Friday, October 30, 2009

Pengajaran Daripada Sebuah Kisah

"Dan sungguh, Yunus benar-benar termasuk salah seorang rasul. Ingatlah ketika dia, ke kapal yang penuh muatan, kemudian dia ikut diundi ternyata dia termasuk orang-orang yang kalah (dalam undian). Maka dia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka sekiranya dia tidak termasuk orang yang banyak berzikir (bertasbih), nescaya dia akan tetap tinggal di perut (ikan itu) sampai hari berbangkit. Kemudian Kami lemparkan dia ke daratan yang tandus, sedang dia dalam keadaan sakit. Kemudian untuk dia Kami tumbuhkan sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus ribu (orang) atau lebih, sehingga mereka beriman, kerana itu Kami anugerahkan kenikmatan hidup kepada mereka sehingga waktu tertentu."

(Surah As-Saffat, ayat 139-148)

Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Yang Esa kerana dgn limpah kurniaNya, memberikan diri ini kekuatan dan sedikit kesempatan masa untuk menulis lagi di blog ini. Lama rasenye ana x menulis kerana ketiadaan idea n masa utk menulis. Ketika menulis ini, ana msh memikirkan apa yg ptt ana tuliskan utk dibaca dan diambil pengajaran oleh diri yang lemah ini dan sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah, Allah mencetuskan idea sewaktu menghadiri kelas anatomi tadi. Skrg ini, kami sdg berada dlm modul sistem pencernaan. Sewaktu kelas anatomi td, dekan tlh mnrgkan kpd kami organ2 dlm tbh manusia yg berkaitan dgn sistem pencernaan dgn menggunakan mayat (myt ini dirasakan seperti sdh menjadi shbt krb skrg dalam usaha utk memahami sistem pencernaan tbh manusia). Sesungguhnya, Allah tlh menciptakan manusia ini dgn sbaik kejadian sehinggakan sistem pencernaan kita berfungsi dgn baik dan mengikut proses yg amt tersusun spy bdn kita mendpt manfaat drpd apa yg kita mkn. Pernahkah kita terfikir mengapa air yg kita minum tidak memasuki trachea tetapi sebaliknya memasuki oesophagus walaupun jrk kedua-duanya amt hmpr skali? Dan mengapa mknn yg kita mkn tidak kluar semula melalui anus, sblknya keluar dlm bntk najis? Mempelajari mengenai tbh manusia akn dpt menyemai rs sykr yg x terhingga kpd Allah kerana betapa Allah tlh menciptakan kita dgn sbaiknya, namun berapa bnyk n bagaimana pula kita melahirkan kesyukuran kt kpd Allah swt, Rabb yg tlh menciptakan kita? Berapa bykkah kita mengingatinya dlm kehidupan seharian kita, padahal Allah x prnh melupakan kita kerana hakikatnya, semua proses di dlm tbh kita ini hanya berfungsi dgn keizinan drpd Maha Pencipta? Ana mengajak diri ana dan antum smua utk bermuhasabah diri seketika...


Apa yg menjadi isi utama ana menulis ini ialah berkaitan kisah Nabi Yunus as dan sains. Dekan ana yg menceritakan perkara ini kpd kami dan ana berasa kagum dgn kebesaran dan kehebatan Allah yg sesungguhnya Maha Mengetahui. Ana rs x perlu lah ana menceritakan secara detail ksh Nabi Yunus ini. Seperti yg tlh dibaca dlm terjmhn ayt Al-Quran td, Nabi Yunus merupakan slh seorg Rasul plhn Allah swt. Baginda tlh berdkwh kpd kaumnya, namun mereka enggan mengikuti ajarannya itu. Akhirnya, baginda meninggalkan kaumnya dan baginda mengikuti satu rombongan pelayaran. Dipertengahan pelayaran, tiba laut bergelora dan kapal itu hmpr karam. Walaupun byk muatan tlh dibuang, namun kapal itu msh berada di risiko utk karam. Akhirnya mereka mencapai kata sepakat yg ada dalam klgn anak kpl yg juga harus dibuang. Undian dibuat dan dgn takdir Allah, Nabi Yunus tewas dalam smua undian tersbt n bgnda telah dibuang ke dalam laut.


Allah memberikan pertolongan kpd bgnda dgn menghntr ikan Nun yg telah menelan bgnda. Nabi Yunus yang berada di dalam perut ikan paus yang membawanya memecah gelombang timbul dan tenggelam ke dasar laut merasa sesak dada dan bersedih hati seraya memohon ampun kepada Allah atas dosa dan tindakan yang salah yang dilakukannya tergesa-gesa. Ia berseru didalam kegelapan perut ikan paus itu: "Ya Tuhanku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Engkau, Maha sucilah Engkau dan sesungguhnya aku telah berdosa dan menjadi salah seorang dari mereka yang zalim."


Setelah selesai menjalani hukuman Allah , selama beberapa waktu yang telah ditentukan, ditumpahkanlah Nabi Yunus oleh ikan paus itu yang mengandungnya dan dilemparkannya ke darat . Ia terlempar dari mulut ikan ke pantai dalam keadaan kurus lemah dan sakit. Akan tetapi Allah dengan rahmat-Nya menumbuhkan di tempat ia terdampar sebuah pohon labu. Setelah sht, baginda plng kpd kaumnya dan mendapati selrh kaumnya tlh beriman kpd Allah swt.


Sdrkah kt bhw cerita ini mempunyai kaitan dgn sains? Perut merupakan salah satu organ utama dlm sistem pencernaan kita. Ia menghslkan asid hydrochloric yg byk dgn pH yg amt rndh (pH 1-2). Menrt kajian, sekiranya asid hidroklorik ini terkena pd permukaan kulit, ia mampu membakar dan merengsa kulit kt. Hal ini juga sama bg haiwan. Prt haiwan juga menghasilkan asid hidrochloric yg sm sprti manusia. Jd bagaimana keadaan Nabi Yunus semasa berada di dlm prt ikan nun itu. Adkh asid hidroklorik tidak dirembeskan? Hal ini telah dibhskan oleh pkr2 agama termsk paderi2 kristian dan semuanya bersepakat bhw Nabi Yunus (Joanas di dalam Bible) telah ditelan ikan Nun (ada juga mengatakan paus). Saintis pula menyatakan bhw ikan itu tetap merembeskan asid hidroklorik. Nabi Allah Yunus sebenarnya tlh hmpr dicernakan oleh ikan Nun itu tetapi tetap dibwh peliharaan Allah.


"Kemudian Kami lemparkan dia ke daratan yang tandus, sedang dia dalam keadaan sakit." (37:145). Dalam ayat ini Allah menerangkan bhw ketika Nabi Yunus Nabi Yunus berada dlm keadaan skt setelah dimuntahkan oleh ikan Nun itu. Dikatakan, sakit yg dimaksdkan itu ialah ksn akibat drpd asid hidroklorik yg dirembeskan oleh prt ikan nun itu. Ketika dimuntahkan, baginda dikatakan sdh tidak mempunyai kulit lg dan daging-daging baginda juga hmpr trtdicernakan ksn drpd asid hidroklorik itu. "Kemudian untuk dia Kami tumbuhkan sebatang pohon dari jenis labu" (37:146). Dan Allah menyatakan lg bhw Allah tlh menumbuhkan pokok dari keluarga labu. Dikatakan, Allah menumbuhkan buah labu ini utk membantu merawat baginda dan memberi tempat teduhan kpd baginda. Dgn rahmat Allah, akhirnya kulit baginda tmbh semula, dan baginda pulang kpd kaumnya. Saintis hingga kini msh mengkaji bagaimana labu dpt membantu dalam pertumbuhan kulit manusia.

Lihat sendiri. Allah dah menceritakan terlbh dahulu berkenaan kewujudan asid dlm prt hidupan ciptaanNya terlbh dahulu, sblm manusia menjumpainya. Inilah salah satu keajaiban Al-Quran dan menunjukkan betapa pengetahuan Allah itu melangkaui keupayaan manusia utk berfikir. Dan berdsrkan kisah nabi Yunus itu, kita dapat mengambil sdkt iktibar bhw tanggungjwb sbg seorg dai'e itu bkn mdh. Kesbrn dan mujahadah yg tinggi amat penting dalam usaha menyebarkan dkwh. Selebihnya kita srhkan kpd Allah kerana hakikatnya, Allah lah yg memberikan hidayah kpd seseorg, bkn kita para dai'e. Tetapi kt lah yg perlu menarik manusia utk lbh mengenali Rabb kita...

Ana rs itu je lah yg ana nak cerita utk kali ni. Smg kita sama mengambil iktibar drpd ksh ini. Selamat berjuang utk final bt shbt2 ana yg akn menghadapi final. Salam mujahadah...

Friday, October 2, 2009

Setiap Kali

Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan

kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu

kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini


seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails