di lihat adalah untuk terus menjamin kuasa yang ada pada pihak tentera.

Antara pindaan yang dilaksanakan adalah; memberi kuasa penuh kepada SCAF bagi menentukan pindaan perlembagaan yang baru, Presiden berkuasa mengistiharkan perang hanya dengan ‘kelulusan’ dari SCAF dan sekiranya berlaku sebarang kekacauan dalam negara, Presiden boleh memanggil pihak tentera hanya dengan kebenaran SCAF.

Pihak SCAF juga telah secara terbuka menyatakan bahawa mereka mempunyai tanggungjawab bagi menghormati perjanjian ‘Camp David’ yang termeterai antara Israel dengan Mesir semasa pemerintahan rejim Anwar Sadat dan Mubarak.

Perjanjian ini mendapat sokongan kuat Amerika Syarikat, Britain dan sekutunya dan ia perlu dilaksanakan bagi menjamin ‘masadepan dan keselamatan’ Israel.

Inilah realiti politik Mesir. Apa sahaja boleh berlaku dalam tempuh beberapa hari dan minggu ini. Apakah ada kemungkinan akan terbentuk sebuah kerajaan yang demokratik selepas pilihanraya Presiden?

Atau apakah ada juga kemungkinan akan berlakunya ‘rampasan kuasa tentera’ bagi mengambil alih pemerintahan di Mesir?

Namun keputusan pilihanraya Presiden Mesir ini adalah amat penting kepada seluruh dunia Islam.  Pertarungan di medan demokrasi antara kumpulan Islam dan tentera yang di sokong oleh kuasa Barat kini nampaknya berada di garisan terakhir.

Parti Ikhwan FJP bersiap untuk berhadapan dengan apa juga kemungkinan termasuk konspirasi yang terancang bagi menafikan kuasa pada mereka.

Mereka tetap yakin hanya dengan ‘Kuasa Rakyat’ akan dapat berhadapan dengan kedudukan yang genting ini walaupun menghadapi saat yang kritikal ini.
Sama-sama kita lihat natijah dan kesudahan penglibatan parti Islam dalam kancah demokrasi di Mesir ini... Moga Allah memberi kemenangan kpada ISLAM...

1 comment:

  1. "Mungkin ada seseorang di FACEBOOK yang mengikuti perkembangan kita secara senyap-senyap..yang kerap membaca POST-POST kita tanpa sebarang LIKE dan sebarang KOMEN..serta sentiasa bukak WALL PROFILE kita tanpa kita ketahuinya..

    malah,

    sering mengingati kita dalam setiap DOA-DOA sehariannya..


    Mungkin."..mungkin..mungkin..ada org macam ni..termasuklah ana..ana akui..ana selalu menjenguk disini dan di FB..walaupun ana tak tinggalkan 'kesan'..tengok2 kalau ada apa yang boleh diambil pengajaran dan belajar dari situ..ana banyak belajar dari penulisan dan kata2 nta dan sahabat2 blogger nta di blog dan FB..

    Terima kasih..kerana update blog dan FB..tolong la update .andai ada masa terluang..kerana orang seperti ana sentiasa menanti dan menjenguk di sini..siapa ana tak perlu tahu..kalau tahu jangan MENTION..kerana ana seorang yang ego, sombong dan kurang mesra..wassalam..terima kasih nta..terima kasih ALLAH dan hanya Allah layak membalas..semoga dicucuri rahmat Allah sentiasa.

    "semoga Allah mengurniakan kemenagan buat Ikhwanul Muslimin..Allahukabar!"

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen yang diberikan. Smga Allah merahmati dan menbahagiakan anda...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails